Waktu

Tuesday, October 21, 2008

ATAS KEINSAFAN AKU BERHENTI MEROKOK

Bismillahhirrahmanirrahim………
Maha suci Allah pemerintah sekelian Alam, yang amat pemurah, maha pengasih lagi maha penyayang, kepadanyalah sahaja yang kami sembah dan kepadanyalah sahaja kami mohon pertolongan…….Manusia adalah sebaik-baik mahluk yang dijadikan Allah dan dibekalkan akal bagi orang-orang mahu berfikir….. sesungguhnya semua kejadian adalah di bawah ketentuannya………
Pada nukilan kali ini saya mempaparkan bagaimana dengan taufik dan hidayahnya Allah memberi keinsafan kepada ku berhenti dari Merokok………..
Aku mula menghisap rokok ketika umurku 15 tahun – purata sehari aku menghisap rokok 20 batang dari jenama rokok yang berjenama – Aku berhenti merokok ketika aku bermur 43 tahun apabila Allah memberi taufik hidayahnya dari periistiwa yang saya tidak pernah terfikir dan menduganya sama sekali……………
Pada suatu pagi bulan June 1993 selepas dari sarapan pagi, dalam keadaan hujan yang renyai-renyai, aku menunggang motosikal dari Berek polis pergi ke Pekan Kuala Nerang untuk membeli rokok…… Apabila sampai di sebuah kedai cina, aku ternampak seorang lelaki Melayu berumur dalam lingkungan 40’n sedang memegang 2 ekor ayam kampong……. Lelaki tersebut menghampiriku sambil menawarkan 2 ekor ayam dengan harga RM10/- bagi tujuan untuk membeli beras……kerana sebelum ini tidak sesiapa yang mahu membeli ayamnya....Oleh kerana aku agak perihatin dengan kesusahan orang lain, lalu aku ajak lelaki ini minum kopi dikedai berhampiran dan bertanyakan berkaitan keluarganya……. Lelaki ini memberitahu beliau bekerja sebagai penoreh getah dan mencari hasil hutan untuk menyara isteri dan 4 orang anaknya disebuah kampong yang jauh dipendalaman…….akibat dari hujan yang berterusan beliau tidak dapat mencari hasil hutan dan menoreh getah dan tiada wang lagi untuk membeli beras dan keperluan dapor……dengan nada sayu lelaki ini berkata isteri dan anaknya sudah 2 hari makan ubi rebus kerana tiada nasi untuk dimakan……… Aku sungguh terharu atas cerita lelaki ini, lalu akupun membeli 2 ekor ayam ini dengan harga RM10/- dan tidak jadilah aku membeli rokok dan membawa 2 ekor ayam ini balik… Anehnya aku terlupa pada hari itu untuk membeli dan menghisap rokok……
Selang beberapa hari kemudian, bertemankan seorang kampong yang aku kenali aku pergi kekampong lelaki ini dengan menaiki motosikal………… Alangkan sedihnya untuk masuk ke kampong ini hanya melalui lorong yang hanya boleh dilalui motosikal…….. Rumah lelaki ini diperbuat dari kayu hutan berlantaikan kayu bulat dan berdindingkan dengan buluh yang dijalin…… Disinilah keluarga ini meneruskan kehidupan yang tidak ada lansung kemudahan asas. Aku berilah sedikit bantuan yang terdaya, kerana kalau aku fikirkan akupun lebih miskin darinya kerana rumah yang aku tinggal berek Polis, sedangkan semiskin-miskin lelaki ini rumah ini miliknya……… Cuma sebagai seorang anggota Polis yang berpangkat sarjan……..gajiku tak seberapa……Cuma yang boleh dibanggakan kerana dibeberi kuasa menurut undang-undang – Sekira diukur dari sudut pendapatan anggota Polis adalah dari kalangan orang miskin---- Cuma segelintir sahaja yang berbangga kerana mereka itu hipokrit……. Atas keinsafan inilah Allah telah memberi taufik dan hidayahnya, saya terus berhenti dari merokok sahinggalah kehari ini….. Syukur Alhamdullih, maha suci Allah yang maha berkuasa atas sesuatu……Wassaalam

Sunday, October 19, 2008

KESAH SEDIH SEORANG IBU

Bismillahhirrahmanirrahim.............
Segala pujian bagi Allah yang memiliki sekelian Alam.... yang memiliki hari kemudian (pembalasan) , kepadanyalah kami sembah dan kepadanyalah kami pohon pertolongan..... sesungguhnya engkau maha adil lagi maha bijaksana..... Ku phonkan menfaatmu kehidupan didunia ini dan diakhirat dan hindarkan aku dan keluargaku, serta kaum muslimin dari seksaan api Nerakamu yang sangat dahsat dan takterperi itu........Amin ya rabalalamin.......

Apa yang aku paparkan pada nukilan ini satu kesah benar yang aku temui dan mudah-mudahan menjadi ingatan dan keinsafan sesiapa yang membacanya............
Pada suatu hari di waktu tengahari pada awal tahun 2006 semasa aku sedang menikmati air kelapa muda berdekatan sebuah Bank, aku ternampak seorang perempuan tua berbangsa Melayu berumur dalam lengkungan 60'n sedang mengutip tin-tin minuman kosong dan memasukkan dalam beg plastik. Aku hanya memerhatikan sahaja tidak terasa apa-apa. Kemudian aku pergi mesin ATM untuk mengeluarkan sedikt wang, tiba-tiba aku menoleh kebelakang perempuan tua itu menghampiriku sambil memberi salam....Aku pun menjawap salamnya dan dia meminta sedikit wang untuk makan tengahari... tanpa bicara banyak aku memberikan sedikit wang dan bertanyakan kenapa dia berkeadaan bagini.....pada ketika itu aku lihat ayer matanya mengalir dan aku biarkan dia pergi makan dahulu..... Sepepas dia makan aku hampirinya dan dia memberi sedikit maklumat berkaitan dirinya...... Selepas itu aku tinggalkan padanya sedikit wang dan pulang kerumah......
Oleh kerana sifatku seorang pegawai Penyiasat Polis, aku tidak semudah mempercayai apa yang diperkatakan seseorang sahinggalah aku sendiri menyiasatnya.... Aku pun pergilah kesebuah kampong dan menemui ketua Kampong berkenaan dan mendapatkan maklumat dari sumber lain dan kutemuilah cerita yang sedih ini.......
Perempuan tua ini tinggal dikampong ini menumpang di tanah wakap dan mempunyai 4 orang anak (3 lelaki, 1 perempuan), setelah anaknya membesar, 2 daripadanya telah menjejakkan kaki ke menara gading dan 2 lagi perkerja biasa dan telah berumah tangga...... Sejak kematian suaminya yang bekerja sebagai nelayan dia hilang tempat bergantung..... Dia pernah duduk di rumah anak-anaknya, tetapi tidak kekal kerana berbagai-bagai masaalah yang dihadapi.....Anak-anaknya jarang balik dan tidak pula memberi wang untuk perbelajaannya.....Untuk menyara kehidupan seharian dia keluar mencari apa-apa saja yang dikutip yang laku dijual untuk membeli makanan..... sungguh sedih kehidupannya...... Selepas itu aku tidak lagi temui perempuan tua ini.

Pada suatu hari pada akhir bula ramadan 1429 kira-kira jan 4.00 petang semasa aku hendak mengambil bubur lambuk di sebuah Masjid, tiba-tiba aku ternampak perempuan ini duduk ditangga Masjid..... Aku temui dia dan Alhamdullah dia masih lagi mengenaliku.... Aku bertanya khabar dan dengan linangan air mata dia menyatakan dia tinggal disini dan berbuka puasa di Masjid ini....Selepas memberikan sedikit wang..... dia berkata alangkah gembiranya sekiranya ada anaknya bersikap sapertiku...... aku sedih mendengarnya......sambongnya kalau diikutkan hati dia mahu sahaja dia mendoakan anaknya ditimpa musibah kerana tidak menghargainya sebagai seorang ibu.......Aku dekati dia dan memberi nasihat....... Doa Ibu sangat makbul....Jangan doakan sesuatu, pasti doa ibu akan dimakbulkan tuhan...... Biarkan anak kamu membuat kamu bagini, doakan mereka hidup bahagia.....dan doakan supaya mereka insaf dan kembali kejalan Allah dan kamu sentiasa memaafkannya.....Akhir kata aku bertanya hendak kemana selepas ini......Dengan nada sayu dia berkata.... Aku akan tinggal berdekatan dengan Masjid ini kerana bila aku mati pasti orang senang mengkebumikan aku......... Cerita ini hanya satu pengalaman yang diperlihatkan kepada ku.......

Friday, October 3, 2008

BULAN RAMADAN /SYAWAL/ ZULHIJJAH

Bismillahhirrahmanirrahim

Segala pujian bagi Allah pemerintah sekelian Alam, yang memiliki hari kemudian, yang maha pemurah, maha penagsih lagi maha penyayang, kepadanyalah kami sembah dan kepadanyalah kami mohon pertolongan - Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dilahirkan dalam golongan kaum muslimin dan dengan taufik dan hidayahnyalah kita dapat menikmati kehidupan ini..........

Dengan akal yang sedikit ini marilah kita merentas dan mengolah alam pemikiran bagi merenong sedikit berkaitan dengan satu perkataan yang bagitu senonim dalam kehidupan seharian iaitu - BULAN - Bila kita bercakap berkaitan dengan bulan pasti kita terbayang keangkasa lepas satu geleksi yang dilihat dari muka bumi ini,tambahan pula ketika bulan purnama......... tapi bila dilihat dari sudut yang lain kita lihat pula berkibaran bendera bulan dikain rentang berwarna hijau terutama di bumi Kelantan dan Kedah dan ada sedikit-sedikit di negeri lain di Malysia......

Orang makan gaji pula selalu mengimpikan cukup bulan dan ada yang sengsasara pula pada pertengahan bulan..... bagi yang mengadung pula berdebar-debar-debar pula bila sampai bulan ( 9 bulan 10 hari)....Orang perempuan pula ada istimewanya dalam sebulan kerana dapat cuti dan tidak wajib bersembahyang.....tapi lepastu ada pula buat-buat lupa nak sembahayang..... Orang golongan ini alangkah ruginya kerana akan menerima pembalasan yang pasti dijanjikan oleh Allah.... ingat-inagtlah janji Allah adalah benar........ Pendek kata BULAN ini adalah sangat penting dalam kehidupan manusia ini bagi orang-orang yang mahu berfikir.............

Mari kita bercakap pula pasal bula RAMADAZAN, SYAWAL DAN ZULHIJJAH dalam kelender Islam..... Saya pastilah bulan-bulan ini sahajalah yang kebnyakan orang Islam mengingatinya - bulan-bulan yang lain mungkin ramai yang tak tau atau pun mungkin buat-buat tak tau.......
Bila bulan Ramadzan mulalah umat islam berpuasa.....berpuasa bukan setakat berlapar diwaktu siang, tapi kena berpuasa semua pancaindera dan beralamal salleh,membaca Quraan dan berterawih dan disamping itu dapat merasai bagaimana kesengsaraan yang dihadapi orang yang papa kedana........tapi kadang-kadangtu bulan puasa pula dijadikan pesta makan bagi orang-orang yang berada.....Bagi peniaga pula bulan inilah untuk mendapat keuntungan lebih......kerana sudah menjadi tradisi bulan inilah kaum muslimin berbelanja lebih dari bulan-bulan yang lain....... Alangkan ruginya orang-orang yang tidak memahami kurniaan ALLAH yang istimewa dalam bulan puasa ini......

Apabila tibanya 1 syawal bersyukurlah orang-orang mengerjakan puasa kerana pada hari itu merupakan hari kemenagan melawan hawa nafsu dan menfaatkan pemikiran mereka akan kebesaran Allah, tapi kebanyakan orang pula meraikan hari ini satu hari keramat yang disambut berbagai-bagai cara sahingga melupakan apa yang dilarang oleh Allah dan rasulnya - media masa dan eletronik pula menyediakan berbagai-bagai halua mata dan telinga yang melalaikan........Alangkah ruginya manusia-manausia ini kerana tidak memahami apa yang terdirat di idilfitri ini.......

Tidak lama lagi sampailah masanya pula umat islam yang diberi kesempatan mengerjakan HAJI di tanah suci Makkah Al Mukaramah.....Bagi yang ada duit yang belum sampai giliran mengerjakan HAJI eloklah gunakan duit itu pergi mengerjakan UMRAH terutama dalam bulan puasa...... Sempena sambutan Idilfitri ini saya menysun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat apa-apa kesalahan dan terlanjur kata.........semuga ALLAH sentiasa memberi rahmat kepada orang-orang yang sentiasa bersyukur............