Waktu

Sunday, November 23, 2008

MENTERI DLM NEGERI BERI AMARAN KEPADA BLOGERS

Assalamukaikum………..Pada kali ini aku ingin mdenyampai sedikit pendapat berkaitan amaran Menteri Dalam Negeri yang MEMBERI AMARAN KEPADA PENULIS BLOGER supaya tidak menulis isu-isu sinsitif dan artikal yang berbau perkauman yang boleh menggugat ketenteraman Awam, mereka ini boleh dikenakan tindakan undang-undang dan ditahan di bawah ISA……Amaran ini disiarkan di dalam berita Bernama TV pada hari rabu lepas.
Dalam perkara ini saya ucapkan terima kasih kepada Menteri berkenaan yang merasakan bloger-bloger ini adalah satu kumpulan yang penanya sangat tajam dan pantas kalau dibandingkan dengan mata pedang dan peluru senjatapi…..Apakah yang sangat ditakuti oleh Pak Menterini sampai bagi amaran bagitu rupa…..Bagi saya kebanyakan bloger mereka mempaparkan KESAH BENAR DAN TERKINI berkaitan satu-satu isu kerana media arus perdana banyak memputar belit dan mengelirukan rakyat hinggakan mereka tidak berapa percaya apa yang diktakan media ini……Jadi lenani kebanayakan rakyat Malaysia terutama golongan muda dan sederhana lebih meminati melayari Internet daripada membaca Akhbar harian,mendengan Radio maupun menonton TV……..So merekapun membacalah apa yang dikatakan oleh blog dan laman Web yang kadang-kadang mereka rasakan lebih telus dan ada kebenarannya…….Soalnya sekarang mereka nak percaya atau tidak terpulangle kepada Individu………Janganle kita sempitkan pemikiran kita hinggakan luahan rasapun dan pendapat rakyat yang diwujudkan atas konsep demokrasi nak disekat dengan undang-undang hinggalkan sampai ketahap nak gunakan ISA…….
Walau apapun Pak Meneteri kenale faham ada berapa ratus ribu bloger kat Malaysia ini,….Jadi kalau Pak Menteri nak ambil tindakan kena bagitahu POLIS supaya mereka bersikap adil dan beramanah semasa menegakkan KELUHURAN UNDANG- UNDANG……Ambil tindakan tidak memilih bulu…..Jangan bloger parti pembangkangje yang diambil tindakan, tapi kalau bloger yang kaki ampu dan bodek kerajaan buat taktauje……Pehak Polis pulak kena berani buat kerja……kalau tak berani dan berat sebelah maknanya kamu gagal menjalankan amanah rakyat yang membayar gaji kamu…….Kalau tak berani lagi yang yang dah tuatu elokle pencen dan yang masih muda kena kuatkan semangat, kalau tak boleh jugak…..So kena letak jawatanle….. membazirkan duit rakyatje.......
Apa yang aku cakapni kerana akupun bekas anggota Polis, masa aku kerja dulu jadi Penolong Pegawai penyiasat Jenayah, kerja 24 jam sehari, mana ada kelepasan,kerja macam nak mapos mana ada orang nak peduli, kalau silap sikit ambil tindakan tatatertib,kalau yang kaki ampu dan bodek pula dapat kerja tempat senang dan dapat khidmat cemerlang pulak……Aku hampir dah nak pencen baru dapat khidmat cemerlang, itupun pasal mereka ternampakkot Polisni dah tua dah nak pencen……So bagilahjelah bagi penyedap hati………Selepas pencen siapa lagi peduli…….So apabila aku ada bolg maka aku tulisle apa yang aku rasa relevan dalam pemikiran aku……tapi aku rasa apa yang aku perkatakan sesuatu yang benar…….bagitu juga dengan penulis blog yang lain………..So yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah…..ALLAH juga yang naha mengetahui…….

Thursday, November 20, 2008

RAZAK BAGINDA BELA NAJIB

Assallamulaikum………Sebelum aku menulis dalam artikal yang penuh kontrovesi ini, terlebih dahulu aku ucapkan selamat membaca dan minta maaflah kalau tak selesa apa yang aku tulis………..Pada jam 7.00 petang 20/11/2008 semasa aku sedang mendengar berita NTV 7 aku dikejutkan satu berita “ABDUL RAZAK BAGINDA ‘ yang dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi dari bersubahat membunuh Altantuyya Sharribu mengadakan sidang Akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur . Dalam Sidang Akhbar tersebut beliau merayu dengan penuh sedih supaya sesiapa sahaja hendaklah menghentikan memfitnah Datok Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dengan wanita Monggolia Altantuyya Sharibbu, malahan katanya Datok Najib dan isterinya tidak pernah mengenali wanita yang hamper menjadi debutu……Dia tidak cakap pulak Altantuyya yang datang Ke Malaysia untuk menemuinya atas urusan peribadi,apabila ditanya oleh pemberita dia cuba mengelakle pulak dan berkata wanita itu sudah tiada lagi duniani……..Dia kata Jangan membuat pertuduhan kalau takde bukti kukuh dan fakta yang jelas, kalau tidak apa yang diperkatakan berunsur fitnah……

Maka akupun tertanya-tanyalah pulak adakah Abdul Razak Bagindani apa dia cakap ada bukti kukuh atau ada fakta-fakta yang jelaske siapa yang menabor fitnahni, siapa pulak merekani, apa yang mereka tulis, kalau bloger, siapakah blogernya, kenapa tak berani nak bagi fakta dan bukti kukuh, main hentam sajeke?........Aku bekas Pegawai Penyiasat Jenayah PDRM lebih arif kalau nak sembang pasal pakta, bukti kukuh dan frima facei…….Kalau berani cakaple siapa yang memfitnah Datok Najib dan Rosmah Mansor, beri fakta dan bukti kukuh supaya semua rakyat faham dan mempercayai apa yang dikatakannya……Apa dia ingat Rakyat Malaysia boleh diperbodohkan …….Altantuyya datang ke Malaysia cari siapa? Apa yang dia hendak?...... Lepas dia mati 2 anggota Polis yang tak pernah kenal Alatantuyya dituduh membunoh wanita itu dan sekarang merengkok dalam penjara sementara menanti tarikh membela diri kerana menurut hakim pendakwa berjaya memnimbulkan Frima Facie dalam kes ini.
Aku tertanyale lagi apa pasal dia sibuk nak bela Datok Najibni, Apa sebab gerangannya?...... Adakah ada orang percaya cakapnya kerana semua orang tahu dia yang paling kenal dengan Altantuyya tiba-tiba dia merayu pulak jangan fitnah Najib?......Siapa fitnah Najib?.......
Kalau betul dia nak bela Datok Najib, pergile BERSUMPAH ke Masjid saperti yang dibuat oleh Shaiful Bokhari terhadap Datok Sri Anuar Ibrahim…….manale tahu kot-kot semua orang Islam akan percaya macam sumpah Shaiful Bokhari……..

Aku adalah peminat blog dan laman Web, aku baca semua apa yang mereka kata, tapi aku tak baca surat khabar arus perdana kerana kalau aku dapat peripun aku tak baca kerana aku menyampah dengan akhbar berkenaan. Aku nilai sendiri dan tidak pernah fitnah sesiapa, Cuma yang aku cakap apa yang diktakan oleh berita Arus Perdana yang kadang-kadang apa yang mereka cakap seolah-olah Rakyat Malaysia semuanya bodoh dan tak tau apa-apa……..Bagiku Razak Baginda …..Mahkamah telah membebas dan melepaskan kamu dan Pendakwa Raya tidak membuat rayuan pembebasan kamu maknanya kamu tidak boleh lagi dituduh di mana-mana Mahkamah diatas pertuduhan yang sama….. So eloklah kamu berihat bersama keluarga kamu. Jadikan iktibar kamu dipenjara adalah satu dugaan tuhan supaya kamu sedar dan insaf dan bertaubatle kalau ada apa-apa yang kamu ada melakukan kesalahan.....
Bagi kita yang beragama Islam wajib mempercayai Allah itu maha adil, maha melihat dan maha mengetahui apa yang kita lakukan,maha berkuasa atas sesuatu,maha penyayang,maha bijaksana dan maha pengampun……..Disamping itu Allah juga telah memperingatkan kita apa yang kita buat yang jahat kita akan merasakan pembalasan diakhirat nanti dan orang yang beralamal soleh juga akan dibalasnya……Itulah sebabnya Allah jadikan Suatu tempat yang amat menggerunkan bernama NERAKA dan dijadikannya juga suatu tempat yang terlalu indah dan nikmatnya bernama SHURGA dimana dibawahnya mengalir beberapa sungai…….
Ingatlah Kiamat kecil iaitu “ KEMATIAN “ akan menunggu kita pada bila-bila masa dengan tidak mengira tempat dan usia………. Jangan kita beranggapan yang tua akan mati dahulu dan yang muda akan mati kemudian…….Kuasa ALLAH tidak boleh difikirkan dengan logik Akal……..Sesungguhnya kita adalah hamba ALLAH sentiasa berada di dalam kerugian kecuali sebahagian kecil sahaja bagi orang-orang yang sentiasa bertakwa........………

Friday, November 14, 2008

PANASNYA POLITIK WANG...........

Assallamulaikum………Apa khabar semua…….terutamanya orang-orang Umno, pasal akuni takle memihak kat sesiapa dan bukanle nak kutuk orang Umno,lagipun bukan semuanya orang umno tak baik, yang baik banyak jugak, tapi aku nak ceritalah sikit pasal orang Umno cakap, blog-blog tulis dan berita yang disiarkan media arus perdana, tapi aku tak tahulah nak cakap apa akhbar arus perdana tulis kerana aku dah 6 bulan aku tak beli akhbar, bukan aku takde duit tapi aku menyampah dengan akhbar berkenaan………

Oklah aku nak cakap pada orang Umnoni pasal POLITIK WANG dalam mesyuarat Ketua- ketua Bahagian Umno baru-baru ini……Tengku Ahmad Redauddin cakap beliau ada terima 900 aduan Politik Wang dalam mesyuarat perwalkilan berkenaan………kalau nak kira banyaktu…....tapi dia tak bagitahu pula berapa banyak WANG HARAMTU mengalir dalam darah orang UMNO yang beragama Islamtu….. Itu yang dilapurkan, yang tidak dilapurkan berapa banyak lagi taktaule aku……….Kenapalah orang UMNO boleh jadi macamtu, nak kata dia orang tak tahu hukum, semuanya mereka beragama Islam……tak taulah pulak aku kalau merekatu namaje Islam, tapi taktau halal haram……

Apa yang aku tahu, orang bagi rasuahtu mestilah orang yang banyak duit, kalau dia takde duit macamana nak bagi rasuah, lagi satu orang yang minta rasuahni taule pulak orang yang nak bagi Rasuahtu mesti ada duit banyak, tapi macamana pulak depani banyak sangat duit, dari mana depa dapat………
Yang aku paling heran, BPR tak banyakle cakap pulak……. Kot-kot depapun orang UMNO tak taule aku……..aku agakje…….Macamana pulak Lembaga Disiplin UMNO yang diketuai Tengku Ahmad Ridaudin……mampuke dia nak siasat 900 aduantu…..Aku cakapni bukan apa diatu dah tua, patut - patut gentile dengan orang lain yang lebih bersemangat dan berkobar-kobar…..macam EZAM MOHD NOOR ke……
Lepas pencenni aku rasa nakle masuk UMNO, tapi bila aku baca hari-hari macam-macam kerenah UMNO – Aku rasa macam tak boleh percayaje Macamana UMNO boleh jadi pembela orang Melayu…….Jadi aku nak cuba-cuba tengokle parti PAS pulak…….Sekurang-kurangnya berteraskan Agama Islam dan tak terdengarle pulak ada Politik Wang…….Agak-agakle kalau kita lihat lambang UMNO dengan PAS yang mana satu lebih senonim……....

Sunday, November 9, 2008

KESIANNYA ALTANTUYA SHARIIBUU.......

Assallamulaikum……Aku bersyukur kehadrat Allah kerana diberi nikmat kesihatan dan diberi akal untuk mencurahkan sedikit nukilan yang terpancar dari pemikiran sendiri bagi mempaparkan senerio Jenayah yang menggemparkan dunia pada tahun 2006. Tulisan aku ini tidak bermaksud untuk memperikaikan perundangan yang sedia berjalan, tetapi aku menulis dari segi pengelaman dan pengamatan Undang-Undang selama aku bertugas Sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah dalam Pasukan Polis Di raja Malaysia hampir 13 tahun……..
Apa yang aku nak katakan ialah berkaitan dengan seorang Wanita berbangsa Moggolia bernama ALTANTUYA SHARIIBUU berumur 29 tahun yang datang ke Malaysia pada 6hb. Oktober 2006 untuk mencari seorang yang dikenalinya bernama Abdul Razak Baginda yang tinggal di Damansara. Keanihanya mula terserlah semasa kedatangan wanita ini ke Malaysia melalui KLIA di Sepang tanpa dapat dikesan oleh pehak berkuasa Emigeresen walaupun mempunyai peralatan yang canggih. Akupun pernah juga ke luar Negara sebanyak 2 kali kerana mekerja UMRAH, aku diperiksa rapi sama ada di KLIA atau di Madidah dan Jedah, tapi Altantuya ini mungkin mempunyai ilmu gaib yang tidak boleh dikesan oleh peralatan teknolgi terkini……..Sungguh hebat dan maha hebat……

Mengikut cerita yang tersebar luas Alatantuya datng ke Malaysia hendak berjumpa dengan Abd Razak Baginda dan meminta wang sebanyak 500 ribu US dari Abd Razak Baginda….....Kalau betul dia minta duitni atas alasan apa?......Pada ku mesti ada sesuatu yang sangat penting hinggakan minta sampai 500 ribu US…… Apa yang dibuat dan dijanjikan Abd Razak Baginda kepada wanita ini. Sekiranya tidak ada apa-apa yang dibuat dan dijanjikan oleh Abd Razak Baginda atas wanita ini permintaan wanita ini boleh dikelasifikasikan dalam undang-undang “ CUBA MELAKUKAN PEMERASAN “ di bawah Seksyen 384 Kanun Kesiksaan, tetapi anihnya Abd Razak Baginda tidak pula membuat lapuran Polis atas “ PEMERASAN” ini . Apa yang hendak disembunyikan oleh Razak Baginda kerana takut membuat lapuran Polis….. mesti ada…..ada dan ada yang tersirat dan tidak boleh dirungkai dengan bersurat…… Sekiranya Lapuran Polis dibuat oleh Razak Baginda atas “PEMERASAN” ini bagiku senang sahaja…….Kalau aku jadi pegawai Penyiasat tidak sampai 1 jam mesti dapat jawapan apa yang tersirat dalam difinasi PEMERASAN ini…..

Sekrang kita lihat apa yang terjadi pada ALTANTUYA SHARIIBUU ……….
Pada 19 oktober 2006 wanita ini buat kecoh dihadapan rumah Razak Baginda kerana Razak Bainda tidak mahu menemuinya, jadi pehak Polispun dipanggil dan wanita ini mengikut ceritnya dibawalah ke balai Polis untuk mententeramkannya……Almaklumlah tugas utama Polis ialah “ Untuk Menjaga Kemanan dan keteneraman Awam……. Selepas itu wanita ini tidak kelihatan lagi……. Kemana agaknya dia pergi…… dah balik ke Monggoliake…….

Pada 07hb. November 2006 di hutan Puncak Alam Selangor terjumpanya cebisan tulang manusia bertaburan dan dipercayai diletupkan dengan bahan letupan….. Maka pehak Polispun mulalah menjalan siasatan. Setelah pengumpulan bukti maka serpihan tulang bertaburan dimuka bumi Puncak Alam itu milik wanita Moggolia bernama Altantuya Shariibuu dan disahkan dibunuh kejam dengan bom….. Kesiannya dia……Kenapale pulak wanita ini perlu dihapuskan hingga hampir menjadi debu dari muka bumi ini………apa salahnya hingga wanita ini dihapuskan bagitu rupa…….Jika dia dibunuh dan tidak dihancurkan adakah memori otaknya boleh mempaparkan apa yang tersirat bagitu besar dalam sekren . Akupun berfikirlah mungkin juga kerana teknologi terkini boleh mengolahnya…….. So perlulah kot dihancurkan………
Seluruh rakyat Malaysia tergamam dan dunia gempar dengan peristiwa ini……...Media masa, media letronik, blog-blog hari-hari mempaparkan peristiwa bersejarah ini, ada menulis macam-macam, ada yang membuat andaian macam -macam dan ada yang berani tuduh orangni dan tuduh orangtulah, aku baca saja tapi tak beranilah nak tuduh, bukan aku takut, tapi aku bekas Pegawai Penyiasat Jenayah, bila kita bercakap mesti ada fakta yang menyokong fakta itu barulah ada relevannya . Cuma yang aku tulis ini berdasarkan pengelaman siasatan Polis sahaja…..Hasil dari siasatan Polis maka pada bulan November,2006 maka tertangkaplah 3 Individu yang dikaitkan dengan pembunuhan terkejam ini . Siapakah mereka ini dan apa kaitan dan motifnya hinggakan wanita ini –perlu dihapuskan dari muka bumi ini……… Setelah kertas siasatan yang dibuka bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan segala bukti fizikal, forensic dan saksi-saksi kertas siasatan ini dimajukan kepada Pendakwa Raya (Polis tidak ada kuasa mengarahkan pertduhan bawah Sek.302 ) maka 3 Individu telah dituduh di Mahkamah pada 4hb. June, 2007 kerana bersama-sama membunuh wanita Moggolia ini dengan bahan letupan yang diaorang kata jenis C4 – akupun tak tahu apa C4 tu……pehak tentera pasti tahukan……..Ketiga-ketiga mereka ialah…..
Pertama tentulah Abd Razak Baginda ,
keduan Chip Inspt Azilah Hadri
Ketiga : Kopral Sirul Omar
Alangkah sedihnya bila didapati tertuduh Chip Insp Azilah dan Kopral Sirul merupakan Anggota Polis yang diberi kepercayaan dan gajinya dibayar oleh Rakyat untuk menjaga keamanan dan ketenteraman Awam telah dituduh melakukan pembunuhan terkejam ini. Betulke agaknya Chip Insp Azilah dan Kopral Sirul ini dikatakan sanggup melakukan pembunuhan maha kejam ini………Inilah yang aku nak fikirkanni…….Apakah sebab dan keberengkalian motifnya……..pada hal semua orang tahu wanita ini datang ke Malaysia nak jumpa Abd Razak baginda untuk mnyelesaikan masaalah peribadinya dan tidak kena mengena lansung dengan kedua anggota Polis ini, tapi tiba-tiba kedua mereka ini pulak dikatakan melupuskan wanita ini dari muka bumi……tentulah PELIK dan HAIRAN kan…… Berdasarkan terdapatnya PRIMA FACIE maka mereka ktiga-tiga ini dituduhlah bersama-sama melakukan pembunuhan wanita ini……Bila pertuduhan dibacakan di Mahkamah maka bermulalah episut perbicaraan yang maha panjang (151 hari). Saya tak mahulah mengulas intipati perbicaraan ini kerana itu hak mahkamah dan hakim yang menentukan dalam mengambil keputusan Pengadilan ini…….

Pada 31/10/2008 jam 9.50 pagi maka Hakim Mahkamah tinggi telah membuat keputusan tertuduh Abd Razak Baginda di bebas dan dilepaskan dari pertuduhan bersubahat membunuh wanita Monggolia Altantuya Shariibbu kerana peguam bela berjaya menimbulkan keraguan dalam prima facie tertuduh………..tetapi kedua-dua tertuduh anggota Polis (Azilah dan Sirul) pendakwa berjaya menimbulkan prima facie dan dikehendaki membela diri di Mahkamah bermula 10hb. November 2008 (esok)……. Kita ikuti epesut seterusnya apa yang akan jadi pada mereka dan kita tunggu juga adakah keputusan Hakim atas Abd Razak Baginda pehak Pendakwa Raya akan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi……. Jika tidak Abd Razak Baginda tidak boleh dituduh lagi di bawah Sek 302 Kanun Kesiksaan dan terlepaslah dia walaupun semua orang tahu Altantuya datang ke Malaysia untuk mencarinya…….Walau apapun aku berharap dan berdoa agar keberengkalian motif pembunuhan maha kejam ini terungkai apabila kedua-dua anggota Polis ini membela diri……… Bagiku keputusan Penghakiman mesti dihormati dan tidak boleh dipertikaikan………Cuma yang aku nantikan…….Siapalah pulak yang mengarahkan kedua-dua anggota Polisni membunuh Altantuya Sharibbu…..Apakah mereka juga ada kepentingan……..Kepentingan apalah agaknya yang telah meruntuhkan maruah isteri,anak-anak, kaum keluarga, bangsa Melayu dan yang amat tercemarlah imeg Pasukan Polis Di Raja Malaysia……….. Walau apapun kita jangan lupa ALLAH maha berkuasa,maha melihat,maha mengetahui tiap sesuatu, kita adalah dibawah kekuasaannya. Aku sentiasa berdoa semuga ALLAH memperlihatkan kepada kita siapa yang benar-benar terlibat dalam kes ini……..Sebagai seorang yang beragama Islam aku percaya orang yang menzalami atas orang lain jika beliau tidak bertaubat dan menyesali atas perbuatannya pasti akan menerima pembalasan………….

Friday, November 7, 2008

OBAMA - ANWAR IBRAHIM - Pemimpin berjiwa Rakyat

Assallamulaikum………….. Apakah khabar pembaca semua, Alhamduliillah semuga anda dianugerahkan nikmat kesihatan dan diberi akal untuk berfikir secara waras, Pada mulanya aku malas nak tulis dalam blog ini, tapi bila OBAMA menang saja dalam pemilihan presiden USA aku bersemangatle pulak, itulah dikatakan semangat OBAMA yang dapat menyuntik semangat kemanusiaan sejagat yang merentas pemikiran umat manusia seluruh dunia……. Apakah agaknya keistimewaan OBAMA ini…… Bagiku ia seorang pemimpin berjiwa rakyat, mempunyai pemikiran dan kepetahan berucap yang sangat hebat, kata-kata penoh fakta dan meyakinkan, beliau juga tidak membezakan taraf manusia yang diagong-agongkan pada suatu ketika dulu dan kini suasana sudah berubah, berfikir secara terbuka dan beliau adalah perintis teknologi kemanusiaan sejagat…….Bangsa Amerika tidak memilih beliau dari segi warna kulit, tetapi memilih dari sudut pemikirannya yang keriatif dan kesederhanaannya dari sudut politik, social dan mempunyai perancangan ekonomi yang liberal serta mempuyai pendekatan dasar luar yang tidak keras dan keterlaluan…….. Saya mempercayai seluruh dunia menantikan ketibaan pemerintahannya.
Sekarang mari kita lihat suasana di Malaysia pulak, adakah sesiapa yang berfikir adakah tidak ada pemimpin kita yang serupa dengan OBAMA atau hamper-hampir dengan OBAMA…… Mari kita hitung dan kaji dari pemikiran kira dari sudut pemimpin yang disenangi rakyat atau yang lebih dikatakan berjiwa rakyat di Negara kita. Politik dalam negera kita jauh berbeza dai USA…..kita sama-sama faham di USA ada dua parti Politrik sahaja iaiatu DEMOKRAT dan RIPUBLICAN, tetapi di Malaysia ada berpuluh-puluh parti Politik yang amat mengelirukan rakyat, walau apapun di Malaysia ada juga 2 elemen dalam pemerintahan……. Parti kerajaan dan Parti Pembangkang…..aku dah muak lihat persidangan parlimen, mereka asek bertengkar hingga memeningkan kepala yang di Pertua dewan, nasib baikle yang dipertua dewan dan timbalannya tidak ada penyakit jantung, kalau ada entahle dah mati kot kedua-dua orang tuatu…….
Apa orang nak kata atau nak fikirkan aku tidak peduli, tapi bila aku kaji dan hitung sedalam-dalammnya peminpin yang hampir dengan OBAMA yang layak hanya DATUK SRI ANWAR IBRAHIM sahaja……beliau adalah peminpin yang berjiwa rakyat dan disenangi oleh semua kaum di Malaysia, beliau mempunyai pendekatan yang relevan dalam mengurus ekonomi, tidak membezakan kaum dalam politiknya, tetapi tetap mempertahankan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Sekiranya system Politik di Malaysia sama dengan Amerika sudah pasti Datok Sri Anwar sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia……. Kita tidak payah mengkaji lebih jauh senerio ini, kita lihat sudah Keputusan Pilihan raya kecil PERMATANG PAUH, semua jentera kerajaan dan pemimpin BN dikerah untuk mengalahkannya, namun Rakyat memberi undi dimana mejerotinya melebihi dari yang diperolihi calun BN Datok Omar Shah…….. ANWAR IBRAHIM adalah orang yang paling layak seangkatan dengan OBAMA dan kemenangan OBAMA secara tidak lansong memberi kelebihan dan sokongan uang padu kepada Anwar dimasa akan datang.
Walau bagaimanapun aku sering tertanya-tanya kemana perginya saudara EZAM MOHD NOR yang rujuk kembali kepada UMNO yang mana semasa kemasukannya bertujuan untuk memberi kometmen memerangi Rasuah dan Penyalahgunaan kuasa……… Di Media masa, eletronik dan blok-blog hari-hari mempkoskan elemen RASUAH dalam pemilihan UMNO dan, bagitu juga dalam urusan kontrek kerajaam dan lapuran ketua Audit Negara……. Apa dah dah jadi dengan BPR……takkan nak diam kot elememn Rasuah, Dulu bila MB Kelantan sebut ada orang nak bagi Rasuah padanya, dengan pantas BPR siasat, tapi bila tengku Razali Hamzah kata ada bahagian mahu 2 Juta Ringgit untu memilih calun periseden BPR tak siasatke?..... takutke nak siasat atau tak reti nak siasatke atau dapat arahan supaya jangan siasat, pasal melibatkan parti UMNO, Pegawai BPR dah bacakah Perlembagaan Malaysia, adakah ada dalam perlembagaan tersebut menyatakan kalau melibatkan rasuah dalam parti UMNO ada pengecualian….tak perlu siasat. Kepada Saudara EZAM MOHD NOR kenapa kamu tidak memerangi Rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam UMNO saperti yang kamu janjikan dahulu. Kamu sudah hilang taring dalam erena Politik maupun dalam UMNO di Malaysia, kamu hanya mampu melalak tapi tak memberi apa-apa kesanpun……Umpama Anjing menyalak Bukit, kesiankan……