Waktu

Sunday, September 21, 2008

AKU REDA' PEMEMERGIAN KAKAKU - SAFIAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ - Dengan nama Allah yang amat pemurah,maha penyayang lagi mengasihani..... Sesungguhnya kepada engkaulah kami sembah dan kepada engkau lah kami mohon pertolongan, daripada engkaulah kami datang dan kepada engkaulah kami dikembalikan, kami mohon keredaanmu kesejahteraan hidup di dunia dan kesejahteraan diakhirat - sesungguh engkau maha berkuasa keatas sesuatu dan golongkanlah kami bersama-sama orang-orang yang solihin......... Amin Yarabbalalamin.........

Pada tanggal 17hb.Ramadzan 1429 jam 12.40 tengahari di Wad 1 C Hospital Besar Ipoh, kakaku bernama Safiah menghebuskan nafas yang terakhir ketika umur 66 tahun....... Aku Redo atas pemergiannya setelah dia menderita ketumbuhan dalam perut hampir 3 tahun..............
Selepas dikapankan Jenazah di bawa balik ke rumahnya di Kg Sungai Tiram dan diletakkan di ruang rumah untuk diziarahi kaum keluarga, sahabat handai dan kaum muslimin yang ada berdekatan.......... Ketika Jenazah terbujur kaku aku bersama isteri, 2 adik perempuanku, kakak iparku dan aank simati yang sulung membaca ayat-ayat suci dengan harapan tuhan meringankan suasana di alam barzah.............
Aku agak berasa sedih, suami, dan 5 orang anak lelaki tidak ada bersama membaca ayat-ayat suci dan hanya bermuka sedih di luar rumah bagitu juga kaum hawa yng lain bersembang di bahagian belakang...........
Pada saat akhir sebelum jenazah diusung...... wajah jenazah dibuka dan pada ketika itu sisuami, anak-anak lelaki datang seorang demi seorang mencium dan meratapi atas kematian ini......... Bagiku itu senua tidak bererti kerana ia tiadak bermakna apa-apa............ketika aku berfikir...... kenapa mereka tidak meratapi dengan membaca ayat-ayat suci dan mendoakan serta meredokan kematiannya........ Sesungguhnya kematian itu pasti datang bagi senua yang yang bernyawa...... hanya Allah sahaja yang kekal abadi selama-selamanya........
Pada jam 6.00 petang jenazah dkebumikan ditanah perkuburan Kg yang sama dan dtalkinkan dan semua yang hadir terdiam.......mungkin mersai keinsafan..............
Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yangberkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untukmenjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepadaorang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkanzat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat AllahTaala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAFIAH BIN SAAMAH 3 KALI,hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawabersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAFIAH BIN SAAMAH, apabila datang kepada kamu 2 orangmalaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlahberasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau sertajanganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAFIAH BIN SAAMAH, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dansehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulanRamadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atasaku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkandari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallahMuhammaddur rasulullah". Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yangpaling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alamBarzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semulauntuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAFIAH BIN SAAMAH, bahawa senya mati ini adalah benar,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangundari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul danberhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalankamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga danneraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang mahaberkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisiAllah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkanhati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hatikamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagangseorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunandan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksamayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar beradadi dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingatidengan kesabaran." Surah Al-A'sr .
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlahpesanku walaupun satu ayat..."
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhlukdibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" danTIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenaliORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putihdisebabkan oleh WUDHU'."
MARILAH KITA MUASABAH DIRI KITA - MERENTAS DAN MENGOLAH AKAL PEMIKIRAN KITA - MEMAHAMI KEHIDUPAN KITA SEMUGA KITA BERJAYA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT - SEMUGA TUHAN MEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAHNYA KEPADAKU,ISTERIKU, NANAK-ANAKKU, KAUM KELUARAGA DAN SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT - SELAMAT BERPUASA.

Wednesday, September 3, 2008

PEMILIHAN TAJUK BLOG

Alhamdulillah....... munculah belog yang dinamakan SARJANLAMA - Nak tau kenapa?...... Selama 36 tahun aku bertugas dengan Pasukan Polis, menumpukan sepenoh tenaga, mematuhi semua arahan dan Visi pasukan, namun akhirnya aku bersara dengan pangkat Sarjan sahaja, mungkin dalam kerjayaku aku terlupa Visi "AMPU dan BODEK " walau apapun aku bersukur dengan apa yang ada...... Tuhan mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Aku adalah perpesional dalam penyiasatan Jenayah, tapi kerana aku tiada ada sijil, diploma, serta ijazah, perpersionalku berkubur bila aku bersara. Oleh itu aku muncul dengan blog ini hanya bertujuan untuk melingkarkan sedikit sejarah kehidupanku untuk tatapan anak-anaku yang tersayang, isteriku yang sangatku sayang, kawan-kawan yang masih mengenaliku semantara tuhan masih lagi memberi keizinan aku menikmati kehidupan ini. Bagiku tidak ada kesempatan lain bagi mempaparkan kesah-kesah silam penoh liku ini selain dari blog ini. Semuga anak-anakku memahami bagaimana sucinya kasih sayang dalam kehidupan yang kita harungi setiap hari...... Jangan lupa mendirikan SOLAT 5 waktu sehari semalam................. Aku akan muncul lagi dimasa terdekat...............