Waktu

Friday, December 18, 2009

KEPIMPINAN YANG LEBIH RASIONAL

Assalamulaikum....
Selamat Sejahtera.....

Pada hari ini 2hb. Muharram, 1431 bersamaan 19hb. December, 2009 pelancaran Lambang Parti Pakatan Rakyat………… Sekarang berfikirlah secara waras, pilihan Raya ke 13 pilihlah kepimpinan yang mendaulatkan Agama…… Taatlah kamu kepada ALLAH, kepada Rasul dan kepada Pemimpin yang beriman……



LAMBANG PARTI PAKATAN RAKYAT - PILIHAN RAKYAT PADA PILIHANRAYA KE 13




PENIMBANG SEKARANG MENGGUNAKAN DIGITAL - DACING SUDAH KETINGGALAN ZAMAN.....
Wassallam......

HIJRAH KEJALAN ALLAH dan RASUL

Bismilhirrahmanirrahim..........
Assalamulaikum / Selamat Sejahtera......

Pada 01hb. Muharram, 1431 bersamaan 18hb. December,2009 bermulalah
kiraan tahun baru Hijrah 1431 iaitu klender Umat Islam. Sebagai
bangsa Melayu yang beragama Islam, apakah suasana yang paling manfaat
bila menyambut kedatangan maal Hijrah ini……bermuhasabah diri…..
Berhijrahlah ke jalan ALLAH dan RASUL……. Iaitu kita berjanji setulus ikhlas hati untuk mengerjakan segala suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laranganya……. Ikuti segala SUNAH Nabi Muhammad S.A.W……

Bermuhasabahlah diri………

Adakah kita telah menyempurnakan kesemua Rukun Islam……
Mengucap 2 kalimah syahadat…

Solat 5 waktu
Berpuasa di bulan Ramadzan
Mengeluarkan Zakat
Mengerjakan Haji (Jika termampu)

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431......

Thursday, November 19, 2009

DAHLE BODOH BANGANGLE PULAK

Assalamulaikum/Selamat Sejahtera 1 Malaysia…..

Aku sabenarnya tidaklah berminat sangat nak tulis artikal ini, tetapi bila hari hari aku dok tengok dan dengaq depani bergadoh tak habih habih, so aku rasa menyampahle pulak….. PM 1 Malaysia kata konsep 1 Malaysia….. Rakyat didahulukan, pencapaian diutama….. Sebagai seorang Rakyat aku berasa sangsile pulak betoi ke hang sebagai PM cakapni….. Awat hampa hari hari dok gadoh, pasai apani, berebut apani, berebut duitke….. yang syoknya pulak TV dan media pengampu 1 Malaysia tukang tayang depa dok gadoh…… Bodoh betoile depani….. Kepimpinan hampani boleh pakaike….. hampa canang seantero dunia bagitahu RAKYAT HENDAKLAH BERSATU DAN KEKALKANLAH PERPADUAN, tapi hampa yang bijaksanani pasai apa dok gadoh hari hari….. BOLEHKAH RAKYAT PERCAYA HAMPANI JADI KETUA……

Cuba hampa tengok pasai apa depani menangis…… Burok betoi…

Kadang kadang aku hairanle…… Bila Ulama’ bagi ceramah agama hampa tangkap dan dakwa dia ke Mahkamah,….. kata dia pengikut mazhab Wahabi….. Itulah bila duit dah banyak tak mau pegi buat UMRAH….. Jadi taktaulah macamana orang lslam lain beribadah disana……. Ini lagi satu bangang segala yang bangang…… adake orang nak buat kebajikan setulus hatinya nak derma Tuan Guru NIK AZIZ pergi Haji depa kata ada unsur rasuah…..Bodoh betoile mana ada orang nak mengerjakan haji dengan duit haram… ..tapi kalau buat rumah berjuta juta yang melebihi dari pendapatan dan tidak logik akal tak tahule pulak……. Itulah kalau kitatu bodoh dan bangang jangan bagitahu kat Rakyat……. Wallahualam……. Wassalallam......

Thursday, November 12, 2009

PHOTO ONE MALAYSIA

Assalamulaikum/ Selamat Sejahtera 1 Malaysia.....
Mai kita tengok gambak Pemimpin kita.... Mana satu pilihan hati....









Siapakah wanita Melayu tulin....





Gambakni untuk tatapan umum sahaja.....





Selamat memilih pemimpin terbaik dan Wanita Melayu contoh terbaik....
Wassallam....

Wednesday, November 11, 2009

INIKAN NILAINYA HARGA DIRI WARGA EMAS

Assalamulaikum / selamat sejahtera 1 Malaysia

Beberapa hari yang lalu aku balik ke Kampong asalku….. Selmasa dalam perjalanan balik aku singgahlah di rumah seorang kenalanku yang sudah bergelar “ Warga Emas”….. Dalam perbualan itu beliau memberitahu….. baru baru ini semua WARGA EMAS, IBU TUNGGAL, OKU dan ANAK YATIM tidak mengira kedudukan, sama ada yang kaya, miskin, papa kedana diberikan sedekah =
1. 5 kilogram beras,
2. 2 kilogram gula,
3. 5 kilogram minyak masak,
4. 1 tin biskot kering,
5. Wang tunai RM50/-
Pemberi sedekah ini memaklumkan – Inilah konsep 1 Malaysia dimana betapa perihatin pehak kerajaan untuk membantu “KESUSAHAN “ golongan ini….. dimana setiap orang tidak dipinggirkan….

Bila aku mengutarakan pertanyaan, apakah motif pemberian sedekah ini?.... Kenalanku menjawap….. Kami tidak meminta, tetapi apa yang mereka bagi aku kebaslas….. lagipun wang yang dibelanjakan itu bukan wang dia….. tapi wang Rakyat…. Dia bagi kami hanya banyaktu, tapi yang dia kebas berapa banyak aku tak taulah….. takan dia bukan buat kerja sukarela….. lagipun aku bukan tak kenal siapa yang menguruskan sedekah ini….. Manusia hudup 2 Alam…… Aku hanya mampu tersenyum, tetapi tak maulah komen apa apa…..

Semasa memandu kereta….. aku pun terfikir….. alangkah rendahnya Nilai harga diri golongan ini…… terutama golongan “ WARGA EMAS “….. Walau apaun aku masih bernasib baik kerana belum diketogerikan “ WARGA EMAS “ Aku pasti nilai harga diriku tak mungkin boleh dibeli dengan harta kekayaan…
Semulia mulia nilai seseorang manusia itu apabila dia sentiasa memelihara dirinya dari melakukan perkara yang mungkar, bertakwa dan beriman denganya ALLAH…. Itulah Semulia mulia nilai manusia disisi ALLAH…… Wassallam…..

Tuesday, November 10, 2009

BAI'AH PAS - KEBODOHAN UMNO

Assalamilaikum / Selamat Sejahtera 1 Malaysia……

Hari ini, hamper semua media letronik, media masa pengampu 1 Malaysia mempokoskan isu sumpah keramat “ BAI’AH “ yang mereka memberi gambaran PAS menginaya kaum hawa. Pada pengertianyan “BAI’AH” adalah “AKUR JANJI”. Wakil Rakyat PAS sekiranya keluar dari parti “ISTERINYA” akan sendirinya diceraikan dengan talak 3……. Itulah pengertian dan anggapan yang dibuat oleh UMNO terhadap PAS. Alangkah rendah dan Low kualitinya mentality pemimpin ini…… Apakah daifnya mereka ini memperlihatkan kebodohanya kepada Rakyat…… Macamana pulak kalau Wakit Rakyat Wanita PAS sekiranya keluar parti….. suami mereka juga dapat talak 3…… Punya bodohnya pemimpin ini……. Kecik kecik tak mau mampos dah besar menyusahkan orang……

Aku berasa hairan bagaimana pemimpin ini boleh memputarbelitkan isu ini, Apakah mereka itu sudah ketandusan idia akibat dari kekecewaan merayuhambakan CINTA PERPADUAN dengan PAS….. sepatutnya muhasabahlah diri dan tingkatkan integriti dan pamirkan kepimpinan yang berkeualiti bagi mendapatkan sokongan Rakyat…… bukan menonjolkan kebodohan diri sendiri…. Rakyat sekarang bukan zaman 60n….. sekarang zaman IT dan Internit….. semua maklumat terletak dihujung jari…….

Andainya betul BAI’AH ini, apa yang UMNO sakit hati sangat….. biarlah itu hak mereka….. Mereka yang berkahwin, jika tidak ada lagi kesesuaian….. Penceraian dibenarkan mengikut syarat syaratnya……. Pokok perseolanya sesiapapun tak perlulah mencari publisiti merahan dan kemerapuan dari hal orang lain….. Alangkah baiknya kalau kita mempastikan anak Isteri dan keluarga tidak meninggalkan sembahyang 5 waktu, mencukupi sebulan berpuasa di bualan Ramadzan, mengegeluarkan Zakat, Jika wang mencukupi pergilah UMRAH dan mengerjakan Haji di Makkah…… Sentiasa nasihat menasihati supaya mengamalkan amal makruf, dan meninggalkan yang mungkar……. Andainya Ketua Menteri Pulau Pinang – YB LIM GUAN ENG boleh melafazkan “Amal makruf, nahi mungkar “ dan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Idolanya……mana mungkin orang Melayu yang beragama Islam tidak boleh mengikutinya……Fikir fikirkanlah……Wassallam……

Thursday, November 5, 2009

KESIAN PENJAWAT AWAM

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera 1 Malaysia

Pada suatu malam terdengarlah aku dalam berita “ BERNAMA TV “ PM 1 Malaysia membidas Penjawat Awam terutamanya kepada Presiden Ceupec…...kerana meminta Bonos 2009 sebanyak 2 bulan gaji….. .

Bila aku teliti kesianle pulak aku kepada Presidenya kerana PM 1 Malaysia melebelkanya ‘ Sengaja mencari populariti’ …… lebih menyedihkan lagi PM 1 Malaysia juga sifatkan Penjawat Awam – tidak bermoral kerana meminta bonos sedangkan ramai orang sedang kehilangan kerja disebabkan kegawatan ekonomi….. Aku tak mahulah mengulas apa yang dimaksudkan “ TIDAK BERMORAL “ dari sudut mana…….sensitif…….

Walau apapun, sebagai bekas Penjawat Awam, aku harap Periden Ceupec dan Penjawat Awam janganlah berkecil hati…… tak dapat bonos takpalah…. Apa nak buat kita kerja dengan kerajaan….. apa kata kerajaanlah…. Lainlah kalau kita sebagai Peneroka Felda….. tak mintakpun dapat bonos…… Apa yang penting kerja mestilah dteruskan….. Masa telah berubah dan Penjawat Awam kenale faham….PM Islam Hadhari sudah berlalu…… Leni PM 1 Malaysia…… Rakyat didahulukan….. So Penjawat Awam mungkin dikemudiankan……. Wassalam……

Friday, October 23, 2009

PENJAWAT AWAM TAK DAPAT BONOS

Pada 23/10/2009 petang Jumaat, Perdana Menteri 1 Malaysia telah membentangkan belanjawan tahun 2010. Belanjawan yang menyedihkan penjawat awam kerana tidak ada bonos…… Walau apapun atas rasa belas kesihan PM 1 Malaysia bagi jugaklah penjawat Awam RM500/- itupun bagi penjawat Awam “ sokongan “ telah dibayar separuh sebelum hari raya Aidilfitri yang lalu…..yang lain lain hingga DG45 akan dibayar bulan Decemer ini…..

Penjawat Awam tak perlulah berkecil hati kerana konsep PM 1 Malaysia “ Rakyat didahulukan, Pencapaian di utamakan “ So Penjawat Awam kenele faham, kamu bekerja untuk rakyat dan gajipun dibayar oleh Rakyat…… Jadi terima sahajalah kehendak rakyat…..kerana PM 1 Malaysiapun dipilih oleh Rakyat…. Sekarangni semua pemimpin Politik takutkan suara Rakyat, kalau tidak dahulukan rakyat, nanti mereka disingkirkan oleh rakyat, jadi mereka “Merakyatkan “ rakyat…… Itulah “ BESARNYA “ kuasa Rakyat……Apa apapun semuanya kerana rakyat……

Lagipun wajarlah Penjawat muhasabah diri, cuba fakir fikirkan semasa bekerja betul betulke kita bekerja…. Atau sebahagian masa kita – bersembang – membaca akhbar – minum dikantin – datang lewat – balik cepat – membuat tuntutan tidak menasabah – repot sakit sedangkan kita tidak sakit tetapi yang paling malang sekali “ Banyak bercakap tapi kurang bekerja “, kerjanya lain tidak, hanya memgampu dan membodek sahaja….. Walau apa pun ada jugak yang bekerja setulus hatinya…… maka halallah gaji yang dibayar oleh rakyat….. yang lain lain tak taule aku……

Apa yang paling malang sekali….. tidak amanah…… Saya sertakan secebis lapuran Ketua Audit Negera (KAN) tahun 2008 – Inilah sebahagian Penyelewengan yang dilakukan…… wajar mereka disingkirkan……. Apakata SPRM…… Siasat….. jangan tak siasat….. takan penyelewangan RM2,400/- Tan Beng Hock disiasat sampai mati….. penyelewengan ini tak siasat…… Kalau tak berani siasat letak jawatan…. Nanti orang kata makan gaji haram pulak………

Dilaporkan bahawa Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Balik Pulau, Pulau Pinang telah membeli dua unit “laptop” jenis Acer Aspire pada harga RM84,640. sedangkan harga pasaran komputer berkenaan hanyalah sekitar RM4,500 seunit atau RM9,000 untuk dua unit.

Kolej berkenaan turut membeli 15 unit printer laser berjenama HP model P3005X pada harga RM7,722 seunit sedangkan harga pasarannya adalah RM5,000 seunit.

MARA turut membeli sejumlah RM358, 476 buku panduan mengajar (teaching manuals) sedangkan didapati buku-buku ini langsung tidak digunakan. Selain itu ia turut membeli software computer bernilai RM2.08 juta yang ia tidak perlukan.

Banyak lagi pendedahan dari laporan ini berhubung pembelian yang membazir dan menipu rakyat yang telah dilakukan oleh pihak MARA. Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini?

MARA yang ditubuhkan untuk membantu, melatih dan membimbing orang-orang Melayu dan Bumiputera agar berjaya dibidang perdagangan dan industri rupanya menjadi lubuk melesapkan wang dan memperkosa amanah rakyat.

Ingatlah KUASA RAKYAT….. akan menyingkirkan sesiapa yang tak relevan lagi dalam mempokoskan “Merakyatkan” Rakyat…… Wassallam…….


Sunday, October 18, 2009

NOSTALGIA TINGKATAN 5 TAHUN 1967

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera,

Sebagai mengembalikan Nostalgia, pada tahun 1967 aku berada di tingkatan 5 Anglo Chinese School, Kg Koh, Sitiawan, Perak….. Sengaja aku paparkan gambar ini bagi mengembalikan ingatan kawan kawan persekolahan dahulu Harap maaf aku hanya dapat mengingati beberapa orang sahaja……Andainya ada kawan kawan yang terjumpa blog aku ini dan ada gambarnya …..bolehkan menghubungi aku melalui emel……


Nama kawan kawanku yang masihku ingat......
Mohd Fadzil )Pangkor),Mohd Yusof, Mohd Radzi,Mohd Ali, Omar Bashah,Abdul Raof,
Mohd Razif,Ismail Ahmad, Mohd Razali.....
Rohana, Teh Mariah (JPJ),Mariam (Guru Kemas) Safiah (Masih solo), Saniah dan yang lain lain minta maafle tidak ingat.....



Gambar kenangan aku,isteri, adiku Masbah bersama dengan Allahyarhamah
Ibuku Saamah yang meninggal dunia pada tahun 1993 di rumah
asal (Nostalgia) pada tahun 1989.....

Thursday, October 15, 2009

KESAH LAMPAU YANG MASIH KUINGAT

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera.....

Dalam kesempatan masa yang masih ada, bagi mengembalikan nostalgia aku mengimbau kembali sejarah kehidupan yang telah berlalu,zaman persekolahanku hinggalah aku memasuki PDRM. Aku bersekolah hingga ketingkatan 5 tetapi aku bukanlah dari kalangan pelajar yang tidak bijak.Oleh kerana kemiskinan dan tidak ada galakan dari keluarga aku gagal dalam pembelajaran itu…..Aku pergi kesekolah dengan mengayuh basikal tua yang ditinggalkan allhyarham bapaku 16 kilometer setiap hari. Aku tidak pernah bersarapan pagi dan ada kalanya tidak ada wang belanja, hanya air paip penghilang dahaga. Pada ketika itu faktor kemiskinan aku menjadi rendah diri dan hilang keyakinan diri dalam pembelajaran. Akhirnya aku gagal dalam SPM kerana aku tidak ada kredit dalam Bahasa Malaysia kerana tersalah tajuk dalam “Karangan”. Guru sekolah meminta aku mengulangi SPM, tetapi Ibuku yang miskin tidak mampu menanggong perbelanjaan aku ke Sekolah…..So aku bergelarlah remaja kampong yang masih dalam ingatanku hanya memiliki sehelai seluar panjang dan sehelai baju dan satu pasang kasut selipar jepun dan mempunyai sebuah basikal tua.…

Sewaktu dihimpit kemiskinan, dan kesusahan tiada seorangpun saudara mara yang ingin membantu dan terpaksa bergelut sendiri dalam apa bidangpun. Aku masih lagi terasa tidak ada keadilan bila pemilihan kerancangan Felda, tiada seorangpun keluargku yang dapat, sedangkan konsepnya untuk membantu kalangan penduduk miskin,tetapi kenapa pula yang ada harta dan ada sampai 5 orang dari satu keluarga terpilih……pada ketika itu aku tidak tahu kemana aku harus mengadu. Bila tiba Aidilfitri “ merayakannya “ sekadar apa yang ada…… malahan keluarga sendiripun ada yang tidak datang….. Aku terasa sangat dipinggirkan…… Itulah hakiktanya bila kita mentafsirkan kemiskinan itu membuatkan kita rasa rendah diri dan rasa terhina……

Selepas peristiwa 13 Mei, 1969, oleh kerana desakan hidup dan kesesuaian dengan Sijil SRP aku diterima kerja PDRM. Sewaktu aku bertolak ke Kuala Lumpur dari Stesen Keretapi Ipoh, aku dihantar oleh abangku dengan berbekalkan wang sebanyak RmR15.00. Apabila sampai di Kuala Lumpur aku dibawa dengan lori ke PULAPOL dan ditempatkan diberek batu tingkat 1 pelaton 16. Pada 1hb. Nov, 1969 bermulah kerjayaku sebagai anggota Polis. Aku masih ingat lagi pada penghujung bulan, pertama kali dalam hidupku, aku menerima gaji pertama sebanyak RM60.00. Aku cium wang itu berkali kali dan rasa rasanya masih terasa baunya……hamper 1 bulan aku simpan wang itu dalam Kit BOX. Salepas itu aku mengirim wang sebanyak RM30.00 setiap bulan kepada Ibuku.

Selepas aku tamat latihan aku ditukarkan ke Johor Baharu dan mendapat gaji RM105.00 sebulan degan kolar RM15.00. Aku bekerja dalam PDRM selama 36 tahun dengan gaji terakhirku RM1896.80. Aku tidak pernah selesa kerja dalam PDRM, kerana aku bukan dari kalangan anggota yang kaki ampu dan bodek…..Aku bekerja atas kemampuanku dan tidak pernah mengenal masa…… Semasa aku bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Trafik, Narkotik dan Jenayah aku merasakan itulah kerja yang sangat mencabar dan menguji erti kewarasan berfikir dalam semua tindakan…. Alhamdulillah, walaupun aku diuji dengan berbagai cabaran dan setiuasi, apa yang aku banggakan…. Aku tidak pernah memputarbelitkan fakta sebarang kes dan tidak pernah menginaya kepada sesiapa…… Sekarang aku telah bersara….. Nasib aku agak baik apabila tangga gaji Polis dinaikkan dan dapatlah aku menikmati sedikit wang pencen…. Setelah ditolak wang pinjaman perumahan kini aku tidaklah lagi ditakrifkan penduduk berpendapatan di bawah “ taraf kemiskinan “……. Wassallam…..

Tuesday, October 6, 2009

KAD HARI RAYA DARI SULTAN BERUNAI




Tradisi Lama tetap tidak dilupakan…… Pada minggu akhir bulan Ramadzan 1430 yang lalu kami sekeluarga ada menghantar beberapa KAD SELAMAT HARI RAYA kepada cucu cucu kami dan beberapa kenalan yang lain termasuklah DYMM Sultan Berunai Darussallam….. Alhamdulillah pada hari ini 17hb. Syawal kami menerima sekeping KAD SELAMAT HARI RAYA dari DYMM Sultan Berunai Dasulsalam…… Yang lain lain tidak tahu khabar beritanya. Walau apapun kami sekeluarga Menjunjung kasih atas keperihatinan DYMM tuanku….. manalah tahu kalau kalau ada rezeki anak dan cucu kami suatu hari nanti mungkin mendapat jodoh dengan orang Berunai……Insyaallah kalau diizinkan tuhan suatu hari nanti kami berpeluang akan melawat negeri Tuanku…....

Monday, October 5, 2009

RUMAH TERBUKA FARAHIN

Assalamulaikum / Salam seanika Nusantara

Bulan Ramadzan yang penoh kemulian dan keberkatan telah berlalu 15 hari yang lalu. Ini bermakna kita berada di bulan Shawal yang bagi setengah orang melebelkan bulan ini satu bulan dalam setahun mesti disambut dengan penoh kemeriahan dan kegembiraan, tetapi bagi mereka yang lebih mengerti bulan ini adalah bulan kesyukuran kerana kemenangan bagi umat Islam yang berjaya mengawal dan menahan hawa nafsu selama sebulan berpuasa…..pun bagitu adalah sangatlah beruntung bagi mereka mereka yang berpuasa “ 6” hari dibulan syawal dengan penoh keikhlasan dan keinsafan dan meredai ketentuannya….. dijanjikan seolah olah mereka ini berpuasa selama setahun…….

Sejak terbitnya fajar syawal hinggalah mungkin tebenam matahari diakhir Syawal kebanyakan umat Melayu yang beragama Islam akan merayakan syawal ini dengan berbagai anika warna dan wancana…..terutama yang berkemampuan akan mengadakan “ RUMAH TERBUKA” bagi memeriahkan sambutan Syawal ini. Itu senerio yang kita lihat “ PESTA SYAWAL” selama 1 bulan dalam setahun bagi kebanyakan umat Melayu yang beragama Islam…….

Selepas ini kebanyakan umat Melayu yang beragama Islam tidak lagi ambil peduli tentang bulan bulan dalam klender Islam (Hijrah) terkecualilah bagi umat Islam yang diizinkan ALLAH menunaikan fardu Haji ke Tanah Suci Mekkah pada bulan Hulhijjah nanti…..dan selepas itu mereka hanyut dengan kelender masihi terutama menjelang tengah malam tahun 2010…..

Walau apapun bagi memenuhi permintaan anak bongsuku yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tanggal 01hb. Zulhijjah, 1430 bersamaan 18hb. Nov, 2009….. maka aku tuniakanlah permintaanya untuk mengadakan “ RUMAH TERBUKA “ pada hari ini 16hb. Syawal 1430 dalam suasana sederhana sahaja almaklumlah dah bergelar “ Pesara “ mana boleh buat macam orang kaya kaya….tetamunya hanya kawan kawan sekolahnya dan sahabat handai terdekat……Alhamdulillah aku bersyukur atas keizinanya dan aku pohon hindarkan aku dari sifat takabur dan Riak……

Gamabar gambar Lokasi dan menu Jamuan.....


Tuesday, September 22, 2009

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI 1430 HJH



Assalamulaikum / Selamat Sejahtera one malaysia

Daripada Minu Bulan dan Isteri…..

Selamat hari raya kepada anak anak dan cucu tersayang…..

@ Mohd Hisham sekeluarga di Negeri Sembilan,
@ Rahizana sekeluarga di Kuching Serawak,
@ Maslina di Universiti Messouri, Colombia, USA.
@ Mohd Helmi sekeluarga di Kapar, Kelang, Selangor
@ Amir Ridzuan di UiTM Shah Alam Selangor.
@ Noorfarahin (anak bongsu) di Manjung…..

Kepada Rahizana dan Mohd Helmi terima kasih kerana bagi baju raya……

Selamat Hari raya juga kepada semua kenalan dan bloger bloger….. Pimpinan Pakatan rakyat (Datok Sri Anuar Ibrahim, Datok Hj Hadi, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Pilihan rakyat Perak....Datok Sri Nizar jamaluddin) dan pimpinan Barisan nasional (one Malaysia)………
Maaflah kalau ada kata kata yang mengutuk dan apa apajelah……. Selamat Hari raya……..

Friday, September 11, 2009

ANAK YATIM INI TIDAK DIABNTUKE?....


Assalamulakum / Selamat sejahtera one Malaysia

Bulan puasa ini ramailah para dermawan, baik dari pehak pimpinan, pertubuhan, orang perseorangan memberi derma dan meraikan anak anak Yatim….. bagitulah perihatinya Rakyat malaysia atas nasib anak anak yang kesusahan setelah kehilangan Ibu dan bapa…..Semuga ALLAH juga yang membalas budi baik dermawan dermawan ini……

Walau apapun marilah kita singkap sejenak…..bagaimana anak anak ini mendapat setatus “ ANAK YATIM “…. Secara rambangnya orang akan memperkatakan anak anak ini telah ditinggalkan tiada penjaga akibat dari kematian Ibu dan bapa mereka….. tetapi terfikirkah kita bagiamanakah mereka yang masih kecil ini terpaksa menerima hakikat ini….. kita hanya mampu berkata… Aku bersimpati di atas musibah yang menimpa mereka dan takdir penentu segala dan, pasti ada hikmahnya…..

Dalam episot ini aku hendak membawa rakyat one Malaysia menyingkap “ Pemergian tanpa rela” Ibu kepada 2 orang anak dari Monggolia bernama Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Алтантуяа Шаарьбуу) yang dibunuh dengan kejam ditembak dan diletupkan dengan bahan letupan C4. Seluruh badanya hancur berkecai dan tulang belulangnya bertaburan di Punchak Alam Selangor pada tahun 2006. Perseolannya ADILKAH kematianya , bila 2 orang anaknya bernama Joohnoo” dan adiknya , Mungunshagai yang cacat bahagian kaki yang masih tidak mengerti menjadi “ANAK YATIM” telah kehilangan kasih sayang dan pelokan seorang Ibu……

Perseolan kedua…..kemanakah bapanya pergi….tidakkah anak ini hasil dari penyatuan “baka’ Ibu bapa mereka…..Kemanakah perginya kasih sayang seorang bapa….macam “ binatangle pulak” Mungkinkah kita sebagai rakyat Malaysia yang dikatakan berbudi bahasa, bersopan santun dan berperi kemanusiaan itu boleh menerima hakikat ini….. Adilkah kasih sayang seorang Ibu kepada anak anak ini diragut maha kejam oleh manusia yang bersifat kebinatangan ini……Adilkah?......Bila kita melihat anak anak yatim diraikan dan diberi bantuan tak terfikirkah kita untuk meraikan sama anak anak yang dikatakan “ DIANAKYATIMKAN OLEH PENGEBOM “ ini diberi bantuan dan diraikan saperti anak anak yatim yang lain dalam bulan ramadzan ini….. Wallahuallam…….

Wednesday, September 9, 2009

One Malaysia ada THE THREE STOOGES?

Assallamualaikum / Selamat Sejahtera one malaysia

Baru baruni aku terbacalah satu rencana dalam sebuah Akhbar menyamakan 3 Agensi kerajaan ini semacam drama “ Bodoh “ THE THREE STOOGES yang ditayangkan di TV one Malaysia sedikit masa dahulu….. Aku melihat drama ini pelakonya sebenarnya bukanlah bodoh tetapi mungkin telah diarahkan melakonkan perwatakan bodoh yang membuatkan orang mentertawakan kebodohan mereka……. Apa nak buat nak cari makan….. terpaksalah melakonkan apa yang diarahkan pengarah….. bodohpun bodohlah…….tetapi tak taulah aku mungkin orang di dalam agensi ini sahaja yang boleh merasakan adakah merekatu memang bodoh atau diperbodohkan…… Entahlah aku kadang kadang kesian jugak…. Tapi itulah hakikatnya kot…….

Depa kata Agensi yang pertamatu “ SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA (SPR)…. Kedua POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) dan yang ketiga SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)…

Depa kata SPR lebih berkuasa dari Speker Dewan Undangan Negeri…. Bila speker kata DUN itu kosong ikut perlembagaan negeri, depa kata tidak…. Contohnya di DUN Perak dan Kedah baru baruni….. Itupun kalau Speker dari DUN Pakatan rakyat, tapi kalau dari UMNO/BN dia tak berani…… Rakyat lani sedang memerhati dan mentertawakan lakonan mereka……

Depa kata Polis (PDRM) pulak bertindak macam kilat kalau Pakatan Rakyat buat demontasri, tapi kalau UMNO/BN depa tengokje tak berani buat apa apa….. Arak kepala lembu yang berdarah depan depapun takpa…..Lepastu tak semua kena tudoh, pilih pilihle pulak…….Rakyat lani sedang memerhati dan mentertawakan jugak lakonan merekani…..

Depa kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) macamtu jugak….. siasat penyelewengan peruntukan Exco Selangor yang melibatkan wang sebanyak RM2,400/- Teong Beng Hock sampai mati, tapi siasat PKFZ dan wang sebanyak 10 juta…..Juta…..Juta….Juta…Juta….. ringgit yang melibatkan Ong Ting Keat Perisiden MCA……. Dia keluar dari Pejabat SPRM masih boleh tersenyum lagi dan masih jadi menteri yang menerima gaji puluhan ribu ringgit sebulan……inipun Rakyat membeliakkan mata dan membesarkan lubang telinga…….dan ketawa berdekah dekah…..

Aku sebenarnya nak tunggulah Menteri yang kalah dalam Pilihanraya dulu – Dr. Khoo Sukun dan Idris Jala…… Nak buat macamana KPI nak bentangkan tentang wakil Rakyatni…… Inipun Rakyat tengah tunggu ini….. mungkinkah lakonan mereka ini Rakyat akan tertawa berbahak bahak…….Aku nak tanya UMNO/BN….. hampa tak rasa gerunke….. Datok Sri Anwar sedang menggempor Johor lani….. atau tak gundah gulanakah……. LDP yang memerintah 54 tahun di Jepun sudah bungkus ditangan pembangkang……Parti Demokrat Jepun di bawah pimpinan Yukio Hatoyama....tak lena tidok wo... Wassallam……

Sunday, September 6, 2009

SELEPAS 15 HARI BERPUASA

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera one Malaysia……
Pada awal Ramadzan yang lalu aku menulis dalam blog untuk menfaatkan
“ AZAM “ di bulan Ramdazan. Setelah berpuasa 15 hari sampailah masanya untuk menilai index prestasi “azam” dari pespektif objektifnya. Secara keseluruhannya aku berjaya mencapai indek prestasi utama sebanyak 80%. Alhamdulillah bersyukur aku kehadrat ALLAH yang telah mengizinkan aku mencapai indek prestasi utama sedemikian…….

AYAM PANGGANG REMPAH BERSALUTKAN MADU

Buat pertama kalinya ,setelah 10 hari berpuasa aku berkunjunglah ke pasar Ramadzan…… Di tengah tengah kesibukan dan ramainya manusia di pasar ramadzan ini aku singgahlah di satu gerai menjual Ayam Panggang Rempah bersalutkan madu…… Oleh kerana teringin akupun belilah separuh ayam panggang dengan harga RM8/- Ketika berbuka puasa, aku menjamahlah ayam panggang ini untuk dimakan…..alangkah malangnya ayam panggang itu terasa berbau busuk dan tidak boleh dimakan. Terkilanlah aku petang itu tak dapatlah makan ayam panggang rempah bermadu….

Pada petang esoknya aku pergilah berjumpa dengan peniaga ini……dengan nada perlahan aku bisikkan ketelinganya….. Kenapa jual ayam panggang yang sudah berbau….. aku lihat mukanya berubah dan dia memohon maaf …..dia mahu menggantikan dengan ayam baru….. lantas aku berkata….. Aku menghalalkan apa yang aku beli, tetapi sebagai peniaga… Jangan hampakan pembeli…. Sekarang bulan puasa bersedekahlah sedikit jangan pentingkan keuntungan sahaja…… Sejak dari hari itu sampailah sekarang aku tidak lagi pergi ke pasar ramadzan….. Sesungguhnya makanan yang dimasak oleh Isterikulah yang paling sedap dalam dunia ini……. Hargailah pengorbanan seorang isteri……

DI HOSPITAL MANJUNG

Pada hari khamis yang lalu aku bersama isteri pergilah ke Hospital manjung untuk mendapatkan rawatan Rutin….maklumlah dah tua….. orang kata dah tua tuani Hospitalah tempat yang senonim…..Pada hari itu orang tidaklah bagitu ramai, tetapi terdapat jugalah orang orang yang memakai toping dan ramai juga yang tidak pakai termasuk aku dan isteriku……Apabila sampai giliran aku masuklah berjumpa Doktor dari keturuanan cina puteh bersih bertoping……setelah diperiksa tekanan darah dapati bacaanya 80/130….. Kolestrol seimbang…..Kandungan gula dalam darah dalam angka 8….agak tinggi sedikit, tapi terkawal….. Semasa aku keluar Dr. berkata… Tekanan darah en. macam orang muda…. Aku tersenyum bangga dan mengucapkan terima kasih sambil berkata…. Walaupun seseorang itu sudah tua…. Ada kalanya perlu berfikir saperti orang muda…. Selamat Berpuasa….. Wassallam….

Thursday, September 3, 2009

KEPALA LEMBU - Satu Kontravesi



Pada 28/8/2009 selepas solat Jumaat di Masjid negeri, Shah Alam Selangor sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu yang dianggarkan lebih kurang 50 orang mengarak kepala lembu yang masih berdarah serta sepandok ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar sebagai bantahan dan protes cadangan pemindahan kuil Hindu dari seksyen 19 ke kawasan mereka syeksen 23..

Perseolannya kenapa “ KEPALA LEMBU “ yang dijadikan mangsa…… Adalah sangat malang bagi mereka yang terlibat membawa, mengheret, memijak sera meludah kepala Lembu ini, sedangkan bahagian bahagian yang lain dijual untuk kepada kaum muslimin. Bagi aku mereka ini sudah hilang pertimbangan yang waras dan berpemikiran secara perimitif dan tidak bertemadun…… Banyak cara lain yang boleh diusahakan bagi mengatasi permasalahan ini dan bukan melalui cara yang boleh menimbulkan isu sensitiviti perkauman.

Apa yang aku ingin ulas kenapa pehak Polis yang dikatakan lebih kurang 10 orang sedang berada berhampiran tidak berbuat apa apa, sedangkan mereka secara terang terang melanggar Sek. 27 Akta Polis dan di bawah AKTA HASUTAN . Walau apapun alasan yang diberikan oleh Polis…… Kegagalan pehak Polis bertindak menangani permasalahan ini telah mengundang kontravesi. Rakyat akan mempersoalkan Adakah pehak Polis sudah hilang pertimbangan profesinalisma kepolisian mereka hingga membiarkan isu sensitiviti kaum dan agama berlalu sahaja di hadapan mata mereka tanpa berbuat apa apa.

Isu ini telah berlalu hampir seminggu KPN telah berjanji akan mengheret mereka yang terlibat dalam demonterasi ini kemuka pengadilan. Bukti dan fakta melalui gambar serta Vidio disebar secara meluas dalam blog, Web internet,. Rakyat masih menunggu dan menunggu bilakah agaknya mereka yang tidak bertemadun ini diheret kemuka pengadilan…. Mari kita sama sama tunggu…… Wassallam…..

Monday, August 31, 2009

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 52


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 52
Malaysia menyambut hari Kemerdekaan ke 52 pada 31/8/2009
Ayuh kibarkan bendera Jalur Gemilang….. Segembilangnya rakyat Malaysia yang mengerti apa ertinya “ KEMERDEKAAN “.
Selamat bersemadi pejuang pejuang dan tokoh Kemerdekaan :-

Abdullah CD – Rashid Maidin – Musa Ahmad – Abdullah Ahmad - Wahi Anuar – Shamsiah Fakeh - Ahmad Boestamam – Prof Dr. Burhanuddin Helmi – Kamarulzaman Teh – Kris Mas – Harun Aminurashid – A. Samad Ismail – Pak Sako – Datok Onn _ Tunku Abd Rahman dan ramai lagi….. Tak lupa juga kita perlu mengingati Pertubuhan yang menyumbang kearah kemerdekaan sama ada dengan kekerasaan atau yang menjadi tulunjuk Inggeris saperti antaranya : PKM – PKMM – API – JKM – PETA – KMM – PPNAB – TPNM – UMNO – Alfatihah buat pejuang pejuang yang beragama Islam……semuga mereka ditempat dikalangan Roh roh orang orang solihin…..Alfatihah……
Selepas bersara dari “ PDRM “ - kini aku telah “ MERDEKA “ - Wassallam.....

Wednesday, August 26, 2009

MEDIA - KERANAMU " PAS " MENANG BESAR



Assalamulaikum / Selamat sejahtera kepada semua Rakyat one Malaysia…..

TERIMA KASIH kepada Media Arus Perdana, terutama TV 1, 2, 3, Astro Awani, Bernama TV yang memberi sokongan Padu kepada calum BN yang bertanding dalam Pilihan raya kecil Permatang Pasir (N11) pada 25hb. Ogos, 2009. Sejak dari penamaan calun hinggalah ke hari mengundi Media ini bertali arus berkempen untuk menyakin rakyat supaya menyokong UMNO/BN. Apa yang lebih hebat lagi kepimpinan mereka secara rakus menghentam kepemimpin Pakatan Rakyat, terutama Tuan Guru Nik Aziz dan Datok Sri Anuar Ibrahim. Pemimpin mereka cukup optimis bahawa kali ini “ Permatang Pasir “ akan pasti beralih arah dan menjadi anak emas mereka . Mainan Media ini membuatkan segelintar rakyat yang mudah tertipu sudah mulai gusar dan gundah gulana….. mereka berfikir mungkinkah stratigi hebat UMNO/BN kali ini menjadi kenyataan…..

Alhamdullah dengan keceluparan mereka yang tidak mengenal penat ini mengundang padah, apabila calun PAS Uztas Mohd Salleh Man menang dengan mejoriti besar (4551) mengalahkan calun BN yang bernama Rohaizat Othman….. Segulung Tahniah kepada Uztaz Mohd Salleh Man – kemenanganmu bersama sama – Menegakkan kemenagan Islam.

Kepada calun BN Shahrizat – Kekalahan kamu memberi pengertian bahawa rakyat sudah muak dengan UMNO/BN yang hipokrit….. Samuga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu…. Manalah tahu suatu hari nanti tergerak di hati kamu bersama sama PAS untuk membangun Islam.

Aku lampirkan luahan seorang beloger saperti di bawah :

Apa kata pula Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Shahrizat, Hishamuddin, Shafie Apdal, Rais Yatim dan lain-lain pemimpin UMNO yang bercakap besar sebelum ini?

Apa pula komen media pro-UMNO seperti Utusan, Berita Harian, Mstar, RTM, Media Prima dan lain-lain?

Bagaimana pula riaksi blogger pro-UMNO yang banyak bermaki-makian di blog masing-masing untuk memenangkan calon UMNO BN?

Apa pula ulasan pihak-pihak yang menjadi kuda tunggangan UMNO seperti SPRM, Polis, Kementerian Pertahanan, Kementerian Penerangan dan lain-lain?

Apa pula nasib mereka ynag melompat seperti Radzhi, Osman Jailu, Jamaluddin, Nazaruddin dan Jit Fang dan ketua mereka Ibrahim Ali?


Bamaimana dengan MB Rayuan di Perak, ada berani bubarkan DUN dan ada berani bercakap besar lagi?

Wassalalam - Selamat Berpuasa.....

Saturday, August 22, 2009

GULA dimanakah kau GULA

Assalamulaikum/ Selamat sejahtera / selamat berpuasa

Pada hari selasa yang lepas aku pergi ke Hopspital Sri Manjung untuk pemeriksaan darah bagi mempastikan kandungan gula dan kolestrol. Semasa aku sampai hendak bersarapan pagi, di kantin Hospital tertulis “ Semua jenis minuman “ O “ tidak dijual kerana tiada gula “ Kenapa agaknya daerah Manjung jadi bagini…… kemanakah GULA geranganya pergi…… GULA ini menyorokke atau dilarikan oleh segerombolan SANG SEMUT hinggakan setiap kedai runcit dan pasaraya tidak ada gula…….Apa yang dibuat oleh penguatkuasa perdagangan dalam negeri …… Apa kamu buat kerja, tidak memantauke atau sengaja tidak mahu buat kerja atau buat pekak badakje……

Bagi menteri yang bertanggongjawap perlu ambil tahu kenapa boleh jadi bagini?...... Bagaimana nak mengatasinya?...... gerakkanlah semua agensi yang ada bagi mengatasi masaalah ini….. Jangan terlampau banyak sangat bercakap semacam “Agenda Awani” tetapi tidak berbuat apa apa…… kalau nak naikkan harga naikkanlah…. Kalau naik sampai RM2/- pun kalau gula ada dipasaran rakyat tetap membelinya. Apalah sangat dengan RM2/- asalkan tidak menyusahkan rakyat…… Kenapa takut sangat nak naikkan harga gula....takut tidak popular dan rakyat tidak sokong mereka…… Dulu masa harga minyak naik, Tun Ahmad Badawi bagi intinsif RM150/- untuk motosikal dan RM625/- untuk kereta….. Rakyat tak sokong jugak mereka…… Setiap pilihan raya kecil kalah jugak…… Ini maknanya bukanlah pasal kenaikan barang dipasaran….. Mungkin sebab lain yang mereka boleh analisa sendiri……

Pak menteri perlulah bersikap proaktif bagi mengatasi masaalah ini, kurang bercakap, banyakan bertindak. Jangan bagi berbagai bagai alasan, gunakan kuasa semaksimum yang boleh……. Biarlah kita yang memerintah peniaga dan bukanya peniaga yang mempermainkan pemerintah…… Aku harap pak menteri dan pehak berkuasa fahamlah apa yang rakyat mahu….. Janganlah bermain wayang…..Rakyat dah jemu menontonya….. Pohon maaflah terkasarlah sedikt berbahasa di bulan puasani…… Wassallam…..

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADZAN


Assalamulaikum semua kaum muslimin seantara dunia

Selamat Menunaikan Rukun Islam yang ke 4 – Berpuasa di bulan Ramadzan
Bulan yang penoh kemulian, cahaya keimanan dan ketakwaan. Hamba mohon keizinan dan keredaanmu bagi memenuhi azam di bulan Ramadzan yang penoh keberkatan :-
1. Memaksimumkan ibadah – Solat fardu & Tarawikh berjemaah
2. Memenimumkan perbelanjaan – Utamakan memakan buah korma, memaksimumkan berbuka di Masjid, makan sahor seadanya, mengekalkan peralatan rumah dan sekadar memakai pakaian yang sedia ada dan menggunakan kenderaan jika perlu sahaja.
3. Menjaga Pancaindera daripada bercakap, melihat, mendengar, mencium dan, merasa perkara perkara yang mungkar dan dilarang.


SELAMAT BERPUASA

Tuesday, August 18, 2009

Rasionalkah Teoh Beng Hock " Membunoh Diri "

Assalamulaikum/Selamat Sejahtera 1 dunia

Mungkinkah kematian Pembantu khas Exco Selangor Teoh Beng Hock pada 16hb. July, 2009 kerana membunuh diri?.....Apakah lojik sesorang yang hendak berkahwin pada hari berikutnya, tiba tiba membunuh diri?....Kenapa pula beliau perlu membunuh diri selepas disoalsiasat SPRM berkaitan salah guna wang peruntukan exco Selangor ?..... Kalaupun dia ingin membunuh diri, apa perlunya dia terjun di Palaza Massalam?..... banyak cara dan tempat lain yang ia boleh berbuat demikian yang pasti tidak banyak mengundang kontravesi. Perseolan inilah menjadi mestri dan kesedihan bakal isteri yang sedang mengandung serta Ibu bapa yang kehilangan anak yang tersayang. Adalah sangat malang kontravesi ini menimbulkan impak besar kepada Negara, intitusi kerajaan khasnya mencalar kreativiti SPRM sendiri.

Kematian ini pehak Polis telah membuka Kertas Siasatan di bawah pentafsiran “ Mati Mengejut (SDR)” yang mana susuncara dan hala kerjanya mengikut peruntukan yang digariskan dalam Kanun Acara Jenayah. Walau apapun disebabkan kematiannya dipertikaikan “ Satu enkues “ di hadapan Majistret telah dibuat bertujuan mencari titik tolak dimana kebenaran dan Lojiknya beliau “ Membunuh diri “ Mungkin kita sedang dan akan menunggu apa apa jua yang keputusanya barangkali boleh memuaskan hati semua orang….

Rialitinya sesesorang yang diberikuasa oleh Undang Undang untuk mengendalikan Kertas siasatan,samestinya bersikap perfesional dan bermetelamat untuk MENEGAKKAN KEADILAN. Sesorang yang disoalsiasat sama ada yang disyaki, saksi saksi ,pegawai penyiasat tidak berhak memaksa mereka memberi keterangan. Pegawai Penyiasat yang bijak akan menggunakan kepakaranya dan bukan dengan cara yang tidak bertemadun bagi mendapat apa apa juga bukti yang membolehkan seseorang dituduh di Mahkamah. Membuktikan seseorang itu sama ada bersalah atau tidak, bukan terletak ditangan pendakwa, tetapi di bawah kuasa hakim atau Majistret yang menghakimi sesuatu kes…..

Bagi mengembalikan keyakinan Rakyat terhadap SPRM, POLIS atau lain lain penguatkuasa Undang Undang yang lain perlu bertindak mengikut lunas Undang Undang dan Perlembagaan Persekutuan…. Mesti bertindak dan kelihatan ADIL kepada semua pehak tanpa mengira apa setatus dan fahaman mereka…… Seseorang yang melakukan kesalahan itu, walaupun ia terlepas atas sebab sebab kebijaksanaan memputarbelitkan fakta….. tetapi satu kotak kecil memorinya tetap tersimpan hingga ke akhir hayat bahawa “ Aku sabenarnya melakukan kesalahan itu “ . Bagi yang beragama Islam hari ini mungkin anda bergembira….. tetapi anda tetap bersalah dan berdosa selagi orang yang diinaya tidak memaafkannya. Andainya tidak tunggulah balasan ALLAH tetap akan tiba….. Sesungguhnya janji ALLAH itu maha benar…… Wassallam….

Sunday, August 16, 2009

Rasionalkah Pesara Polis menyokong UMNO/BN

Assalamulaikum/Selamat sejahtera satu dunia....

Baru baru inii berita TV pengampu one Malaysia menyiarkan – Menteri Hal Dalam Negeri Datok Hishamuddin menggesa Pesara Polis Menyokong UMNO/BN…… Pada pandangannya Pesara Polis harus mengenang jasa dan pengorbanan yang diberikan kerajaan kepada mereka semasa bertugas dahulu……

Kenapa Menteri ini berkata bagini?..... Apa yang tersirat agaknya, apabila anggota Polis bersara sahaja kebanyakanya telah beralih arah….. tidak menyokong UMNO/BN tetapi menyokong Parti Pakatan Rakyat…
Kenapa agaknya jadi bagini, walhal ketika mereka masih bertugas “ NAMPAKNYA “ Polis akan menghalalkan sahaja apa yang mereka buat….Dimana silapnya……. Mungkinkah ada sesuatu yang tersirat dan tersurat dalam setiap individu dan pasukan Polis itu sendiri……

Rialitinya anggota anggota Polis mempunyai kerja yang sangat banyak dan dikira bertugas “ 24 “ jam saperti termaktub dalam Akta Polis 1967. Keperluan tugas mesti didahulukan, mengingkarinya dan ktidakcekapan akan diambil tindakan oleh Cawangan tatatertib. Oleh yang demikian itu suka tidak suka dalam apa cara sekalipun tugas tugas yang telah diarahkan mesti dilaksanakan. Sesuatu kesilapan/ kecuaian/perlakuan sama ada semasa bertugas atau tidak akan diambil tindakan serta disiasat. Apa yang lebih terok lagi anggota Polis tersebut akan “ ditahan Kerja “ terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat…… kesian mereka….

Secara realitinya kebanyakan anggota Polis dari kalangan keluarga yang susah hanya sadikit sahaja yang berminat…… Dalam keadaan gaji yang sedikit dan tidak sepadan dengan kerjaya, terpaksa bercekang mata , merayap disegala pelusuk, lorong dan taman taman bagi mempastikan Nyawa dan harta orang ramai terpelihara. Di dalam suasana kerja yang membebankan dan tidak selesa serta peraturan peraturan, kerja mesti diteruskan bagi menyara kehidupan keluarga dan pendididikan anak anak. Setelah berkhidmat bagitu lama dan bergelumang dengan suasana yang mencengkam hati dan perasaan, maka tibalah saat kegembiraan iatu “ BERSARA “ dalam perkhidmatan Polis…… Bersara dalam pengertian “ Aku Bebas dan Merdeka “ Saat inilah yang paling dinantikan…..Seolah olah dibebaskan dari satu siksaan. Hakikat itulah pada hemat aku yang menghantui setiuasi pesara rasa benci kepada peraturan dan ketua yang tidak ada budi bicara. Kebencian ini memberi tempiasnya kepada UMNO/BN……

Siapa yang ambil tahu, semasa aku bertugas sebagai Pegawai siasatan Jenayah….Bila mengendalikan kes Rompak dan Ragut, perselisehan Rumah tangga, pergaduhan jiran jiran, Budak budak yang melakukan peras ugut di luar sekolah, memecah masuk ke Sekolah, meraba perempuan….Bukan untuk berbangga diri……kamilah jadi Pegawai Konselling, jadi Pegawai Kebajikan Masyarakat menderma kepada mangsa ragut yang tidak ada satu senpun pada mereka. Kemana kami hendak mencari wang ini kalau tidak dari wang gaji yang sadikit itu. Sengaja aku timbulkan perkara ini, supaya ada mengerti nanti Pegawai polis bukan setakat menjaga keamanan, tetapi juga sebagai Pegawai Konselling dan Pegawai kebajikan Masyarakat. Aku bukan untuk mengungkit apa yang kami buat, tetapi itulah reality yang sebenarnya……

Semasa aku berkerja, aku pernah mohon untuk mendapatkan tanah tapak Rumah tetapi malangannya permohonan aku ditolak. Aku cuba mohon pertolongan dengan ketua Kampong yang juga sepupu aku sendiri, tetapi juga gagal. Aku berasa hairan bagaimana orang saperti aku, bekerja lebih 36 tahun tanah sekakang kerapun tak dapat, walhal ada orang yang mempunyai banyak tanah dan hidup selesa boleh dapat……. Apa yang lebih malang , anggota Polis yang bersara,,,,, hanya ada sebuah rumah Pinjaman kerajaan dan ramai anak yang perlu diberi pendidikan dengan gaji serta wang pencen yang sedikit……

Apakah Datok Hishamudin boleh mencari sartu eltenetif baru supaya “ Pesara Polis “ ini dikeluarkan dari kepompong supaya tidak diistiraf hanya layak sebagai JAGA dan PENGAWAL KESELAMATAN yang bekerja 12 jam sehari dengan gaji tidak sampai RM800/- sahaja….. apabila mereka mahu bekerja. Apa yang perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia anggota Polispun manusia juga dan bukan dilantik dari kalangan malaikat. Mereka juga perlu mendapat hak dari semua aspek kehidupan. Apa yang lebih penting lagi Pak Menteri perlu bersifat ikhlas dan jujur kendalikan Pasukan Polis supaya bertindak secara adil dan tidak memehak kepada sesiapa tanpa mengira fahaman politik mereka.…… Jangan pandai bercakap, tetapi tidak bertindak dengan jujur dengan apa yang kita perkatakan. Sebarang kesilapan nanti orang akan memperkatakan : Pasukan Polis hanya layak menjadi “ Pencacai “ UMNO/BN…..wassallam….

Wednesday, August 12, 2009

Selingkar Nostalgia dalam PDRM

Assalamulaikum……………….

Pada kali ini sengaja aku lingkarkan sedikit kesah silam bagi mengenang kembali Nostalgia yang mungkin tidak padam dari memori…… Bukan meminta simpati, tetapi sekadar sebagai renungan sahaja……………

Aku memasuki PDRM pada tahunh 1969 dengan gaji permulaan Rm60.00. Salepas tamat latihan gajiku dinaikkan ke RM105/-
Pada tahun 1973 aku berkahwin dan gajiku masa itu RM135/-
Pada tahun 1977 aku berpindah ke Kuala Kedah dengan gaji RM250/-
Pada tahun 1982 aku dinaikkan pangkat berpindah ke Kangar Perlis dengan gaji Rm732/-
Pada tahun 1988 aku dinaikkan pangkat sekali lagi dan bertugas di Kuala Nerang, Kedah dengan gaji RM1,100/-
Pada tahun 1996 aku berpindah ke Manjung Perak bertugas di Bahagian
Siasatan Jenayah dengan gaji RM1480/-

Pada 7hb. January, 2002 hingga 30hb. November, 2002 aku ditahan kerja bersama sama 2 orang anggota CID kerana dikatakan melepaskan seorang pendatang tanpa izin (PATI) . Oleh kerana aku sebagai ketua aku dipertanggongjawapkan…… Bahagian Tatatertib Polis DI Raja Malaysia dengan bongkaknya mengusulkan aku bersama 2 anggota CID ditamatkan dari kerjaya PDRM. Walau apapun niat jahat Tatatertib tidak kesampaian kerana kami telah diambil semula bekerja. Dengan sedihnya salah seorang anggota CID bernama Zainuddin telah meninggal dunia pada 3hb. March, 2008 kerana komplikasi buah pinggang….. Beliau seorang anggota Polis yang baik, aku amat terharu kerana pada hari kematiannya anak sulungnya hampir melahirkan cucunya yang pertama….Hanya kepada ALLAH jualah kita berserah…..Alafatihah…..

Terlalu banyak kesah suka dan duka semasa aku berada dalam PDRM selama lebih 36 tahun. Pernah suatu ketika hamper 1 tahun isteriku menjual kueh dibeberapa warung untuk menyara kehidupan harian. Wang gaji habis digunakan untuk perbelanjaan 2 orang anakku memasuki ke pusat pengajian tinggi dan seorang lagi ke Sekolah Asrama penoh…… Bila aku fikirkan betapa daifnya gaji seorang anggota Polis………

Semasa aku bertugas sebagai pegawai penyiasat Jenayah, aku dilambakkan kerja kerja penyiasatan bagitu banyak, hamper tiada langsung masa untuk berehat, hinggakan makan dan sembahyang tidak menentu….. Apa yang aku kesalkan apabila anugerah khidmat cemerlang hendak diberi, aku mereka tidak nampak kerana mungkin dilindungi fail fail yang menimbun atas meja…..mereka hanya nampak mereka yang tak seberapa kerjanya, tetapi pandai ampu dan bodek….. Mujurlah pada saat aku hendak bersara mereka ternampak aku. Itupun aku dapat wang RM1,000/- selepas 3 bulan aku bersara…… Betapa sedihnya bila aku membuat kesimpulan…… Kemerlangan seseorang itu tidak samestinya dinilai dari kerjayanya, tetapi dinilai dari apa yang dia mampu menampilkan diri di hadapan ketuanya………

Seperkara yang tidak dapat aku lupakan, apabila 1 hari sebelum aku cuti bersara, aku disoalsiasat “ Pegawai Tatatertib dari Bukit Aman “ Kuala Lumpur. Aku disoalsiasat lebih 4 jam. Berbagai perkara ditimbulkan berkaitan Kertas siasatan, pergaulan dengan beberpa orang cina dan India, berkaitan parti politik dan harta harta yang dimiliki…… tetapi kesemuanya aku sangkal dan mereka tidak berjaya mengaitkan apa papun di dalam setiuasi ini…… Diakhir siasatan itu aku berkata kepada Pegawai tatatertib…… Apakah cawangan tatatertib ditubuhkan matlamatnya untuk mencari kesalahan anggota Polis atau bermetelamat membetulkan kesilapan bagi menambah kebaikan anggota Polis…… Jawap pegawai itu “ kami hanya menjalankan tugas “ Bagi aku “ Tugas yang tidak pasti matlamatnya….. Itulah cawangan tatatertib yang aku kenal…….

Sekarang aku telah bersara, tetapi aku sedih juga bila melihat beberapa orang rakanku bekerja sebagai “Jaga “ dan “ Pengawal Keselamatan “ . Bila aku bertanya kenapa masih lagi bekerja sebagai “ Kuli Batak “ sedangkan gaji tak seberapa….. Apa kata mereka….. Wang pencen tinggal sedikit setelah ditolak pinjaman Perumahan, sedangkan ada beberapa lagi anak masih bersekolah……..

Walau apapun terlalu banyak peristiwa yang tidak perlu didedahkan dalam kerjaya PDRM…… Apa yang penting…… aku tidak membenarkan seorang pun anak anakku menjawat apa apa jawatanpun dalam Polis Di Raja Malaysia……Biarlah aku seorang sahaja yang merasakan apa yang tersirat dan tersurat sebenarnya dalam PDRM……Wassallam……

Tuesday, August 11, 2009

Pak Menteri : Roti canai 40 sen

Assalamulaikum.......

Pada suatu malam, media letronik pengampu one Malaysia ada seorang Pak Menteri dengan muka sebal berkata ia akan mengusulkan satu Rang Undang Undang masa terdekat untuk mengawal Keuntungan Perniagaan berlebihan bagi kesejahteraan rakyat. Beliau memberi contoh harga Roti canai sepatutnya dijual dengan harga 40 sen kerana kos modal hanya 20 sen, bagitu juga tea tarikh sepatutnya harga 60 sen sahaja, berbanding harga sekarang satu keping harga Roti canai antara 80 sen hingga Rm1/- manakala tea tarikh satu gelas dengan harga Rm1.20 sen.

Pada suatu pagi akupun pergilah kesebuah Restoren Melayu yang aku kenali. Aku duduk dan minta Roti canai 2 keping kuah kacang dal dan Tea tarik gelas besar. Aku memang akui roti canai, kuah dan tea tariknya memang bes dan sedap. Ikulah perbualan aku dengan pekedai selepas selesai aku makan……

Aku : Abu (Nama samaran) tolong kira apa yang aku makan dan minum?..
Abu : OK…….harga 2 keping Roti canai RM1.60 sen tea tarik gelas besar
Rm2.00?...Jumlah Rm3.60 sen.
Aku : Tolong kira sekali lagi, takut kamu silap kira kot?...
Abu : Encek…. 1 keping roti canai 80 sen….. 1 gelas tea tarikh gelas biasa
Rm1.20 sen, kalau gelas besar Rm2.40 sen…
Aku ; En. Abu jangan marah ya, malam tadi dalam berita TV Pak Menteri
cakap roti canai sepatutnya harga 40 sekeping dan tea tarikh satu
gelas 60 sen……
Abu : Minta maafla encik, Pak Menteritu orang politik, dia bukan orang
peniaga,Kalau dia nak tau untung sikitke banyakke bukalah perniagaan
dahulu barulah dia tahu. Pak Menteri tu cakap ikut sedap mulut sahaja,
sekarangni gula tidak ada dipasaran, apa dia buat, bodoh punya menteri……
Aku : En. Abu aku minta maafle, aku ingatkan Pak Menteri cakaptu betul,
rupanya semuanya temberangje…..En. Abu Menteri macamni pun ada…
Oh one Malaysiaku…...
Abu : Depatu apa tau , bukan pernah susah macam kita…


Walaupun aku bukan seorang perniga, setidak tidaknya aku tahu juga kos buat roti canai bukan setakat tepong gamdum, tetapi meliputi bahannya saperti mentega, susu, minyak, kuah kari atau dal,menggunakan gas,. Kos kos yang lain, kedai kena sewa, api dan air, cukai perbandaran, cukai pendapatan, gaji pekerja, tetapi tak taulah pulak kalau Pak Menteri jumpa kedai pekerja dari kalangan Jin jamu telor sahaja, tak payah bayar gaji…Wallalhuallam….

Saturday, August 8, 2009

Saman "GMI" Publisiti murahan UMNO/BN

Assalamulaikum......
Pada 1hb. Ogos, 2009 lebih 10000 orang dari berbagai peringkat umur dan bangsa berhimpun di Kuala Lumpur bertujuan untuk berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum pemansuhan ISA kepada DYMM Agong.Perhimpunan ini bertukar menjadi maha kelamkabut apabila pehak Polis diarahkan menyuraikan perhimpunan ini dengan menembak gas pemedih mata. Akibatnya suasana menjadi panic kucarkacir apabila orang ramai bertempiaran lari dan lebih 500 orang ditangkap kerana berhimpun tanpa permit…

Beberapa hari kemudian muncullah beberapa orang pemimpin UMNO dan BN di dalam Media masa dan letronik cuba menjadi hero dengan publisiti murahan mereka bersama peniaga untuk menyaman GMI bagi menuntut kerugian lebih 20 juta ringgit yang kononnya menanggung kerugian dan kerosakan harta benda akibat demontasi tersebut… Media letronik terutamanya TV3 setiap hari menyiarkan publisiti murahan ini supaya rakyat mempercayai apa yang mereka perkatakan …..Mungkin sebilangan rakyat tertanya tanya adakah saman ini boleh dilakukan atau hanya publisiti politik UMNO/BN yang mohon simpati dari kegagalan mereka untuk mendapat sokongan rakyat…..

Untuk memperjelaskan senerio ini, publisiti murahan ini pasti akan memakan diri sendiri. Peroses Saman perlu dibawa ke Mahkamah melalui persepsi Undang undang dengan mengemukakan fakta dan bukti kukuh dengan tiada sebarang keraguan. Mengintipitasikannya mesti melalui lapuran pakar dan dukumen yang disahkan oleh undang undang dan tidak boleh diperjemahkan melalui anggapan dan andaian semata-mata. Dalam setiuasi yang lain bukti yang mesti ada adalah pembuktian GMI itu wujud melalui peroses Pendaftar Pertubuhan….. Jika ini tidak boleh dbuktikan kes saman ini menjadi sia sia dan publisiti ini akan memakan diri sendiri…..

Seseorang pemimpin itu perlu bersifat profesional dalam semua tindakan dan keputusannya, tetapi kadangkala ada pemimpin yang sudah hilang arah sanggup berbuat apa saja walaupun dia tahu tidakannya itu tidak konsisten.

Pada suatu malam dizaman feudal ada seorang pemikir memandang kelangi,dia sangat kagum melihat berjuta bintang sedang berkerlipan diangkasa raya. Beberapa ketika kemudian sahabatnya berkata…. Adakah kamu tahu bintang bintang yang berkerlipan itu juga sedang memandang dan mentertawakan kamu….Wallahualam…...

Friday, August 7, 2009

APA DAH JADI DENGAN " GULA "

Assalamulaikum…………..
Sejak akhir akhir ini semua media sama ada yang pro dan kontra banyak mempaparkan kekurangan bahan keperluan harian terutamanya “ GULA”
Bagi daerah Manjung, semua pasaraya, kedai runcit tidak ada “ gula “ untuk dijual…..perseolanya kenapa ketiadaan barangan ini dipasaran?..... kemana agaknya gula yang diimpot bertimbun timbun pergi……Setiuasi ini semua rakyat boleh berfikir…… ketiadaan gula dipasaran bermotifkan untuk “ Menaikan harganya “ . Bagi aku pehak kerajaan BN telah gagal menangani permasaalahan ini….. Pengimpot, pemborong serta peruncit lebih berkluasa dari mereka…… Mereka terlampau banyak bercakap tetapi tidak banyak bertindak…… Itulah senerionya Politik di bawah PM one Malaysia….. Cakap macam guruh dilangit, tetapi hujannya hanya sedikit…….

Baru baru ini didalam media letronik Menteri Besar Barisan Nasional Perak Datok Zambery bagitahu ia akan mempastikan gula tidak berkurangan dipasaran….. tetapi apa sudah jadi “ Daerah Manjung sudah seminggu tidak ada gula “ Adakah kamu bercakap tidak serupa apa yang berlaku…..nanti pasti rakyat kata kamu MB pembohong. Bagi akulah cuma nak cakap kamu jadi MB pun sebab dengan belas ikhsan 3 wakil rakyat bebas menyokong BN sahaja, bukan dari rakyat perak keseluruhanya……Untuk mempastikan siapa yang rakyat pilih, kalau kamu berani mintalah Sultan Bubarkan DUN….. itu barulah orang kata “ Anak Jantan “..……

Walau apapun kekurangan gula ini hanya satu cara sahaja yang boleh mengawalnya…… Naikkan harga gula………Kenapa BN takut dengan rakyat……. Walau apapun dengan ketiadaan gula dipasaran rakyat tetap memersalahkan kerajaan. Bagi aku naik atau tidak harga gula parti Barisan Nasional semakin tidak popular dikalangan rakyat………Muhasabahlah diri…. Wassallam……

Wednesday, July 29, 2009

PENYIASATAN MATLAMATNYA MENEGAKAN 'KEADILAN'

Assalamulaikum………….
Sejak akhir akhir ini terutama orang awam sangat tidak berpuashati dan mempertikaikan ktidaktelusan Pegawai Penyiasat yang mengendalikan Kertas Siasatan, terutama penyiasatan dalam bidang kuasa SPRM. Persoalanya sekarang kenapa ini berlaku?........
ADAKAH INI JAWAPANNYA……..
- Mungkinkah pegawai penyiasat ini terlalu ego dengan kerjaya dan kuasa yang ada padanya…..
- Mungkinkah Pegawai ini dipilih disebabkan keroni atau kaki bodek, kaki ampu, tapi sabenarnya dia memang tidak layak dan bodoh…
- Mungkinkah dia tidak dapat mengkelasifikan sesuatu kes itu berdasarkan undang undang dan tidak memahami susuncara dalam mengendalikan kertas siasatan….,
- Mungkinkah dia diarah atau dihalang supaya tidak melaksanakan tugasnya demi kepentingan sesuatu pehak….
- Mungkin yang lebih dahsyat lagi memang menjadi kuda tunggangan pehak tertentu……,
- Mungkin juga demi kepentingan sesuatu dia sanggup memputarbelitkan fakta supaya yang salah jadi benar dan benar jadi salah,
- Mungkin juga kemungkinan lain boleh dijawap oleh Pegawai Penyisat itu sendiri…..
Pohon maaflah, saya memperkatakan ini adalah berdasarkan pengelaman aku dalam bidang siasatan kes kes Jenayah, Narkotik dan Tarfik dalam Polis Di Raja Malaysia lebih 10 tahun……Pengelaman aku hanya digunapakai semasa aku diperlukan sahaja, tetapi bila aku bersara tidak ada apa apa lagi yang boleh dibuat dengan pengelaman itu kerana ia tidak disokong dengan segulung Ijazah……. Itulah nasib Pegawai Penyiasat saperti aku……….

Apa yang aku hendak perkatakan ialah PEGAWAI PENYIASAT mesti memahami setiap kali kertas siasatan dibuka matlamatnya untuk mencari dan menegakkan KEADILAN……Pegawai Penyiasat mesti bebas, tidak memehak kepada sesiapa, berani melaksanakan tugasnya berdasarkan Undang Undang serta aturcara peringkat siasatan. Sekiranya Pegawai penyiasat tidak jujur dalam siasatanya anda MESTI dan WAJIB meletakkan jawatan, kerana gaji dan elaun yang dibayar lepada anda sebagai Pegawai Penyiasat adalah dari keringat wang rakyat………bukan dikutip dari daun daun yang berguguran ditiup angin……..
Akhir sekali aku ingin mengwar warkan sesiapa sahaja anggota Polis yang dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan peraturan Pegawai Awam (tatakelakuan dan Tatatertib) 1993 yang dituduh bawah perkara 36 dan 37 saya adalah berpengelaman dalam membuat Representasi Pembelaan secara bertulis……… Jika sesiapa yang berminat Emel saya : ibrahiminas1950@ yahoo.com.my atau talipon…. 013 4413052…… Saya bersedia menolong anda Sekian……. Wassallam……

Thursday, May 14, 2009

Datok Sri Nizar jamaluddin MB Perak yang Sah


Assalamulaikum……..
DUN negeri Perak lani semakin kalut, Dulu depa rampas kuasa, lantik Dr. Zambery MB Perak. Bila Pakatan Rakyat cabar di Mahkamah, kuasa itu dibagi pulak pada Dtok Sri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai MB yang sah. Satu Malaysia tahu depa langgar Perlembagaan, tapi dengan hidung tak mancung pipi tersorong sorong dan muka tak tau malu, depa merayu rayu pulak ke MAHKAMAH RAYUAN . Mahkamah Rayuan benarkan tangguh keputusan jadi DR. Zambery tersengeh sengeh dapat balik jawatan MB sementara menunggu Rayuan. Dr. Zambery hang kena ingat dan malule sikit Mahkamah bukan BATALKAN KEPUTASANNYA, tapi MENANGGUHKANNYA sahaja….. Ini bermakna Nizal tetap MB yang sah dan hang kalau aku kata MB haram kasak sangat, biakla aku kata MB yang tak sah. Hang faham kot…..Kalau hang tak faham jugak aku anggap hang WAKIL RAKYAT yang bodoh dan bangang….

Leni aku nak cakap pasai Mahkamah….. MAHKAMAH RAYUAN memanglah diwujudkan untuk membuat rayuan….. apa-apa juga keputusan yang dibuat oleh Mahkamah tinggi bila satu pehak tidak berpuashati….. Memanglah sfatnya Mahkamah ini untuk memberi pertimbangan bagi orang orang yang merayu kepadanya…..tapi kita ingat HAKIM Mahkamah tinggi juga tarafnya adalah sama “ YANG ARIF “ dan mempunyai pertimbangan pertimbangan mengikut lunas Undang Undang dan Perlembagaan yang diberikan kepadanya….. Aku tidaklah nak mempertikaikan keputusan Mahkamah ini, tapi semenjak aku kerja sampailah dah pencen ini pasai pi Mahkamah macam pi kedai kopije…. Kali ini mahkamah ini sungguh cekap dan pantas, bicara pagi petang dah buat keputusan….Aku cakapni bukan pasai apa, aku bekas Pegawai Penyiasat Jenayah PDRM buka lebih 2000 ( dua ribu) Kertas Siasatan. Pasai bicarani aku ingatle kalau tuhan lanjutkan usia aku sampai 80 tahun pun bicara tak habih lagi….bak kata sampai mapuih pun tak habih naik cout…. Tahniah aku ucapkan pada Menteri yang bertanggongjawap pasai Mahkamah….. cekap sungguh……

Ada lagi satu perkara yang aku nak cakap…… Apa agaknya yang tersirat DR. Zambry tergesa gesa pohon pengangguhan keputusan ini….. Rupa rupanya dia takut sangatle kalau Datok Sri Nizar dapat mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri….. Depani memang penakut sungguh dengan Rakyat bila ada sesuatu pilihanraya. Orang yang paling takut sekali ialah 3 ekor babun yang melompatu… Kalau ada pilihanraya baru depani bungkus habih….Sapa nak lantik depa….pasaitu depa takut sangat…..Kesiankan…..

Last sekali aku nak habaq mai…….Orang yang penakutni kalau lelaki depa kata takdak telok, tapi yang perempuan pulak aku tak tahu nak kata apa….. Celah celahtu depa ada kata juga….. Pangket, pondan, bapok, bohsia, bohjan dan yang lebih dasyat lagi depa kata jadi “ PENCACAI ANGKAT NAJIS “ yang kerjanya tahu AMPU, BODEK, tapi sebenarnya dia takde perinsip hidup….macam lalang ditiup anginje…..Walau apapun mai kita tunggu dan tengok siapa yang pondan dan anak jantan bila beradapan dengan Rakyat……. Jangan marah…..Cuma lepaskan deramje…… Jeng…Jeng…Jeng…..

Wednesday, April 29, 2009

Satu dunia bimbang pasal " BABI "

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam,Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhamad Rasulullah SAW, para para sahabat serta alim ulama yang sentiasa menyburkan siar Islam keseluruh alam. Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa, maha melihat, maha mengetahui apa apa yang manusia tidak ketahui. Semua kejadian adalah dibawah ketentuannya. Manusia itu hanya mampu merancang, tetapi ALLAH jualah yang menentu dan mengizinkan sesuatu kejadian itu.

Dalam waktu yang terdekat ini seluruh umat manusia kecuali orang orang yang beriman dan bertakwa terkejut dengan penularan sejenis penyakit yang dibawa oleh haiwan yang umat Islam diharamkan mendekatinya apalagi untuk memakan dagingya. Penyakit itu dipanggil SELESAMA BABI yang sekarang sedang melanda Mexico, Amerika, Erofah dan beberapa buah negeri yang lain. Mengikut saintis wabak ini tercipta dari gabungan Selesema manusia + selesema Burung + Selesema babi…..Cantuman virus ini menghasilkan wabak yang digelar H1A1 dan berjangkit dengan pantas kepada manusia. Setakat ini tiada Veksin atau penawar yang boleh mengubat penyakit ini, sesiapa yang terkena mengikut saintis maut akibatnya.

Suatu ketika dahulu dunia digemparkan penyakit AID, AKUT ( sesak nafas yang terok) SAR selesema burung dan sekarang ini pulak H1A1 selesema BABI. Pada masa selesema burung melanda negara, bagi mengatasi penyakit ini burung burung dan ayam peliharaan, sama ada diternak, dipelihara atau ayam kampong ditangkap dan dimusnahkan. Satu Malaysia dianggarkan terdapat lebih kurang 2.6 juta ekor babi dipelihara, terutama di negeri Melaka, Selangor dan di beberapa buah negeri yang lain. Perseolannya adakah Kerajaan Mahajib akan memusnahkan ternakan ini sebelum selesema menjangkiti manusia. Apa yang kelihatan sekarang menteri sibuk memperketat pemeriksaan warga asing yang datang ke Malaysia melalui lapangan terbang ataupun pintu pintu sempadan, walhal sepatutnya langkah proaktif perlu dibuat keatas babi babi yang sedang diternak….

Bagi orang orang yang beragama Islam, wajib mempercayai apa yang berlaku adalah diatas ketentuan ALLAH (Kadaq dan qadar). Semua penyakit dan bencana alam yang menimpa manusia, sebahagiannya adalah bala yang diturunkan kerana kezaliman manusia kepada manusia yang lain. Bagi umat Islam pula terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan, melalaikan apa yang diwajibkan dan tidak merasa malu melakukan perkara perkara yang mungkar. ALLAH menjanjikan kemungkaran yang dilakukan, jika tidak dihentikan dan bertaubat denganya tunggulah pasti bala yang tidak diduga akan mendatang. Hukum dan janji ALLAH jangan dipersendakan.. Sesungguhnya janji ALLAH itu maha benar.

Ingatlah manusia itu dibenarkan mencipta teknolgi tercanggih, tetapi jika digunakan untuk membunuh dan menindas orang yang lemah, terutama orang Islam, pastinya doa orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan oleh Allah,Sejak dari dahulu lagi ALLAH menciptakan haiwan yang melata dibumi ini adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia, tetapi sebahagianya ciptaan ALLAH sama ada yang dapat dilihat atau tidak serta, berterbangan dibumi ini juga adalah tentera ALLAH bagi orang orang yang mahu berfikir.
RAJA NAMRUD DIMUSNAHKAN OLEH TENTERA ALLAH
Pada zaman Nabi Ibrahim ASW….pemerintah babylon bernama RAJA NAMRUD mempunyai ratusan ribu bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh. "Sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang denganku," Justeru Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan Allah. Sampailah satu ketika, Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk agar menyerang mereka.Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang meggerunkan.Tentera Namrud yang mempunyai peralatan tentera yang cahnaggih pada masa itu bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah.ALLAH menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar ALLAH. Namrud pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk diseluruh tubuhnya.Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud. Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat sangat dan berakhir dengan kematiannya.

Bagitu juga bagaimana ALLAH telah mengirimkan beribu ribu ekor burong bernama ABABIL membawa batu batu yang panas lagi keras memusnahkan tentera bergajah ABRAHAH ketika ia enggan berunding dan meneruskan hasratnya menyerah Makkah Pada ketika ahir zaman nanti datangnya dajjal ke muka bumi ini dengan angguh dan sombongnya terus memerangi umat Islam dengan membunuh tanpa belas kesian. Pada satu ketika Nabi Isa diturunkan untuk menyelamatkan umat manusia,dan berlindung disebuah bukit ALLAH telah menghujani dengan ULAT ULAT memusnah Dajjal bersama sama tenteranya.Ketiga tiga kesah di atas ALLAH telah mengingatkan kepada kita bahawa Azabnya akan tiba dalam bentuk yang manusia tidak mampu memikirkannya. Mudah-mudahan Umat Islam sentiasa mengikuti segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya. Ingatlah sebaik sebaik manusia walau dari golongan manapun disisi ALLAH adalah orang orang yang beriman sentiasa mengingati dan bertakwa,dengannya. Wassallam.....

Wednesday, April 22, 2009

Suatu hari di Hospital Manjung

Assalamaulaikum……
Pada 21hb April, 2008 jam 10.30 pagi aku bersama isteri pergi ke Hospital Sri Manjung untuk mendapatkan pemeriksaan rutin kesihatan 3 bulan sekali. Oleh kerana orang terlalu ramai aku dapat giliran nombor 261. Setelah menunggu hampir 3 jam barulah aku dapat berjumpa doctor . Keputusan pemeriksaan dapati gula dalam darah angka 7 dan selepas makan angka 11. pemeriksaan tekanan darah 130/80 dan sedikit kolestrol. Walau apapun Doktor berbangsa India kata kandungan gula dalam darah perlu dikurangkan ke angka 5 atau 6. Bila aku cakap angka 7 kira OK dahlah, tapi dia tak cakap apa apa dan suruh aku ambil ubat. Aku nampak doctor macam boring gile pasal orang ramai.

Kemudian aku pergile ke cawangan farmasi, sekali lagi orang ramai gile, masa itu aku tengok nombor kat skren 4121. Bila ku serah surat nak ambil ubat dapat nombor 4245, cuba bayangkan aku terpaksa tunggu 100 orang lebih baru aku dapat ubat, tetapi bila nombor keluar ramai orang tak datang, jadi cepatlah sikit aku dapat ubat, Aku pasti mesti ramai orang telah balik kerana boring telalu lama menunggu untuk mengambil ubat.

Sabenarnya kesah benar ini aku nak paparkan bagi membuktikan Piagam Pekanggan Hospital tidak menepati sasaran. Janji dan saranan Menteri Kesihatan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin dan terbaik hanya tinggal omongan kosong sahaja. Bila pilihanraya orang dah tak sokong depa,barulah sibuk cakap itu cakap ini untuk kebaikan rakyat, hasilnya ditakuk lama jugak. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak…. Tunggulah pilihanraya ke 13 suara rakyat akan menghukum mereka cakap tak serupa bikin ini………

Monday, April 20, 2009

Raja Azlan shah bertitah...

Assalamualaikum………..
Pada 23hb. R’ Akhir 1430 bersamaan 19/4/2009 bersamaan hari Ahad diadakan Majlis menyambut hari Keputeraan Raja Azlan Shah yang ke 81 dibalai Rongsri Istana Iskandariah Kuala kangsar, Perak. Sebagai Rakyat negeri Perak dan telah bersara dari perkhidmatan kerajaan aku berdoa semuga ALLAH melanjutkan usia baginda dan diberi kekuatan dan keimanan supaya dapat memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dengan penoh keadilan dan kesaksamaan.

Aku teringat di dalam buku sastera klasik Melayu lama mencerita bagaimana bersemangatnya rakyat zaman feudal bilamana untuk menemui Raja jika ada sesutau perayaan.…Bagi mengambarkannya penulis buku sastera klasik lama menceritakan : Berbondong bondonglah rakyat jelata datang dari pelusuk negeri , yang bulat datang bergolek, nak nipis datang melayang, yang buta teraba-raba, yang pekak tertanya tanya, yang berkurap tergaru garu, yang tua datang bertongkat, yang capek teresot esot… tiada seorangpun terlepas dari menyaksikan perayaan itu. Bagitulah perihatinnya rakyat ketika itu, tetapi dizaman teknologi ini segala gala terpampang di hadapan mata walaupun berjuta juta km jauhnya…bershukurlah kita kepada ALLAH yang mengizinkan manusia mencipta teknologi ini…..

Aku amat terharu bila mendengar titah baginda pada pagi itu. Antara titahnya menggambarkan setiuasi pergolakan Politik di negeri Perak akibat kerakusan pemimpin Politik yang ingin berkuasa.
Baginda bertitah, Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,"

Aku amat memahami apa yang dimaksudkan oleh baginda, tetapi adakah pimpinan Parti yang terlibat sedar apa yang tersirat dalam titah baginda itu Apakah mereka sedar perbuatan mereka yang sanggup mengemploitasikan Perlembagaan dan undang-undang,merasakan mereka kebal dan memiliki imuniti menghalalkan cara bagi mendapatkan kuasa. Akibatnya sebahagian rakyat terseret dan berada didua persimpangan kemana harus mereka tuju.

Semua Rakyat, sama ada di pehak pimpinan atau rakyat biasa, halatuju pemerintahan mesti berasaskan Perlembagaan dan Undang Undang. Bagi orang orang yang diberi kuasa ,Perlembgaan dan undang undang bukan sahaja mesti dipatuhi, tetapi mesti kelihatan dipatuhi . Apa juga tindak tandok pimpinan akan dicontohi dan dikuti oleh rakyat. Ketaksuban pimpinan menghalalkan cara mereka berfikir dan bertindak akan melahirkan pengikut yang extremes. Walau apapun aku sangat berharap semuga pimpinan Politik di negeri Perak mencari satu titik pertemuan bagi menangani permasaalahan ini secara bijaksana dan berhemah. Rakyat pula perlu berfikir secara rasional dan bersama sama berganding bahu menangani permasaalah ini. Bagiku untuk menyelesaikan sesuatu permasaalahan itu perlu dihuraikan dari punca permasaalahannya…..Bila kita sesat dalam perjalanan kita perlu bertanya daripada orang tempatan, bukan dari orang Indon atau bangla…..Wassallam…

Saturday, April 18, 2009

DUN PENANTI - Anwar Ibrahim VS Najib Razak

Assalamulaikum……. Apa khabar Datok Sri Anwar Ibrahim, Apa khabar Datok Sri Najib ?. Semua rakyat “ satu Malaysia “ terutama yang beragama Islam mendoakan anda berdua dikurniakan akal fikiran dan tubuh badan yang sihat untuk berkhidmat sebaik mungkin demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Bagaimanakah keadaan anda berdua selepas pilihan raya ke 12 dan 5 pilihan raya kecil yang lalu?.....Adakah anda boleh menerima kehendak rakyat melalui amalan demokrasi?. Aku berharap anda bersikap perfesional menerima hakikat yang menang tetap menang yang kakah tetap kalah, tetapi yang menang tidak semestinya semua menang dan yang kalah tak semestinya semua kalah.…… Itulah adat pertandingan, yang menang jangan tersenyum lebar dan yang kalah jangan menangis tersedu sedu, sesungguhnya menang dan kalah ada sesuatu yang tersirat di dalamnya…….

Dalam temph 60 hari satu lagi pilihan raya kecil akan menanti kita di kawasan DUN PENANTI Pulau Pinang akibat perletakan Jawatan YB. Mohd Fairuz dari PKR . Apa yang aku nampak dalam pilihan raya ini adalah pertembongan kreativiti 2 kepimpinan Politik yang tidak asing lagi iatu Datok Sri Najib dari BN dan Datok Sri Anwar Ibrahim dari PKR. Pertembongan ini akan memperlihatkan kepada kita “ Satu Malaysia “ siapa yang lebih popular dan diterima oleh Rakyat sama ada dari parti BN yang didokongi gabongan 14 parti atau dari Parti KEADILAN yang mana satu parti ahlinya semua kaum di Malaysia..

Sejak akhir akhir ini di Astro AWANI dalam ruangan AGENDA AWANI dan Bernama TV dalam ruangan HELLO MALAYSIA serta TV 1 dalam Ruangan DI LUAR LINGKUNGAN banyak mengketengahkan Penganalisis penganalisis Politik yang membicara dan memperkatakan senerio Politik tanah air. Mereka kebanyakannya pro kepada BN dan sedikit sahaja yang memberi ruang kepada PKR, bagitu juga pengacaranya. Aku tidaklah mahu mengulas panjang apa mereka perkatakan,tetapi dari persipsi aku analisis analisis mereka kurang tepat dan tidak mengambarkan apa yang sabenarnya persipsi rakyat terhadap senerio Politik Malaysia.. Itulah natijahnya manusia manusia yang ada segulong ijazah akan diktiraf oleh media walaupun penghujahannya tidak menepati suasana yang sabenarnya…..

Terdapat berita di bloger, Media letronik menyatakan BN mungkin tidak meletakkan calunnya di DUN PENANTI dengan alasan membazirkan masa, tenaga dan Wang rakyat…….Relivenkah alasan ini atau ada sesuatu yang tersembunyi yang tak boleh digambarkan. Apa kata Rakyat terhadap PM dan barisan kabinetnya yang memperselogankan “ KONSEP SATU MALAYSIA” . Mungkinkah Rakyat akan memperkatakan “ BN sudah hilang taring akibat pukulan sidrom POBIA dari kekalahan BN di 4 plihan Raya kecil sebelum ini. Adalah sangat tidak wajar Datok Sri Najib mengaku kalah sebelum bertanding dengan alasan yang tidak boleh diterima sebahagian pimpinan UMNO dan BN. Sanggupkah dia memberi satu IMPAK BESAR kepada Datok Sri Anwar Ibrahim yang sudah tersenarai dalam 100 pemimpin dunia yang popular. Walaupun kekalahan BN sudah pasti, tetapi kalah tanpa bertanding lebih mendalam sindromnya bagaikan tusukan sembilu menikam jauh kesudut hati…….Alangkah bisanya…… Wassallam……

Saturday, April 11, 2009

Apakah Motifnya Antantuya Sharibbu dibunoh...

Assalamualaikum………

Pada 09/4/2009 di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor, Hakim telah mendapati 2 bekas anggota tindakan Khas Polis Diraja Malaysia didapati bersalah kerana membunuh dengan sengaja wanita Monggolia ANTANTUYA SHARIBBU pada tahun 2006. Oleh yang demikian itu mereka telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Dalam artikal ini aku tidaklah menyentuh dan mempertikaikan keputusan Mahkamah, kerana aku tahu sesiapa sahaja yang mempertikaikan keputusan Mahkamah boleh dianggap sebagai “ Menghina Mahkamah “……..

Perseolan yang aku nak timbulkan dalam perkara ini ialah “ Kenapa 2 anggota Polis ini sanggup mempergadaikan nyawa mereka untuk membunuh wanita Monggolia ini “.

Di dalam sesuatu penyisatan, pehak Polis akan bertindak mengikut peruntukan undang-undang yang memberi kuasa kepadanya. Siasatan akan diperincikan daripada impak ditempat kejadian, pengumpulan bukti bukti fizikal, pengumpulan bukti dari bahagian forensik, dari pakar pakar berkaitan serta dari keterangan saksi saksi yang tiada dalam keraguan.Salepas bukti bukti diperolihi barulah pehak Polis akan menangkap orang yang disyaki melakukan Jenayah ini. Selepas selesai penyiasatan Kertas Siasatan dimajukan kepada Peguam Negara untuk tindakan Pendakwaan.
Undang undang memperuntukkan “ sesiapa yang melakukan pembunuhan dengan niat(sengaja) apabila dibuktikan pelaku Jenayah ini akan dihukum gantung sampai mati. Maka itulah yang terjadi kepada 2 bekas anggota tindakan khas ini. Pehak pendakwa telah berjaya membuktikan mereka terlibat secara lansong dalam pembunuhan ini manakala pehak pembela pula telah gagal menimbul keraguan melampaui manasabah (frima facie). Manakala orang yang disyaki sebagai orang perantaraan dalam kes sebegini jika mereka tidak berada sama-sama melakukan perbuatan ini, amat sukar untuk dituduh bersubahat. Jadi apa apa juga yang akan dan boleh diperkatakan kepada orang yang ada hubungkait adalah dianggap sebagai andaian sahaja. Penggunaan andaian dalam mana mana Mahkamah tidak boleh digunapakai sebagai keterangan bagi mensabitkan seseorang dalam pertuduhan.

Apa yang menjadi perseolannya sekarang, seluruh Rakyat Malaysia ingin tahu….. Kenapa mereka membunuh wanita ini dengan bagitu kejam dan apakah Motifnya…….

Perseolan ini masih belum terjawap……. Untuk menjawapnya perseolan ini marilah kita sama sama berdoa “ Apabila tali penggantung dipasang dileher dan saat kematian akan tiba, minta-mintalah mereka bersuara pada kali terakhir dengan memberitahu “ Orang yang mengarahkan pembunuhan ini dan motifnya “ Jika mereka juga tidak bercakap Rakyat malaysia tidak mengampunkan pengkianatan mereka yang telah memalukan semua rakyat dan Negara Malaysia…… Wallahualam.