Waktu

Thursday, January 29, 2009

Teman kesiankan MB Perak

Assalamulaikum……
Apa khabar orang Perak?, temanpun orang perak juge, dulu teman keroje Polis, tapi leni bila dah cukup umor pencenle teman, jadi rakyat biasele macam teman-teman yang lain, cumenya teman ada sikit tanah pusake,bolehle teman buat koje menebas dan takle teman jadi jaga macam ada teman-teman yang laintu. Bile dah penceni teman rasa seronokle pulak nak tulis dalam blogni, almaklumle duit pencen temanni banyakle juge, rase rasenya macam makan gaji butele pulak kalau tak buat apa-apa. Teman tulisni bukan ada niat apa-apa cuma sajeje nak bagitahu kat orang Perak atau orang lain yang terbaca bolg luahan rasa orang pencen, tapi tulisan temanni takle sahebat macam Penganlisis penganalisis yang bergelar professor, atau Dr, Cuma macam orang sembang kedai kopije……..

Baru baruni macam-macam orang cakap pasal MB Pakatan Rakyat negeri Perak, Datok Sri Nizar Jamamludin, teman kesian tengok dia, kehulu kehilir dia bagi ceramah tepis apa yang orang-orang kata kat dia, Jadi temanni salah seorang pengundi dia di Dun Pasir Panjang Perak kenelah bagi sokongan kat dia…..Sekarangni dia jadi Menteri Besar Perak bagile peluang dia memerintah, kitani sibuk-sibuk kat luarni pasal ape……biorle deme tentukan kat dewantu, kita dengorjela…….tengok macam temanni kejo Polis 36 tahun, kerajaan ada bagi apa, tanah satu incipun takde, nasib baik ada tanah pusaka, kalau tidak teman duduk dalam sampanle atau jadi macam pendatang asing……takpele teman takle susah sangat, cumanya teman nak bagitahu……tak payahle kacau MB kitatu, dia banyak keje nak buat…….Lagipun kite kenele ingat MB kitatu di lantik oleh SULTAN PERAK, kitani cuma lantik dia sebgai wakil rakyatje…….Rakyat Perak dan teman teman kene fahamle………

Satu hari teman singgah dikedai kopi, masa itu teman dengorle ada beberapa orang Melayu yang teman kenal sembang pasal MB kitatu jadi telunjuk DAP, Deme kata dah banyak bagi tanah kat bangsa lain lepastu bagi pula geran tetap kat penduduk kampong baru dan kampong tersusun selama 999 tahun…… Jadi temanpun mencelahle bagusle bagi geran kekal, MB kita bagi semua bangsa,temanpun tanya lagi mana kamu tahu bangsa laintu dapat banyak tanah, teman-teman boleh boktikanke?......kalau takde bukti fitnah namanya…..deme terdiamle sekejap……sambong teman lagi….dulu masa MB Tajol Rosli orang melayu, kenapa teman teman yang berbangsa Melayu tak jumpa dia minta tanah banyak-banyak……teman tengok demo marahle juge, tapi teman rasa puas hatile pulak……

Ini cerita terbaharu, Adun BOTA keluar BN masuk PKR……Sibukle Memanda Menteri, timbalannya dan lain-lain pemimpin UMNO kata Adun Bota lemah perjuangan, tak setia dengan parti……Dahle Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu UMNO kalah, tibe tibe Adon Bota keluar parti masuk PKR pulak, demam kepialu memanda Menteri……..Lepastu UMNO Kampar pulak minta Datok Tajul Rosli letak jawatan kerana gagal pimpin UMNO Perak……Sebenornya dah lama UMNO Perak tak suka kat Tajol Rosli cumenya dia takmau letak jawatanje…..tapi teman ingatle elokle letak jawatan……Dah tuadah bagile kat orang yang lebih bersemangat, yang dah tua-tuani elokle rajin-rajin ke Masjid……

Lagi satu cerita menarik……Pengerusi Lembaga Tatatertib UMNO, Tengku Ahmad Ridzaudin cakap, untuk elak Politik Wang, pemuda, wanita, putera dan Puteri UMNO perlu dibubarkan…….Temanpun fakir-fikirle kenape Tengku cakap macamtu……banyak sangatke isu rasuah dalam sayap-sayap yang hamper patahni….sampai nak dibubarkan……Memanda menteri, timbalan dan orang-orang kuat UMNO sibuk cakap isuni hanya pandangan peribadi tengkuje. Jadi teman buatle analisa macamni, kalau orang UMNO nak marahpun, biorle, teman tak kesahpun………UMNO ni teman nampak macam orang kena penyakit cencer dan kencing manisle pulak………Yang kencer makan ubat bertahanje menunggu kembali kerahmatullah, manakala yang kena kencing manis pulak, bila tangan dan kaki busok kenele potong, tapi boleh hidup lama lagi……Cuma kadang-kadang teman tertanya tanyale pulak apa agaknya yang dimakan orang-orangni sampai kena cancer dan kecing manisni………wallahualam………

Tuesday, January 20, 2009

AL FATIHAH buat sepupuku Allahyarham HASSAN

Assallamulaikum………….
Kira-kira jam 6.30 petang 17hb. Ramadzan 1429 selepas perkembumian allahyarhamah kakakku Safiah, aku melangkah longlai dari tanah perkuburan bersama sepupuku bernama Hassan bin Hj Sulaiman, semasa itu ia menunjukkan kepadaku sepohon pokok bunga mawar yang rendang,dibawahnya redup, bersih dan bunganya memutih bertaburan diatas bumi. Sepupuku berkata, cuba lihat dibawah pokok mawarni belum ada sesiapa yang dikebumikan disini, alangkah baiknya kalau aku mati nanti dikebumikan disini, tempat yang redup, bersih dan sentiasa ditaburi bunga….tanyanya lagi, kamu takut matike?....Aku tak cakap apa-apa, sambungnya lagi aku sekarang sikitpun tak takut mati, kalau Allah nak matikan aku, aku redo atas ketentuannya. Kemudian akupun berkata kepadanya Semua yang hidup pasti akan mati, tetapi aku msentiasa berdoa kepada ALLAH supaya melanjutkan usiaku kerana aku rasa aku masih lagi serba kekurangan apa yang hendak kubawa kesana?....Hassan bertanya apa yang kamu rasa yang tak mencukupi lagi, kan kitani orang Islam, ALLAH menjanjikan setiap orang islam yang mengaku ALLAH itu tuhan yang esa dan Nabi MUHAMMAD adalah Rasulnya akan dijanjikan SURGA….Aku cakap itu betul, tapi itu bagi orang-orang Islam yang sentiasa mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala laranganya,tetapi bagi orang yang mengaku beragama Islam tetapi tidak mengerjakan segala suruhannya dan sentiasa melakukan perkara mungkar, pasti NERAKA juga yang menantinya……Katanya lagi, apabila kita mati hanya 3 perkara sahaja yang dijanjikan ALLAH akan dapat menolong kita di alam kubur….. Pertama….AMALAN SOLLEH yang ikhlas kita kerjakan didunia, Kedua…..sedekah jariah yang dapat dimanfaatkan dan Ketiga.... ANAK YANG SOLLEH sentiasa mendoakan keampunan dan kesejahteraan Ibu bapanya. Apa yang paling menakutkan lagi ialah harta-harta yang kita tinggalkan di perolihi dari sumber-sumber haram yang tidak diredai Allah Selagi nak cucu kita mewarisi harta-harta tersebut pasti, kita akan menerima seksaan yang berterusan hingga hari Kiamat dan pada hari penentuan.Nauzubillah………

Aku berkata kepadanya, cuba kitra muhasabah diri kita dan anak-anak kita….Sebagai IBU BAPA kita memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita supaya mereka hidup senang dan tidak sesusah kehidupan saperti kita dahulu, Adakah mereka-mereka ini boleh menolong kita apabila kita berada dialam Barzah nanti……Adakah mereka-mereka ini mengerjakan rukum Islam yang kelima, terutama SEMBAHYANG LIMA WAKTU, mengeluarkan zakat daripada limpahan harta yang diperolihi, Adakah ada di antara anak-anak kita selepas dia sembahyang, mereka mendoakan kebahgian kehidupan kita dan sentiasa bershukur atas harta yang ALLAH kuniakan? Mungkinkah apabila kita mati nanti adakah mereka ini menjadi anak yang SOLLEH yang sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya kita dihindarkan dari malapetaka siksaan ALLAH dan menempatkan kita bersama-sama kaum muslimin……Saperti apa yang kita lakukan sekarang setiap selepas sembahyang kita sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya ALLAH memberi kerahmatan kepada Ibu bapa kita dan semua kaum muslimin yang berada di alam Barzah……..Maha suci ALLAH yang maha mendengar, lagi maha mengetahui kami pohonkan doa-doa kami dimakbulkan… Amin Yarabbalallamin……….

Sesungguhnya janji ALLAH maha benar,kami tunduk dan sujud diatas ketentuanmu…….Pada Jam 5.30 pagi 23hb. Muharam,1430 bersamaan 20hb. January, 2009 jam 5.30 pagi di Wad 2A katil No. 42 Hospital Besar, Ipoh, Perak seketika usianya 50 tahun maka kembalilah kerahmatullah sepupuku bernama HASSAN BIN HJ SULAIMAN dengan meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak………..Dari ALLAH kita datang dan kepadanya kita dikembalikan. Pada penghujung tahun hijrah 1429 Allahyarham menjalani pembedahan dibahagian kepala akibat ketumbuhan yang berlaku atas otak kanan, selepas pembedahan keadaan fizikalnya amat lemah dan tidak mampu bergerak dan sentiasa dibantu oleh isterinya…..Dikala nafasnya masih ada dia berwasiat kepada isterinya, jika dia mati kebumikan dia ditanah perkuburan kampong isterinya di LASAH, Ipoh, Perak………….Dikala aku melawatnya pada 09hb. Muharam 1430, apbila aku melihat keadaan fizikalnya, tak sampai hatilah pulak aku mengingatkannya apa yang diperkatakannya pokok bunga mawar di atas perkuburan tempoh hari………….Walau apapun aku tahu sepupuku itu orang yang baik dan sentiasa mengingati ALLAH……Aku sentiasa berdoa supaya ALLAH mengampuni dosa-dosanya,, rahmatilah ia dan tempat Rohnya dan jasadnya di dalam golongan orang-orang mukmin……..AL FATIHAH…….Ami
n Yarabbalalamin……..

Thursday, January 15, 2009

BOHONG atau TERPAKSA BERBOHONG


Bismillahirrahmanirrahim..........

Pada 09hb. Muharam 1430 bersamaan 06hb. January. 2009 bermulalah senario penamaan calun Pilihan Raya kecil Parlimen Kuala Terengganu . Selepas jam 11.00 pagi maka berbicaralah memanda Pengerusi Plihanraya bahawa 3 calun disahkan bertading Parlimen Kuala Terengganu pada 20hb. Muharam 1430 bersamaan 17hb. Januray, 2009. Dari saat itu maka berpusu-pusulah pemimpin dari peringkat Nasional dan negeri sama ada dari parti BN atau pun dari PR ke Kuala Terengganu untuk memikat rakyat jelata disana…Tidak cukup setakat itu media letronik, media masapun berkempenlah sama dengan berbagai-bagai isu yang kadang-kadang aku tengok mereka yang menulis dan membebel macam orang bodohle pulak…..Bila aku berfikir pulak kesianle kat depatu, bukanle depa nak berkempen sangat dengan partitu, tapi terpaksa kena buat, kalau tidak nak cari rezeki kat mana…..So buatle yang terbaik walaupun rakyat kata kamutu tukang sondol dan bodoh sokmo…….

LUCUKAH atau BENAR

Pada suatu hari aku pergilah kesebuah kampong agak terpencil di Kuala Terengganu, sampai disana aku singgah di sebuah kedai runcit. Pada masa itu aku lihat tauke kedai menggunakan alat penimbang eletronik warna hijau puteh, aku pun berasa heran kedai kampong macamnipun pakai penimbangnike. Akupun bertanya kepadanya…Kenapa tak pakai penimbang kilo atau penimbang dacing……Lantas tauke kedaini bagitahu, kini zaman teknologi mana boleh pakai penimbang lama kerana penimbangtu dah lama lebih 50 tahun mana boleh pakai lagi…..tak relevan lagi zamanni…… Aku tersenyum sinis, rupanya orang kampong lani dah pandai cakap ‘ Relevan dan teknologi’ rupanya……..

DISUATU MALAM

Pada suatu malam ketika aku sedang memancing dtepian sungai, waktu itu ku lihat bulan sedang mengambang dikelilingi awan puteh yang kukira menyerupai kalimah ALLAH . Ketika itu juga tiupan angin bagitu nyaman menyusup selesuluruh sunabariku……….Aku bershukur kehaderat ALLAH kerana bagitu besar nikmat ciptaanya yang takkan luput hingga hari kiamat…..Semuga ALLAH merahmati dan mmeredai orang-orang yang sentiasa berkatakwa dan bershukur kepadanya…..YA ALLAH YARABBALALAMIN………

BOHONG atau TERPAKSA BERBOHONG

Aku sajeje nak bagi lagi panas senerio kempen Plihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganuni……pasal aku aku rasa bodohnya pemimpin berbangsa Melayu dan beragama Islamni berbohong atau terpaksa berbohong kepada rakyat…….Aku nak cakapni aku taknakla cakap siapa dia pemimpintu…..Aku bekas Pegawai Penyiasat Polis aku sedikitpun tak takut kat pemimpin pembohongni……..Aku tahu sangatle macamnana Pegawai kerajaan dan pemimpin bekerja dan memputar belit rakyat……Cuma kekadang mereka tak sedar merekatu dipilih oleh rakyat dan gaji serta elaun dibayar dari wang rakyat…………

1. Dulu ada menteritu cakap 5 hakim yang diberhentikan pada zaman Tun Dr. Mahadhir bukan dipecat, tetapi berhenti awal, itu sebab pencennya dibayar…tiba-tiba lepastu Tun Mahadzir bagi bukti mereka bukan berhenti awal, tapi dipecat……Menteritupun minta maaflah kerana kebodohannya…..maka Karpal Singhpun minta diambil tindakan kerana meneteri itu berbohong, tapi sampai sekarang pun Pandikar Amin Mulia bersikap bacul tak berani buat apa-apa……

2. Yangni jadi kat Perak pulak, kecoh bekas menteri Besar yang dulu kata Kerajaan Pakatan Rakyat tak bagi guna dewan Orang ramai……Sibuklah kat Dewan negeri Perak bahas usulni…..Aku nampak MB Perak Datok Sri Nizal senyum saje…..rupa-rupanya orang Umno nak guna dewanni untuk tujuan Politik, patutle Dato Sri Nizal tak bagi…..pasal dewantu untuk orang ramai buat ektiviti kemasyarakatan, bukan tujuan Politik…..Bukannya macam umno 50 tahun dulu dewantu macam mak bapak dia punya……

3. Baru-baru isu KELAS KEMAS dikunci di Selangor dan Perak……Sekali lagi menterini berbohong, Cuma Kelas kemas kena pindahle kebangunan sendiri atau disewa, tak bolehlah beroperasi di Dewan orang ramai…….Menterini sibukle kata Kerajaan Perak dan Selangor kunci…..Kena fahamle orang kemas bakti kamutu bagus,gajipun dah banyak, jadi relevanle sikit dewantu untuk orang ramai bukan untuk kelas kemas……Tak baik kita berbohong kat Rakyat tambah-tambah lagi kalau kita baru balik dari MAKKAH.

4. Sebelum pilihanraya Kecil Parlimen Kuala terengganu, Ketua Polis Negara (KPN) cakap dia peruntukan 6,000 orang anggota Polis jaga keamanan sebelum, semasa dan selepas pilihan rayani………Bagiku banyaktu anggota Polis, macam nak perangle pulak…..Parti PAS pun komenle, buat apale banyak sangat Polis kat sana, kan baik pergi tempat lain sama jaga keselamatan orang sebab kes jenayah banyakni…..Tiba-tiba aku dengar dalam berita TV putar Alamtu munculle menteritu cakap anggota Polis jaga Pilihan Raya 3,500 orangje bukan 6,000 orang…..mana satu betulni…..KPN Bohongke atau menterini terpaksa cakap bohong…

5. Baru baru PesuruhJaya PAS Terengganu bagitahu SPRM ada kegiatan rasuah oleh orang UMNO dalam Pilihanrayani…….Maka diapun kena ambil stetmenle (Rakam percakapan). Sibukle media satu Malaysia Datok Mustafa Ali buat tomahan…..Bila diajukan insiden ini kepada memanda Menteri, aku nampak mukanya macam terkejuk berokle katanya mana ada Umno amalkan Rasuah……Aku tegelak besarle, semua orang tahu dalam pemilihan Umno bahagian baru-baruni berlambak isu rasuah, hinggakan Pengerusi Disiplin Umnopun tak dapat buat apa-apa……Pembohong lagi……

6. Timbalan Memanda Menteri pula bagilah macam-macam projek, wang intinsif rangsangan ekonomi, royalti minyak, bagi duit buat dewan dan macam-macam lagi……Bila PAS bagitahu kenapa bagi semasa kempen Pilihan Raya , tidak dahulu lagi…..Timbalan Memanda menteri kata ini bukan isu semasa Pilihan raya, tetapi memang tanggong jawap kerajaan bagi kesejahteraan Rakyat………Sekali lagi timbalani berbohong, kenapa tempat lain dia tak bagi, tapi kat Kuala Terengganu saje…..Apa dia ingat rakyat macam aku bodohke atau dengan hampa yang lain-lain……..

Sebelum aku mengakhiri kata, aku ingin bagitahu sesiapa yang membaca blog ini, aku meramalkan PAS akan menang dalam Plihan Raya ini dengan mejoriti lebih dari 1,000 undi……..Aku bukan tukang ramal tapi aku bekas anggota Polis, aku boleh tahu siapa yang akan menang………Pada Pilihan Raya ke 12 aku ramal, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan akan jatuh ketangan Pembangkang manakala, Perak, Terengganu, Perlis ( 50 – 50 )……Ramalanku 80% betul…….Aku Yakin dan Percaya……

Aku rasa takatni sajele aku tulis, nanti bila aku cakap banyak, bila depa cek aku punya blog depa panggil aku pulak, tapi aku tak takutpun pasai masa aku kerja Polis dulu aku kerja macam hamba, gaji kecil kerja macam nak mampos, siapa pedulu aku salah sikit depa tahan kerja aku…..Satu tahun aku kena tahan kerja……langsong sapapun tak peduli…..tapi aku punya pendirian macam Datok Sri Anwar Ibrahim…….LAWAN TETAP LAWAN……..Bertemu lagi selepas 24hb. Muharam 1430……..Wassallam………

Saturday, January 3, 2009

DARI MIMBAR JUMAAT..............

Assalamullaikum............
Pada 05hb. Muharam 1430 semasa aku sedang berada di dalam sebuah masjid di daerah Manjung aku kagum dengan kemerduan laungan azan dan kelancangan Imam membaca khutbah yang menusuk kesunabari makmum yang mendengarnya. Susana ini teringat semasa aku berada di MasjidilhAram Makkah pada bulan Ramadzan tahun 1428 hijrah yang lalu. Mimbar Jumaat pada hari itu mengutuk kezaliman rijem zionis Israel keatas kaum muslimin Plastine yang mengorbankan lebih 400 orang dan lebih 2000 orang cedera. Disamping mimbar juga menyentuh suasana orang muslimin menyambut kedatangan tahun baru hijrah dan tahun baru masihi yang sangat berbeza.Alhamdullah makmum senyap sunyi mendengar khutbah ini hinggakan ada yang menitiskan air mata. Salepas sahaja solat jumaat,solat hajat pula didirikan untuk memohon kehadrat ALLAH supaya kekejaman zionis Israel diberhentikan. Serentak itu juga derma rakyat Plastin dilancarkan. Inilah sahaja yang mampu dibuat oleh kaum muslimin yang tidak mempunyai apa-apa kuasa. Semuga ALLAH memberi faufik dan hidayahnya serta kesabaran kepada rakyat Plastine yang sangat tersiksa ini..

Pada 1hb. Muharam 1430 bersamaan 29hb. Dec, 2008 maka bermula tahun baru hijrah ke 1430 . Pada peringkat awalnya diseluruh masjid, surau dan ada juga di rumah-rumah persendirian kaum muslimin membaca surah Yassin dan ayat-ayat suci Al Quraan serta memperbanyakkan sembahyang sunat serta berdoa supaya diberi kenikmatan dan dihindarkan mala petaka di hari-hari mendatang. Alhamdullah bersyukur kita kehadrat ALLAH kepada kaum muslimin yang menginsafi perjuangan menegakkan kesucian agama Islam perlu diteruskan hinggalah ke hari kiamat. Pada keesokkannya pula sambutan Maal Hijrah disambut pula diperingkat negeri dan Negara dengan pemimpin yang berkuasa memberi ucapan supaya umat Islam tarus bersatu dan menjadi Al Quraan dan al hadis sebagai pendoman hidup supaya kita menjadi umat yang kuat dan disegani. Media letronik dan media masapun sibuklah menyiarkan sambutan maal hijrah ini dengan pembacanya berpakaian menutup aurat.

Pada Detik tengahmalam jam 0001hrs 1hb. January,2009 bersamaan 4hb. Muharam 1430 maka disambutlah pula tahun mesihi penoh meriah dengan percikan bunga api dan dentuman mercun diselruh daerah, negeri dan Negara bagi menandakan kemunculan tahun baru. Seawal jam 7.00 malam 31hb. Desimber, 2008 beribu ribu rakyat Malaysia berbilang kaum terutamanya kaum muslimin, ada yang berpasangan, ada yang membawa anak isteri, berkumpul dihadapan Jam besar sambil melihat jarum keramat berdetik keangka melepasi 12.00 tengahmalam.Apabila tiba masanya maka bersoraklah mereka dengan keseronokan yang tidak terhingga melihat percikan bunga api bekerlipan diudara sambil mengucapkan selamat tahun baru mesihi. Manakala di Pub dan kelab malam serta restoren ada juga kaum muslimin mengucap selamat tahun baru dengan minum arak dan berbagai festa yang lain. Media letronik sama ada yang berbayar atau milik pemerintah dari awal lagi mengadakan berbagai-bagai acara hiburan sensasi dengan pengacaranya berpakaian tidak lagi menutup aurat. Pada keesokkan harinya media letronik pun menyiarkan timbunan sampah sarap yang ditinggalkan di Padang dan ada pula berita tangkapan akibat pergaduhan dan festa sex sempena sambutan tahun baru mesihi ini, termasuklah beberapa individu yang beragama Islam…..nausubiillah…..Semuga ALLAH memelihara aku, anak-anakku, kaum keluargaku dan semua kaum muslimin yang beriman terhindar dari gejala yang menjadi kemurkaan ALLAH.

Aku membicakan topic mimbar Jumaat ini bagi menganalisa sendiri berpandukan dengan akal yang sedikit ini bagi menginsafi diriku sendiri, anak-anakku, kaum keluargaku dan kaum muslimin yang terbaca tulisanku ini. Sebenarnya aku tidak mempunyai apa-apa kuasa bagi merialisasikan apa yang aku perkatakan, cuma mungkin bagi orang-orang diberikuasa dan beramanah boleh memikir dan merialisasikannya……..

Saperti dalam tulisan aku terdahulu kekejaman zionis Israel yang berterusan ini, tidak akan mampu diberhentikan, sama ada Pertubuhan Negara-negara Islam, Liga Arab maupun PBB……kerana apa?.....Negara Islam dan umatnya tidak ada kekuatan fizikal dan ketinggalan maha jauh dari segi teknologi ketenteraan……kekayaan yang ALLAH kurniakan kepada Negara Islam tidak dinmanfaatkan untuk menjaga kesucian agama dan umat Islam sendiri……Bagiku tidak payahlah diadakan apa-apa persidangan kerana ia tidak boleh berbuat apa-apa, cuma membazirkan wang negara sahaja. Cuma dalam pemikiranku kenapa Negara Islam tidak belajar dari hikmah kemusnahan tentera bergajah Abrahah yang cuba menakluk Makkah sebelum kelahiran Nabi Muhamad S.A.W. ALLAH menghantar sekumpulan burung-burung bernama “ABABIL” membawa batu-batu keras lagi maha panas melontar kepada tentera Abrahah sahingga hancur saperti daun-daun yang dimakan ulat……Senerio serupa inilah juga kita lihat sekarang pesawat-pesawat udara rijem Ziones Israel, pesawat udara USA memusnah dan mengalahkan orang-orang Islam dibumi plastine, Iraq dan Afganistan. Di dalam Al Quraan ALLAH menyebut…..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengubah nasib kaumnya sendiri?......Kenapa harus berserah sahaja kepada ALLAH sedangkan kita sendiri tidak manfaatkan akal fikiran dan kekayaan dan sumber alam yang ALLAH berikan…..Semua umat Islam tidak boleh menafikan semua kejadian adalah dibawah ketentuannya, tetapi kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat atas ketentuannya tanpa kita berusaha menggunakan akal kita bagi merubah pesipsi kita…..Banyak sekali dalam Al Quraan tuhan menyebut…….” Bagi orang-orang yang mahu berfikir “ Ini bermakna kita perlu berfikir dan berusaha serta berdoa kepada ALLAh supaya merestui apa-apa yang kita usahakan bagi menyelamatkan kaum muslimin……..Jangan kita menjadi umat yang jahil dan bodoh sahingga sumber kekayaan dirampas dan pemikiran kita diexploitasikan kuasa yang menzalimi umat Islam sendiri…..Adakah kita mahu melihat dan mendengar beberapa ratus ribu atau berjuta-juta umat Islam terbunuh atas kezaliman dan kita hanya mampu berdoa dan memberikan sedikit bantuan atau sekadar kita hanya simpati sahaja……Pemimpin-pemimpin Negara Islam yang kaya dan mampu perlu bangun, berani maksimumkan sumber yang ada bagi menjaga kesucian agama Islam khas umat Islam seluruh dunia……Umat Islam pula kembalilah kejalan yang diredai ALLAH, ikuti segala suruhannya dan tinggalkanlah segala larangannya……..Mohon maaflah andainya ada kesilapan dalam tulisan ini, aku tidak mempunyai apa-apa kuasa cuma sekadar sedikit akal dalam pemikiranku, semuga ALLAH memberi menfaatkan kepada pemimpin pemimpin Islam yang berkuasa bagi menyelamatkan umat Islam……..Wallahuallam…………