Waktu

Sunday, March 28, 2010

257,000 ORANG ANAK HARAM DILAHIRKAN

Assalamulaikum/ Selamat sejahtera…..

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) Malaysia mencatatkan terdapat seramai 257,000 ribu orang anak luar nikah (Anak haram) yang daftarkan oleh rakyat Malaysia dari tahun 2000 hingga 2009……. Pada tahun 2009 sahaja seramai 17,303 orang anak haram di daftarkan di JPN dikalangan orang Melayu beragama Islam….. Ini tidak termasuk yang tidak didaftarkan, yang dibuang di dalam longkang, parit, sungai, longgokan sampah dan ada yang setengahnya ditanam hidup hidup saperti dizaman jahilliah dahulu……… Perangkaan juga terdapat seramai 23,696 di kalangan kaum India dan diikuti dengan kaum cina seramai 23,692 orang……

Demikianlah hebatnya umat Melayu yang beragama Islam yang menjunjung kalimah ALLAH, mengaku Nabi Muhammad S.A.W menjadikan kaum terbanyak menyumbang ANAK HARAM DI Malaysia ini. Mari kita kira secara martametik berdasarkan perangkaan JPN……..berapa ramai Umat Melayu yang mengaku dirinya Islam, tetapi melakukan pengzinaan pada tahun 2009 dari bulan pertama hingga bulan kelapan sebelum anak haram itu dilahirkan…….
Katalah mereka berzina dalam 1 bulan 4 kali…… Mari kita dharaf 17,303 X 2 X 32……. Terdapat sejumlah 1,107,392 pengzinaan dilakukan tanpa rasa takut dan gerun dengan siksaan ALLAH……..NAUZUBILLAH……..

Sebagai seorang bangsa Melayu yang beragama Islam pastinya kita tahu jawapanya……. kenapakah gejala ini berlaku……. Jawapanya amat mudah……. ORANG ORANG YANG BERAGAMA ISLAM TELAH GAGAL MEMATUHI SURUHAN ALLAH dan MENGIKUTI SUNNAH RASULLAH…… ALLAH telah menurunkan bala ini apabila HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN…….

Intitusi kekeluargaan tidak lagi wujud dalam menjadikan Agama Islam itu mendahului segala segalanya……. Ibu bapa sibuk dengan hal masing masing
Sembahyang diremehkan, membiarkan anak berpeleseran……. Tak kesah apa mereka buat diluar…… bila sudah mengandong baru sibok…… mengambil jalan mudah Nikahkan sahaja mereka…… Seolah solah mereka menghalalkan apa yang dibuat oleh anak anak mereka………Akibatnya gejala ini akan berterusan tanpa rasa bersalah apa yang kita lakukan……. Ingatlah yang haram tetap haram, tidak boleh dihalalkan…… kecuali kembali kepada hukum ALLAH…….

Berdasarkan perangkaan gejala Maksiat yang terlalu dahsyat, yang tidak termasuk lagi gejala RASUAH, MINUM ARAK, MAKAN RIBA,. SALAH GUNA KUASA, MELIWAT, PELACURAN, BERLAKU ZALIM SESAMA MANUSIA……. Dikuatiri BALA ALLAH SEMAKIN HAMPIR……. Umat Islam jangan memandang remeh gejala ini, ia akan pasti mengundang BALA ALLAH yang tidak terfikir oleh AKAL manusia……

Oleh yang demikian itu, saya menyeru kepada semua umat Islam……. Pastikan diri kamu, Isteri kamu, anak anak kamu supaya mentaati suruhan ALLAH dan meninggalkan larangannya…….. Sesiapa yang telah terlanjur menyesalilah perbuatannya dan bertaubatlah banyak banyak kepada ALLAH……. Sesungguhnya ALLAH itu penerima taubat sekiranya kita benar benar bertaubat…… Bertaubatlah sebelum terlambat……..Wallahuallam…..

Thursday, March 4, 2010

DARI CAMERA HANDPHONE SONY ERICSSON

ssalamulaikom / Selamat Sejahtera.....


Gambar Rumah UMMI AFIK IKHSAN


Gambar AFIK IKHSAN berumur 10 bulan


Gambar Arnab berusia 1 bulan


Gambar anak berusia 1 bulan 15 hari....

Wassallam..........

Wednesday, March 3, 2010

LEBIH BAIK BERPENDIRIAN BEBAS

Assalamulaikum..... Selamat sejahtera....

Sudah hampir 3 bulan berlalu tahu 2010 , Sejak itu aku tidak menulis berkaitan senario Politik tanah air, setelah aku berfikir dan berfikir serta terus berfikir maka akupun mengambil keputusan tidak lagi menyokong mana mana parti Politik, terutamanya UMNO…… Leni aku berpendirian bebas…….

Adalah sesuatu yang membazir dan menyakitkan otak bila aku berfikir tentang gelagat peminmpin dan ahli parti politik yang lebih banyak bercakap daripada bertindak. Gelagat mereka kadang kadang saperti orang hilang akal dan tidak ambil faham kadang kadang percakapan itu telah menyakiti orang lain……

Apa yang penting sekarangni lebih baiklah aku memikirkan tentang “BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT “…… melaksanakan semaksimum mungkin semua surahan ALLAH dan mengikuti SUNNAH NABI serta meninggalkan segala larangannya…… Itulah sahaja yang menjamin kita hidup kekal abadi di alam akhirat……

Kepada pemimipin dan ahli politik….. aku sentiasa berdoa agar mereka berhenti bercakap bohong, berdusta, khianat mengkhianati….. berhenti mengaibkan orang…..meninggalkan amalan RASUAH….. berhenti mengkedarah wang rakyat…..kembalilah kepangkal jalan dan bertaubatlah sebelum terlambat........

Kepada Pemerintah…..RAJA…. MENTERI……dan golongan pemerintah memperlihatkan diri sebagai pemerintah yang jujur, ikhlas, beramanah….. menjunjung tinggi perintah ALLAH dan SUNNAH Rasullah……. Ingatlah sebaik baik manusia, walaupun kamu dari golongan elit atau rakyat biasa…… manusia yang beriman serta bertakwa sahajalah yang disanjung tinggi disisi ALLAH…… ketahuilah NERAKA diwujudkan ALLAH bagi menempatkan manusia dari kalangan yang MENDERHAKAI suruhannya dan tidak berasa gentar bila melakukan yang mungkar…… Sesungguhnya janji ALLAH “SURGANYA” bagi menempatkan bagi manusia yang beriman yang sentiasa melaksanakan suruhan meninggalkan segala laranganya……Wassallam.....