Waktu

Friday, June 18, 2010

KEMATIAN YANG MEMILUKAN

Bismillahirrahmanirrahim……….
Assalamulaikum / Selamat Sejahtera…….

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah, maha pengasih lagi maha penyayang, Sesungguhnya manusia tidak layak dipanggil yang MAHA kecuali ALLAH tuhan yang menguasai semesta alam dan hari akhirat……. Semua yang telah, sedang dan akan berlaku adalah di bawah ketentuanya……. Manusia bisa merancang, tetapi ALLAH juga yang menentukannya

Pada 17hb. June, 2010 bersamaan 4 Rejab, 1431 hijrah iaitu pada hari khamis jam lebih kurang 5.45 pagi anak sepupu aku bernama Abd rahman bin Arshad telah dijumpai meninggal dunia dalam keadaan bogel terbaring di atas tanah di halaman pondok buruk di tepi jalan Parit Ce Leong, Kg Sungai Tiram, Lekir…….
Abd rahman ini adalah bekas penjenayah dan penagih dadah tegar dan mengidap HIV positif …….. Semasa hayat berbagai jenayah telah dilakukan bagi mendapatkan bekalan dadah…… Penjara dan pusat pemulihan dadah seolah olah saperti kediamanya…… Mengimbas suatu masa dahulu semasa aku bekerja , aku pernah memberi nasihat dan memberi kaunselling supaya ia kembali insaf dan tidak melakukan jenayah lagi, tetapi malangnya bila dia kembali ke kampng tidak siapapun memperdulikanya…… malahan menganggap ia seorang penjenayah dan dibenci oleh masyarakat……Akibatnya dia mengambil jualan mudah merembat apa sahaja yang dijumpainya……. Malang sungguh nasibnya……

Kira kira 6 bulan yang lalu akibat ketagihan dadah dan gagal meminta wang dari Ibunya, Abd Rahman telah bertindak ganas menikam dan mencederakan Ibunya dengan sebilah pisau……Ibunya bernasib baik dan dapat diselamatkan, manakala Abd Rahman telah dihantar ke Hospital gila, Dr. mengesahkan dia kurang siuman dan dibenarkan balik ke kampongnya……. Ibunya berpindah kerumah anaknya di Manjung. Akibat dari penyakit HIV yang dihidapinya, dia terlantar seorang diri dalam keadaan lemah di sebuah pondok burok di hadapan rumah emak saudaranya.….. Nasib Abd Rahman bertambah malang, apabila 2 minggu yang lalu Ibunya yang juga sepupu aku bernama ZALEHA telah meninggal dunia tanpa dia mendapat “keampuanan dari IBU” .

Hidup dan mati adalah dibawah ketentuan ALLAH,,,,,, tetapi apa yang hendak aku persoalkan disini ialah……… Kenapa ALLAH memperlihatkan kronologi sedih ini menimpa keluarga ini……. Adakah kita yang hidup ini hanya beranggapan ….. Inilah balasan ALLAH kepada anak yang menderhaka kepada Ibunya……. Betulkah anggapan ini……. Kita tanya diri kita……. Siapa yang mencorakkan kehidupan anak anak sahingga mereka dewasa……. Adakah Ibu bapa Abd Rahman memberi pendidikan agama dan akedemik secukupnya….. supaya dia menjadi manusia yang berguna dan menghormati Ibu bapanya…. Andainya ini tidak berlaku “ Mungkinkah Ibu bapanya juga bersalah atas sikap dan ketanjuranya jadi bagini ?......….

Bagaimana pula dengan sikap masyarakat Kampong yang terdiri dari tuan tuan Imam, JKKK, ketua kampong dan masyarakat perihatin…… Adakah mereka pernah berusaha untuk mengembalikan anak ini balik kepangkal jalan…… atau pernah mendekati dia supaya kembali kejalan ALLAH dan bertaubat…… atau masyarakat hanya membiar dan melebelkanya sebagai penjenayah dan penagih dadah……. Bila dia mati mungkinkah ada yang berkata “ Biar dia mampos, hidupun menyusahkan orang “ tanpa kita merasakan menyeru kepada kebaikan dan melarang dariapa berlakunya kemungkaran adalah perintah ALLAH…… Kita wajib mematuhinya…… Cuba kita tanya diri kita…… sebagai ahli masyarakat berbangsa Melayu, beragama Islam “ Adakah aku juga bertangungjawap atas kemungkaran ini kerana kita tidak pernah berusaha untuk mencegahnya……. Wallahualam…….