Waktu

Saturday, October 30, 2010

RESEPI PECAL MIBU BULAN

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera……

Pada hari ini bertarikh 31/10/2010 sekitar jam 10.45 pagi selepas sahaja sarapan pagi, melihat blog blog dan face book …… malaslah aku nak komen dan menulis berkaitan Politik, social yang sedang mengharu birukan Negara ini…… adalah lebih baik rasanya aku nak tunjukan kat kelian satu masakan yang menjadi kegemaranku…… sesiapa yang teringin bolehlah cuba……



BAHAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KUAH

200 gm kacang tanah- basuh seketika dan toskan.
12 tangkai cili kering- ) kerat, basuh dan toskan.
5 tangkai cili padi )
8 ulas bawang merah,
3 ulas bawang putih,
1/2 inci belacan yang siap dibakar
1 1/2 sudu besar udang kering- direndam,toskan seketika.
1/2 sudu teh pati asam jawa kampong + dengan 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
5 sudu besar gula puteh dan 1 sudu gula melaka atau gula merah.
1/2 cawan air

CARA MEMBUAT KUAH:

1. Masukkan minyak ½ cawan minyak dalam kuali, bila sudah panas
goring kacang tanah hingga stengah masak, angkat dan toskan.
2. Goring cili kering, cili padi – (2 – 3 menit) angkat dan toskan,
3. Goring bawang merah, bawang putih sahingga nampak layu dan berbau,
angkat dan toskan.
4. saebai-baiknya belilah belacan yang siap dibakar.
5. Sebaik baiknya carilah udang kering yang siap dikupas kulit –
berkealitilah sikit(Udang kering dan belacan ini jangan digoring)
6. Ambil blender bahagian kering – blenderlah kacang tanah tadi separuh
hancur atau sesiapa yang tak ada gigitu blenderlah hingga hancur,
masukkan kedalam bekas atau mangkuk yang besesuaian.
7. Masukkan cili kering, cili padi, bawang merah, bawang putih yang telah
digoring,belacan, udang kering, pati asam jawa, 1 sudu garam, 5 sudu
gula puteh, 1 sudu gula melaka atau gula merah, serta 1 cawan air
kedalam blender basah. Kisar bahan bahan ini sahingga sebati.Apabila
telah sebati angkat dan tuangkan kedalam bekas yang berisi kacang tanah
tadi, kacau hingga sebati. Jika sekiranya kelihatan pekat kuahnya
bolehlan dicampur air masak hingga bersesuaian dengan kecairanya.

Peringatan :- Sekiranya bahan tadi kurang pedas bolehkan dicampukan
dengan clili padi Yang dikiasr atau tambahkan air asam
jawa….. kalau kurang manis tambahle gula.

BAHAN BAHAN LAIN

1. Satu ikat pucuk ubi ( direbus),
2. Satu ikat kangkong (direbus),
3. 10 jalur kacang panjang (direbus),
4. 1 biji jantung pisang (Sebaik baiknya jantung pisang awak) - direbus
5. 2 ketul kek ikan ( digoring dan dipotong potong ikut kesesuaian)
6. 1 ekor sotong kembang ( kalau tiada bolehlah digantikan dengan isi
kerang yang telah direbus – lebih kurang ½ kg) - direbus
7. 2 ketul tauhu ( digoring) kemudian dipotong ikut kesesuaian.
8. 1 biji nenas madu ( dipotong kecil kecil – nenas ini bertujuan untuk
memaniskan bahan bahan ini)

Semua bahan bahan diatas tadi dimasukkan kedalam bekas yang bersesuaian,
ketika hendak makan campurkan bahan bahan tadi didalam mangkuk dan
tuangkan kuah pecal tadi dan gaulkan hingga sebati…… makanle…… pasti sedap……

SELAMAT MENCUBA…….

Friday, October 22, 2010

NASIB PENJAWAT AWAM

Asslamulaikum / Selamat Sejahtera saentero dunia…..

Sudah sekian lama rasanya aku tidak menulis sesuatu di dalam blog…… tetapi kali ini terpanggillah pulak nak menulis sedikit cetusan rasa….. IMPIAN YANG TIADA KESAMPAIAN….. “ Penjawat Awam”……..
Pada petang jumaat 15hb. Oct, 2010 Perdana Menteri 1 malaysia membentangkan Belanjawan tahun 2011 dan ditunggu dengan penoh debaran dan harapan oleh seluruh Penjawat Awam…..Akhirnya Impian yang ditunggu saban tahun hancur berkecai …… Itulah nasib Penjawat Awam….. khidmatmu sentiasa diperlukan untuk menjana Ekonomi bagi kesejahteraan Negara…..
Tetapi akhirnya……. Jasamu dikenang…… tiada imbohan…… itulah nasib yang
Terpaksa ditanggong…….Mungkin saperti ungkapan orang bercinta……
“Cinta Memerlukan Pengorbanan….. kesian mereka……

Bagi aku sebagai pesara golongan sokongan, aku dapat merasai bagitu peritnya apabila sampai penghujung tahun, bilamana anak ditawarkan masuk ke Universiti….. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit diperlukan…..
Kemanakah wang harus dicari…… Intitusi kewanganlah tempatnya…. Akhirnya jadilah peminjam hingga kesaat persaraan…… Itulah realitinya kebanyakan Penjawat Awam…….. bagi aku,tidaklah bagitu kecewa kalau tidak dibagi Bonos RM500/- kepada pesara, tetapi alangkan baiknya bagilah Penjawat Awam sekurang kurangnya 1 bulan bonos…… aku memahami setiuasi ini kerana aku pernah merasainya……

Apa yang paling sedih lagi, mana mungkin sebahagian besar rakyat Malaysia boleh menjana “Pendapatan tinggi” menjelang 2020 jika “Gaji Minima” Pekerja swasta setakat RM900/- belum boleh diputuskan…… inikan pula untuk mencapai tahap pendapatan RM4000/- sebulan…… Satu kajian dibuat mendapati 43% rakyat Malaysia mempunyai pendapatan kurang RM700/- sebulan, kebanyakanya dari golongan bangsa Melayu…… Dari segi fakta cuba kita tanya pekerja pasaraya dan pembantu kedai, stesen minyak, pengawal keselamatan gaji mereka kurang dari RM700/- sebulan…… Aku tidak nampak bagimana golongan ini boleh menjana pendapatan RM4000/- sebulan bila menjelang tahun 2020……

Walaupun secara Amya PEMBENTANGAN BELANJAWAN TAHUN 2011 bagitu gah, tetapi kebanyakan rakyat tidak nampak apa yang mereka dapat…. Harga barang yang tidak pernah turun, perbelanjaan anak dalam pendidikan semakin membebankan, kadar jenayah yang sering meningkat, gejala social dan maksiat membimbangkan, kadar kebanjiran pendatang asing….. dan paling keritikal penglibatan Penguatkuasaan dalam penyalahgunaan kuasa dan Rasuah…. Contohnya pengankapan 7 Pegawai Imigerisen terlibat dalam penyeludupan Pendatang……. Harapkan Pagar Pagar makan padi….. Wallahuallam……