Waktu

Monday, April 18, 2011

8 Penyakit sembuh bila berjalan kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.

1. SERANGAN JANTUNG : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh

2. STROKE : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. MEMBAKAR LEMAK : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.


4. MELANSINGKAN BADAN : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. KANSER : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. KanSer yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. MENCEGAH OSTEOPOROSIS : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah MEsinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. MENCEGAH KENCING MANIS : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. DEPRESI : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi...... WALLAHUALLAM.....

Tuesday, April 5, 2011

RASUAH TERBESAR DALAM KASTAM

OLEH : Mohd Sayuti Omar
PENDEDAHAN SPRM berhubung kehilangan wang negara sebanyak RM108 billion setiap tahun sungguh mendukacitakan. Sebanyak RM10 billion dipinda secara haram. Kesal dan rasa hendak marah atas apa yang berlalu. Bagi mereka yang tahu menghitung dan tahu implikasi ke atas kewangan negara atas perbuatan itu benar-benar merasa geram dan dukacita. Kenapa ini berlaku?

Yang megejutkan kehilangan itu ada sangkut paut dengan Jabatan Kastam di Raja Malaysia (JKDM), yang diberi tanggungjawab mengutip pelbagai cukai untuk pendapatan negara. Jabatan ini bolehlah dianggap sebagai tangan yang menentukan berapa banyak wang negara dihimpun untuk perbendaharaan negara.

Kalau mereka menyeleweng tidak amanah dan lebih mementingkan diri sendiri, jelas amanah itu sudah diabaikan. Perbuatan mereka yang terlibat bukan saja merugikan negara dan meletakkan jabatan itu ditahap yang paling rendah.

Apa lagi wang yang hilang membabitkan jabatan ini bukan sedikit.

Mungkin ada kalangan kita akan tertanya-tanya kenapa terjadi demikian? Kenapa begitu buruk sekali jabatan berkenaan? Apakah keperluan hidup mereka tidak mencukupi sehingga sanggup mengambil idea syaitan untuk mengenapkannya?

Bila terdedahnya malapetaka akibat JKDM hari ini maka saya teringat apa yang pernah saya dengar sebelum ini. Sukar untuk dipercayai sebenarnya, tetapi bila SPRM meledakkan hari ini baru saya merasakan apa yang saya dengar itu ada benarnya, bukan sesuatu prejudis.

Pernah saya mendengar seorang bekas pengarah JKDM memberi laluan kepada mana-mana pegawainya menerima rasuah asalnya perbuatan berkenaan tidak menjejaskan nama baik jabatan. Kerana keperluan untuk hidup, rasuah dibenarkan. Beliau sendiri katanya hidup mewah lebih daripada pendapatan sebagai seorang pengarah. Paling menyedihkan lagi beliau akan berbangga kalau dapat menyamun (terima rasuah) dalam angka yang besar.

Yang paling mengejutkan lagi perbuatan itu diketahui oleh perdana menteri ketika itu tetapi beliau (PM) juga seakan-akan membenarkannya. Mungkin hasil penyamuan secara rasuah itu ada habuan untuk dirinya juga atau pun kepentingan-kepentingan politiknya.

Jadi apakah bahana atau pun seperti mana diistilah oleh SPRM itu tangan kotor dalam jabatan berkenaan wujud atas aspirasi dan semangat dan dorongan pengarah berkenaan? Mungkin dan saya yakin kenapa ada tangan-tangan kotor begitu ialah kerana mereka mendapat blessing dan perlindungan daripada pihak tertentu.

Saya percaya dan yakin perbuatan mereka sebelum ini bukan tidak boleh dihidu, tetapi kerana ada persekongkolan secara bersepadu maka mereka dibiarkan saja. Kenapa hari ini mereka dibenteras, mungkin keadaanya sudah parah dan menjadi budaya dalam jabatan berkenaan.

Kita berharap atas jenayah yang berlaku itu hendaklah dipertanggungjawabkan. Dalam hal ini pihak yang perlu bertanggungjawab ialah menteri yang mengawal jabatan berkenaan. Dan sehubungan itu sekali lagi kerajaan perlu merombak keseluruh jabatan berkenaan, membersih saki baki pengkhianat negara yang berselindung di sebalik jabatan berkenaan.

Isu kehilangan wang itu bukan berhenti setakat SPRM menahan 62 orang pegawai kastam saja tetapi ia perlu mendalam ke sarafnya. Saya percaya rasuah itu tidak akana menular begitu sekali kalau tidak ada pesekongkolan bersepadu dengan pihak berkuasa dalam politik.

Tahniah kepada SPRM, dan kejayaan itu integriti dan keyakinan orang ramai kepada SPRM akan lebih melonjak lagi. Semoga selepas ini SPRM akan menbongkar rasuah di jabatan atau agensi kerajaan lain pula.
http://msomelayu.blogspot.com/

Saturday, April 2, 2011

KESIAN KAT DATOK SRI NAJIBKAN



DARI BLOGER - CUCU CICIT NABI ADAM

Gempur sehari bersama PM 1Malaysia Murujib yang mai melawat Penang untuk merampas kembali bumi bertuah ini dari kerajaan Pakatan Rakyat. Korang agak-agak Murujib mai Penang berapa kos lawatan dan perjalanan? Berapa nak bayar bodyguard? Berapa nak tabur rasuah itu ini yang berjuta-juta ringgit?

Penang ni dah jadi negeri termaju di Malaysia. Sebab itulah selepas Selangor Murujib nak sangat rampas Penang. Habis dikecohnya yang orang Melayu tertindas di Penang. Kepala bapak dia cakap macam barua. Habis bapak aku bukan Melayu kat Penang tu. Bukan mamak beb macam MB Perak HARAM JADAH tu.

Tak dengar pula yang bapak aku kena tindas dengan Lim Guan Eng. Kampung aku pula aman sahaja malah lebih meriah selepas Pakatan Rakyat ambil alih.

Ni aku nak habaq mai kat Murujib. Penang ni tanah lahir parti PAS dan PKR. Di sini juga ramai yang dulunya dari menteri BumNgok yang lahir dari Penang. Tokoh-tokoh PAS dan PKR pun lahir di sini. Murujib ni mimpi ka nak rampas Penang.

Aku tak nampak pun yang Lim Guan Eng tu kacau orang Melayu. Kalau PERKASA meLAYU tu nak kata macam BumNgok kata yang Penang diperintah oleh Cina mampuih pi lah. Korang tanya Koh Su Koon tu dia tu Melayu ka Mamak ka Cina ka? Tiada beza pun Gerakan atau DAP di Penang. Yang penting rakyat Penang berani buat perubahan.

Bukan macam rakyat N9, Melaka, Johor, Perlis, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak tu. Memang bangang sebab kezaliman depan mata pun masih nak pertahankan MB-MB dan KM-KM yang memang cilaka haram jadah makan hasil rakyat.

Anwar orang Penang. Kalau PRU13 nanti Allah izinkan Pakatan Rakyat menang sepenuhnya dan boleh mentadbir Malaysia, korang tak dapat bayangkan betapa kuatnya Penang yang PM ke6 adalah Anwar Ibrahim berasal dari Penang? Pak Lah kalah di Penang sebab selalu tidur sangat. Sebab tu bekas Menteri Pengangkutan pun sempat tipu.

Jadi kalau Murujib rasa-rasa nak rampas Penang aku cadangkan balik ke Pekan majukan dulu orang-orang Asli di sana sebab orang Penang dah maju gila. Apa yang aku nak katakan di sini pada Murujib ialah

PIRAHHHHH MABUKKKKKK