Waktu

Monday, April 20, 2009

Raja Azlan shah bertitah...

Assalamualaikum………..
Pada 23hb. R’ Akhir 1430 bersamaan 19/4/2009 bersamaan hari Ahad diadakan Majlis menyambut hari Keputeraan Raja Azlan Shah yang ke 81 dibalai Rongsri Istana Iskandariah Kuala kangsar, Perak. Sebagai Rakyat negeri Perak dan telah bersara dari perkhidmatan kerajaan aku berdoa semuga ALLAH melanjutkan usia baginda dan diberi kekuatan dan keimanan supaya dapat memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dengan penoh keadilan dan kesaksamaan.

Aku teringat di dalam buku sastera klasik Melayu lama mencerita bagaimana bersemangatnya rakyat zaman feudal bilamana untuk menemui Raja jika ada sesutau perayaan.…Bagi mengambarkannya penulis buku sastera klasik lama menceritakan : Berbondong bondonglah rakyat jelata datang dari pelusuk negeri , yang bulat datang bergolek, nak nipis datang melayang, yang buta teraba-raba, yang pekak tertanya tanya, yang berkurap tergaru garu, yang tua datang bertongkat, yang capek teresot esot… tiada seorangpun terlepas dari menyaksikan perayaan itu. Bagitulah perihatinnya rakyat ketika itu, tetapi dizaman teknologi ini segala gala terpampang di hadapan mata walaupun berjuta juta km jauhnya…bershukurlah kita kepada ALLAH yang mengizinkan manusia mencipta teknologi ini…..

Aku amat terharu bila mendengar titah baginda pada pagi itu. Antara titahnya menggambarkan setiuasi pergolakan Politik di negeri Perak akibat kerakusan pemimpin Politik yang ingin berkuasa.
Baginda bertitah, Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,"

Aku amat memahami apa yang dimaksudkan oleh baginda, tetapi adakah pimpinan Parti yang terlibat sedar apa yang tersirat dalam titah baginda itu Apakah mereka sedar perbuatan mereka yang sanggup mengemploitasikan Perlembagaan dan undang-undang,merasakan mereka kebal dan memiliki imuniti menghalalkan cara bagi mendapatkan kuasa. Akibatnya sebahagian rakyat terseret dan berada didua persimpangan kemana harus mereka tuju.

Semua Rakyat, sama ada di pehak pimpinan atau rakyat biasa, halatuju pemerintahan mesti berasaskan Perlembagaan dan Undang Undang. Bagi orang orang yang diberi kuasa ,Perlembgaan dan undang undang bukan sahaja mesti dipatuhi, tetapi mesti kelihatan dipatuhi . Apa juga tindak tandok pimpinan akan dicontohi dan dikuti oleh rakyat. Ketaksuban pimpinan menghalalkan cara mereka berfikir dan bertindak akan melahirkan pengikut yang extremes. Walau apapun aku sangat berharap semuga pimpinan Politik di negeri Perak mencari satu titik pertemuan bagi menangani permasaalahan ini secara bijaksana dan berhemah. Rakyat pula perlu berfikir secara rasional dan bersama sama berganding bahu menangani permasaalah ini. Bagiku untuk menyelesaikan sesuatu permasaalahan itu perlu dihuraikan dari punca permasaalahannya…..Bila kita sesat dalam perjalanan kita perlu bertanya daripada orang tempatan, bukan dari orang Indon atau bangla…..Wassallam…

Saturday, April 18, 2009

DUN PENANTI - Anwar Ibrahim VS Najib Razak

Assalamulaikum……. Apa khabar Datok Sri Anwar Ibrahim, Apa khabar Datok Sri Najib ?. Semua rakyat “ satu Malaysia “ terutama yang beragama Islam mendoakan anda berdua dikurniakan akal fikiran dan tubuh badan yang sihat untuk berkhidmat sebaik mungkin demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Bagaimanakah keadaan anda berdua selepas pilihan raya ke 12 dan 5 pilihan raya kecil yang lalu?.....Adakah anda boleh menerima kehendak rakyat melalui amalan demokrasi?. Aku berharap anda bersikap perfesional menerima hakikat yang menang tetap menang yang kakah tetap kalah, tetapi yang menang tidak semestinya semua menang dan yang kalah tak semestinya semua kalah.…… Itulah adat pertandingan, yang menang jangan tersenyum lebar dan yang kalah jangan menangis tersedu sedu, sesungguhnya menang dan kalah ada sesuatu yang tersirat di dalamnya…….

Dalam temph 60 hari satu lagi pilihan raya kecil akan menanti kita di kawasan DUN PENANTI Pulau Pinang akibat perletakan Jawatan YB. Mohd Fairuz dari PKR . Apa yang aku nampak dalam pilihan raya ini adalah pertembongan kreativiti 2 kepimpinan Politik yang tidak asing lagi iatu Datok Sri Najib dari BN dan Datok Sri Anwar Ibrahim dari PKR. Pertembongan ini akan memperlihatkan kepada kita “ Satu Malaysia “ siapa yang lebih popular dan diterima oleh Rakyat sama ada dari parti BN yang didokongi gabongan 14 parti atau dari Parti KEADILAN yang mana satu parti ahlinya semua kaum di Malaysia..

Sejak akhir akhir ini di Astro AWANI dalam ruangan AGENDA AWANI dan Bernama TV dalam ruangan HELLO MALAYSIA serta TV 1 dalam Ruangan DI LUAR LINGKUNGAN banyak mengketengahkan Penganalisis penganalisis Politik yang membicara dan memperkatakan senerio Politik tanah air. Mereka kebanyakannya pro kepada BN dan sedikit sahaja yang memberi ruang kepada PKR, bagitu juga pengacaranya. Aku tidaklah mahu mengulas panjang apa mereka perkatakan,tetapi dari persipsi aku analisis analisis mereka kurang tepat dan tidak mengambarkan apa yang sabenarnya persipsi rakyat terhadap senerio Politik Malaysia.. Itulah natijahnya manusia manusia yang ada segulong ijazah akan diktiraf oleh media walaupun penghujahannya tidak menepati suasana yang sabenarnya…..

Terdapat berita di bloger, Media letronik menyatakan BN mungkin tidak meletakkan calunnya di DUN PENANTI dengan alasan membazirkan masa, tenaga dan Wang rakyat…….Relivenkah alasan ini atau ada sesuatu yang tersembunyi yang tak boleh digambarkan. Apa kata Rakyat terhadap PM dan barisan kabinetnya yang memperselogankan “ KONSEP SATU MALAYSIA” . Mungkinkah Rakyat akan memperkatakan “ BN sudah hilang taring akibat pukulan sidrom POBIA dari kekalahan BN di 4 plihan Raya kecil sebelum ini. Adalah sangat tidak wajar Datok Sri Najib mengaku kalah sebelum bertanding dengan alasan yang tidak boleh diterima sebahagian pimpinan UMNO dan BN. Sanggupkah dia memberi satu IMPAK BESAR kepada Datok Sri Anwar Ibrahim yang sudah tersenarai dalam 100 pemimpin dunia yang popular. Walaupun kekalahan BN sudah pasti, tetapi kalah tanpa bertanding lebih mendalam sindromnya bagaikan tusukan sembilu menikam jauh kesudut hati…….Alangkah bisanya…… Wassallam……

Saturday, April 11, 2009

Apakah Motifnya Antantuya Sharibbu dibunoh...

Assalamualaikum………

Pada 09/4/2009 di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor, Hakim telah mendapati 2 bekas anggota tindakan Khas Polis Diraja Malaysia didapati bersalah kerana membunuh dengan sengaja wanita Monggolia ANTANTUYA SHARIBBU pada tahun 2006. Oleh yang demikian itu mereka telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Dalam artikal ini aku tidaklah menyentuh dan mempertikaikan keputusan Mahkamah, kerana aku tahu sesiapa sahaja yang mempertikaikan keputusan Mahkamah boleh dianggap sebagai “ Menghina Mahkamah “……..

Perseolan yang aku nak timbulkan dalam perkara ini ialah “ Kenapa 2 anggota Polis ini sanggup mempergadaikan nyawa mereka untuk membunuh wanita Monggolia ini “.

Di dalam sesuatu penyisatan, pehak Polis akan bertindak mengikut peruntukan undang-undang yang memberi kuasa kepadanya. Siasatan akan diperincikan daripada impak ditempat kejadian, pengumpulan bukti bukti fizikal, pengumpulan bukti dari bahagian forensik, dari pakar pakar berkaitan serta dari keterangan saksi saksi yang tiada dalam keraguan.Salepas bukti bukti diperolihi barulah pehak Polis akan menangkap orang yang disyaki melakukan Jenayah ini. Selepas selesai penyiasatan Kertas Siasatan dimajukan kepada Peguam Negara untuk tindakan Pendakwaan.
Undang undang memperuntukkan “ sesiapa yang melakukan pembunuhan dengan niat(sengaja) apabila dibuktikan pelaku Jenayah ini akan dihukum gantung sampai mati. Maka itulah yang terjadi kepada 2 bekas anggota tindakan khas ini. Pehak pendakwa telah berjaya membuktikan mereka terlibat secara lansong dalam pembunuhan ini manakala pehak pembela pula telah gagal menimbul keraguan melampaui manasabah (frima facie). Manakala orang yang disyaki sebagai orang perantaraan dalam kes sebegini jika mereka tidak berada sama-sama melakukan perbuatan ini, amat sukar untuk dituduh bersubahat. Jadi apa apa juga yang akan dan boleh diperkatakan kepada orang yang ada hubungkait adalah dianggap sebagai andaian sahaja. Penggunaan andaian dalam mana mana Mahkamah tidak boleh digunapakai sebagai keterangan bagi mensabitkan seseorang dalam pertuduhan.

Apa yang menjadi perseolannya sekarang, seluruh Rakyat Malaysia ingin tahu….. Kenapa mereka membunuh wanita ini dengan bagitu kejam dan apakah Motifnya…….

Perseolan ini masih belum terjawap……. Untuk menjawapnya perseolan ini marilah kita sama sama berdoa “ Apabila tali penggantung dipasang dileher dan saat kematian akan tiba, minta-mintalah mereka bersuara pada kali terakhir dengan memberitahu “ Orang yang mengarahkan pembunuhan ini dan motifnya “ Jika mereka juga tidak bercakap Rakyat malaysia tidak mengampunkan pengkianatan mereka yang telah memalukan semua rakyat dan Negara Malaysia…… Wallahualam.

Saturday, April 4, 2009

Mungkinkah ada Ajenda Tun Mahadzir kembali kepada UMNO

Assalamulaikum…….
Apa khabar orang orang UMNO, PAS, KEADILAN, terutamanya Yang extremis berpolitik. Aku sebenarnya tidak memasuki mana mana parti Politik, tetapi penyokong kepada parti Politik yang lebih Islamik. Dah agak lama aku tidak menulis dalam blog, tetapi pada hari aku berminat pulak untuk menulis apabila melihat TUN MAHADZIR MOHAMAD yang keluar dari rumah lamanya sedikit masa dahulu kembali semula kerumah itu apabila tuan rumah dihuni oleh orang lain………..

Apa yang hendak aku perkatakan ialah……. Kenapa dan mengapa orang tua yang dah berpencen macam akuni berbuat demikian……..Apakah keberangkalian motifnya?.....
Sebelum ini beliaulah yang lantang mengkeritik dan tidak pernah diam apa apa juga isu yang timbul dalam UMNO terutama isu sensasi POLITIK WANG yang sudah senonim dengan UMNO. Apa lagi yang beliau hendak sesudah bagitu lama dalam menerajui kepimpinan Negara……


Aku ucapkan shabas dan selamat bersara kepada Mantan PM Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi kerana dalam era kepimpinannya walau banyak isu isu yang membelenggunya tetapi Tun Mahadzir tidak berjaya meredah masuk, malahan tidak diendahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kekecewaan ini diperjemahkan olen Tun Mahadzir apabila keluar dari parti UMNO dan kembali semula apabila Datok Sri Najib menjadi PM beberapa hari yang lalu. Perseolannya kenapa dan apakah muslihatnya…..Adakah ada sesuatu yang hendak diterjemahkan Tun Mahadzir melalui Datok Sri Najib……..

Walau apapun muslihatnya Tun Mahadhir tentulah tidak berasa senang apabila anaknya yang disebut sebut memenangi KETUA PEMUDA UMNO tewas mengejut dengan menantu mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi Khari Jamaluddin yang sebelum ini dikaitkan dengan politik wang.Berikutan dengan kekalahan anak Tun Mahadzir mungkin ada orang akan mentafsirkan kemasukannya dalam UMNO tidak akan disenangi sebahagian pemimpin UMNO kerana pengaruhnya yang sudah tua tidak memberi apa apa makna kepada kepimpinan UMNO……Mungkin sekadar orang dulu dulu kata……malualah sahaja, terpaksalah terima……

Secara tradisinya KETUA PEMUDA UMNO akan dilantik sebagai Jemaah Menteri, Ini berarti Khairi Jamaluddin akan dilantik sebagai Menteri dan sekali gus Pengaruh mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi masih subur dalam era kepimpinan Datok Sri Najib……Mari kita tunggu dan lihat apakah sesuatu yang gimik mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Datok Sri Najib…….

Saturday, February 14, 2009

MARI KITA KAJI SIAPA YANG BODOH

Siapa perlu mintak maaf………
TAJUK ARUS PERDANA 13/2/2009

ANWAR IBRAHIM PERLU MINTA MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA….

Isunya pasai kekacauan Politik kat negeri aku Perak…….Aku punya geram, apa lagi aku pijak pijakle surat khabartu macam depa pijak gambak Najib haritu – Bodoh sungguh pengarang surat khabartu….Mai aku bagitahu…..Kalau Najib tak buat hal kat Perak pada 5/2/2009 mana ada orang Perak nak buat kacau – Jadi wahai pengarang yang bodoh bin tolol bin bangang – kalau nak bodek dan ampu biarlah fakir elok elok – hang ingat orang Perak bodoh macam hangka…..

Tak dapat jadi MB jadi Ketua Demontasi jadilah

Pada 13/2/2009 Dr. Khir Toyo kena tahan dengan Polis pasai nak serah memorandum kat Karpal Singh di Pulau Pinang…..Ni satu mangkok lagi apasai bodoh sangatni, kalau tak dapat jadi MB tak payahlah nak jadi macam budak budak pulak – Hang kena fikikle hang nak lawan dengan sapa - Hangtu kelulusan Doktor Gigi mana boleh lawan dengan Peguam……Aku ingat pasai undang undang aku lagi terer tau…..

SPR – Tak payahle nak lebeh sudu dari kuah

Baru baruni SPR kata Penamaan calun pilihan Raya di Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau, Kedah pada 29/3/2009 dan tarikh pengundian pada 7 April, 2009…… Bila pemberita tanya pasai apa lepas perhimpunan Agong Umno 24 hingga 28/2009 baru nak buat pilihanraya , SPR kata tak kena mengena dengan tarikh perhimpuanan UMNO – SPR kata lagi Oh…wel… kami tak maule calun dan ahli parti keletihan sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya – Ni aku nak bagitau – hampa SPR ditugaskan untuk menentukan berkaitan Pilihanraya , kempin tak kempenke, letih tak letihke SPR tak perlu ambik tau…..Cuma aku nak bagitahu SPR hang ingat kami tak tauke SPR ikut cakap sapa – Rakyat nak percaya cakap hangke SPR……

Aku cakap bahasa Rojak mintak maafle…………Wassalam…………

Thursday, February 12, 2009

TINDAKAN POLIS dan SPRM

Semalam 12hb. February, 2009 YB. Karpal Singh dipanggil beri keterangan di bawah sek. 112 Kanun Acara Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur selama 2 jam pasal 84 Lapuran Polis yang dibuat oleh orang Melayu berkaitan YB Karpal nak saman Sultan Perak

Hari in 13hb. Februaray, 2009 Pengerusi DAP Perak buat lapuran pada Suruhan Jaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) berkaitan MB BN Perak Datok Zambry salah guna kuasa melantik lantik 3 penasihatnya tidak ikut Perlembagaan tubuh kerajaan Negeri Perak……..

Dalam setiuasi ini 84 lapuran Polis yang dikaitkan kepada Karpal Singt isunya 1 sahaja kerana ‘ YB hendak meyaman Sultan Perak kerana Sultan tidak ikut Perlembgaan fasal 16(6) Perlembagaan Negeri Perak. Untuk makluman semua orang boleh buat lapuran Polis, tapi kita perlu arif apa intipati dalam lapuran itu yang memberi kuasa Polis bertindak. Ramai orang tidak tahu, bukan semua yang dilapurkan oleh orang awam Polis berkuasa menyiasatnya., Polis diberi kuasa mengikut dan peraturan undang undang yang diperuntukan sahaja. Kuasa menyiasat hanya diberi kepada Ketua Polis Balai, anggota Polis berpangkat Sarjan keatas saperti terkandung dalam Bab X111 (13) Kanun Acara Jenayah. Isunya sekarang, jika pehak Polis mendapati ada kes yang boleh disabitkan atas YB Karpal Singh, siasatan kes ini perlu dimajukan kepada Peguam Negara. Kuasa untuk menentukan sama ada tidakan boleh diambil terletak dibahu PEGUAM NEGARA.

Walau apapun Sultan atau raja Raja boleh diambil tindakan di bawah UNDANG UNDANG PERLEMBAGAAN (Pindaan 1993) KEKEBALAN RAJA RAJA yang dibuat oleh Tun Dr.
Mahadhir Mohamad dan sisokong Ahli Parlimen BN termasok Datok Sri Najib ketika itu. Sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu kita harus tahu : Adakah Perlembgaan Membenarkan sesuatu tindakan atas Sultan termaktub dalam Undang-undang. Kita jangan cepat melatah dan terikut rikut sentiment bersama orang orang yang cuma mengikut perasaan tanpa merujuk kepada fakta dan undang undang yang sedia ada. So bertindaklah denga waras supaya kita nanti tidak berasa marah apabila ada orang yang mentertawakan di atas kebodohan kita..

Dalam kes Datok Zambry, perlantikan exco mesti berlandaskan Perlembagaan tubuh kerajaan Negeri Perak. Penasihat yang dilantik tidak termaktub dalam perlembagaan, tetapi atas budi bicara Menteri Besar tersebut. Perlantikan ini yang nampak ialah untuk menstabilkan Politik berbagai kaum dalam BN. So Setiusaha kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kena arif, apakah perlantikan ini boleh dibuat dan gaji mereka boleh dibayar. Rakyat Perak yang mewakilkan Pengerusi DAP Perak mahu tahu apakah wang Rakyat sebanyak RM750000.00 setahun perlu dibayar atas kepentingan Politik BN.

Mari kita tunggu apa yang boleh dibuat oleh Pehak Polis dan Peguam Negara atas YB. Karpal Singh dan

Pehak Suruhanjaya SPRM atas YB. Datok Zamry Menteri Besar Barisan Nasional Perak…….

Beranikah, Teluskah……. Rakyat Perak sentiasa menunggu apa keputusannya……

Wednesday, February 11, 2009

DEPA TAKUT NAKPI MAHKAMAH

Pada 10hb February 2009 kedua 2 bekas adun PKR kena hadir ke Mahkamah Ipoh kerana menghadapi perbicaraan kes Rasuah, tapi depani tak hadir, Cuma sijil sakit sahaja sebagai pengganti diri......Semua orang heran pasai apa depani selalu sakit, dulu bila depa hilang, depa kata sakit, tapi aku nampak dia berdiri dekat najib dengan muka tersengehje tak sakitpun……Aku ingatkan depani jangan nak tipu ALLAH, kalau tak sakit jangan kata sakit, nanti ALLAH bagi depa betoi betoi sakit baru depa tau…….

Aku heran jugak, pasai apa depa takut sangat nak pi Mahkamah, depani buat salah betoike, tapi kalau tak salah pasai apa depa takut……Yang aku tau Majestrik atau Hakim dan Pegawai Pendakwa BPR dilantik dari kalangan manusia jugak, tapi tak taule aku pulak kalau hakim dan BPR dilantik dari kalangan Malaikat. Aku masa keje dan pencenni pasai bicara ke Mahkamah macam pi kedai kopije. Bagi akule kalau aku tak buat salah, aku lawan sampai mampospun aku tak peduli, tapi kalau aku buat betoi bila nak angkat sumpah di Mahkamah ketak jugak,oi…. Pasai masa angkat sumpahtu, kita mengaku kita berkata betoi, tak boleh bohong, sedangkan kita tahu kita buat betoi bendatu…….Dosa besak, dahle buat betoi, pembohongle pulak, lepastu pasai kita pandai putak dan tidak cukup frima facie,, hakim bebaskan kita, Itu lagi besak dosa oi sampai mampospun tak habis………

Las sekali aku nak cakap, aku tau sangat pasai Rasuahni........Kalau aku tak ingatkan halai haram masa aku keja dulu aku lama dah kaya……tapi ALLAH beri taufik dan hidayah takle terlibat dengan benda haramtu…..Depa katale, klau kita yang beragama Islamni ada niat ambil duit rasuahtu lepastu bagi makan anak bini pulak macam makan daging BABI, tapi ada orang kata pulak lepas kita berak, kita makan balik…..nak temuntah aku……tapi apapun semua yang terlibat dengan rasuah “ hukumnya haram “ Cuma kalau yang dah sedak bertaubatle dengan ALLAH, kemudian ada saki baki lagi serahkanle ke Baitulmal depa taule nak buat macamana……