Waktu

Saturday, January 23, 2010

Aku Jadi Bidan Terjun

Assalamulaikukm / Selamat Sejahtera…….

Pada hari Isnin 19hb. Januray, 2010 semasa aku berkira kira hendak mandi tiba tiba aku dikejutkan dengan ARNAB peliharaanku yang diberi nama “ CUMI ” telah melahirkan anak sebanyak 5 ekor……. Semasa Arnab ini melahirkan anaknya terpaksalah aku jadi bidannya….. Aku sambut seekor demi seekor, bersihkannya dan diselimutkan dengan kain bersih dan disimpan dalam kotak…. Apa yang aku kesalkan Ibu arnabni bila dia ”beranak” dia tidakpun memperdulikan anaknya…… So aku terpaksalah letakkan Ibu Arnab ini dalam kotak dan masukkan anak anaknya di bawah perut Ibunya supaya dia dapat menyusukannya ……

Pada 20hb. January, 2010 semasa ku sedang berehat di rumah, tiba tiba aku dikejutkan Arnab peliharaanku yang seekor lagi yang diberi nama “ KIKI “ melahirkan anak pulak…..kali ini sebanyak 6 ekor……. Kali ini kawan kawan isteriku yang datang melihat Arnab ini yang jadi bidan pulak……. So sekarang aku ada 11 ekor arnab yang baru dilahirkan……. Oleh kerana Arnab arnab ini tidak tahu mengurus sendiri untuk menyusukan anak anaknya….. Jadi setiap hari aku terpaksalah mengaturselia 11 ekor arnab ini menyusu kepada Ibu Ibunya…… So sebagai ingatan aku perlihatkanlah anak anak arnak yang baru dilahirkan…….


Ini gambar KIKI


Ini gambar CUMI


Ini ngambar anak KIKI


Ini gambar anak CUMI


Baginilah saiz anak arnab uang baru lahir.... cunkan....

Tuesday, January 12, 2010

RUMAH BEKONSEFKAN IBADAH

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera kepada semua pembaca……

Pada Bulan December, 2009 yang lalu dengan izin ALLAH dapatlah aku menfaatkan sedikit wang simpanan bagi mengubahsuai sedikit Rumah yang aku miliki…… Tidaklah banyak, cuma sekadar RM15,000/- sahaja…… Inilah Rumahku yang telah diubahsuai….



Pandangan dari sudut hadapan



Pandangan dari bahagian dapor



Pandangan dari sudut dalam hadapan



Tempat rehat hadapan ruang tetamu



Pandangan ruang tetamu



Bilik kedua ini aku jadikan bilik Ibdah terutamanya semasa mengerjakan solat 5 waktu..... Sabenarnya sengaja aku wujudkan bilik solat ini.... kadang kadang aku kesian kat anak anakku....bila depa balik tak tau nak solat kat mana.... itulah sebab kadang kadang aku tengok depa tak solat..... So bila dah ada bilik solatni dan arah kiblat ditetapkan..... solatlah.... Sesungguhnya SOLAT itu wajib bagi orang yang mengaku dirinya beragama Islam......



Pandangan kepintu 2 buah bilik melalui bilik solat

<

Bilik terharu dusut bahagian tepi



Bunga orkit " Secantik Pagi " di ruang hadapan



ARNAB Peliharanku diberi nama - CUMI dan KIKI...

Dicatatkan sebagai Ingatanje....Wassallam.....

Friday, December 18, 2009

KEPIMPINAN YANG LEBIH RASIONAL

Assalamulaikum....
Selamat Sejahtera.....

Pada hari ini 2hb. Muharram, 1431 bersamaan 19hb. December, 2009 pelancaran Lambang Parti Pakatan Rakyat………… Sekarang berfikirlah secara waras, pilihan Raya ke 13 pilihlah kepimpinan yang mendaulatkan Agama…… Taatlah kamu kepada ALLAH, kepada Rasul dan kepada Pemimpin yang beriman……



LAMBANG PARTI PAKATAN RAKYAT - PILIHAN RAKYAT PADA PILIHANRAYA KE 13




PENIMBANG SEKARANG MENGGUNAKAN DIGITAL - DACING SUDAH KETINGGALAN ZAMAN.....
Wassallam......

HIJRAH KEJALAN ALLAH dan RASUL

Bismilhirrahmanirrahim..........
Assalamulaikum / Selamat Sejahtera......

Pada 01hb. Muharram, 1431 bersamaan 18hb. December,2009 bermulalah
kiraan tahun baru Hijrah 1431 iaitu klender Umat Islam. Sebagai
bangsa Melayu yang beragama Islam, apakah suasana yang paling manfaat
bila menyambut kedatangan maal Hijrah ini……bermuhasabah diri…..
Berhijrahlah ke jalan ALLAH dan RASUL……. Iaitu kita berjanji setulus ikhlas hati untuk mengerjakan segala suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laranganya……. Ikuti segala SUNAH Nabi Muhammad S.A.W……

Bermuhasabahlah diri………

Adakah kita telah menyempurnakan kesemua Rukun Islam……
Mengucap 2 kalimah syahadat…

Solat 5 waktu
Berpuasa di bulan Ramadzan
Mengeluarkan Zakat
Mengerjakan Haji (Jika termampu)

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431......

Thursday, November 19, 2009

DAHLE BODOH BANGANGLE PULAK

Assalamulaikum/Selamat Sejahtera 1 Malaysia…..

Aku sabenarnya tidaklah berminat sangat nak tulis artikal ini, tetapi bila hari hari aku dok tengok dan dengaq depani bergadoh tak habih habih, so aku rasa menyampahle pulak….. PM 1 Malaysia kata konsep 1 Malaysia….. Rakyat didahulukan, pencapaian diutama….. Sebagai seorang Rakyat aku berasa sangsile pulak betoi ke hang sebagai PM cakapni….. Awat hampa hari hari dok gadoh, pasai apani, berebut apani, berebut duitke….. yang syoknya pulak TV dan media pengampu 1 Malaysia tukang tayang depa dok gadoh…… Bodoh betoile depani….. Kepimpinan hampani boleh pakaike….. hampa canang seantero dunia bagitahu RAKYAT HENDAKLAH BERSATU DAN KEKALKANLAH PERPADUAN, tapi hampa yang bijaksanani pasai apa dok gadoh hari hari….. BOLEHKAH RAKYAT PERCAYA HAMPANI JADI KETUA……

Cuba hampa tengok pasai apa depani menangis…… Burok betoi…

Kadang kadang aku hairanle…… Bila Ulama’ bagi ceramah agama hampa tangkap dan dakwa dia ke Mahkamah,….. kata dia pengikut mazhab Wahabi….. Itulah bila duit dah banyak tak mau pegi buat UMRAH….. Jadi taktaulah macamana orang lslam lain beribadah disana……. Ini lagi satu bangang segala yang bangang…… adake orang nak buat kebajikan setulus hatinya nak derma Tuan Guru NIK AZIZ pergi Haji depa kata ada unsur rasuah…..Bodoh betoile mana ada orang nak mengerjakan haji dengan duit haram… ..tapi kalau buat rumah berjuta juta yang melebihi dari pendapatan dan tidak logik akal tak tahule pulak……. Itulah kalau kitatu bodoh dan bangang jangan bagitahu kat Rakyat……. Wallahualam……. Wassalallam......

Thursday, November 12, 2009

PHOTO ONE MALAYSIA

Assalamulaikum/ Selamat Sejahtera 1 Malaysia.....
Mai kita tengok gambak Pemimpin kita.... Mana satu pilihan hati....









Siapakah wanita Melayu tulin....





Gambakni untuk tatapan umum sahaja.....





Selamat memilih pemimpin terbaik dan Wanita Melayu contoh terbaik....
Wassallam....

Wednesday, November 11, 2009

INIKAN NILAINYA HARGA DIRI WARGA EMAS

Assalamulaikum / selamat sejahtera 1 Malaysia

Beberapa hari yang lalu aku balik ke Kampong asalku….. Selmasa dalam perjalanan balik aku singgahlah di rumah seorang kenalanku yang sudah bergelar “ Warga Emas”….. Dalam perbualan itu beliau memberitahu….. baru baru ini semua WARGA EMAS, IBU TUNGGAL, OKU dan ANAK YATIM tidak mengira kedudukan, sama ada yang kaya, miskin, papa kedana diberikan sedekah =
1. 5 kilogram beras,
2. 2 kilogram gula,
3. 5 kilogram minyak masak,
4. 1 tin biskot kering,
5. Wang tunai RM50/-
Pemberi sedekah ini memaklumkan – Inilah konsep 1 Malaysia dimana betapa perihatin pehak kerajaan untuk membantu “KESUSAHAN “ golongan ini….. dimana setiap orang tidak dipinggirkan….

Bila aku mengutarakan pertanyaan, apakah motif pemberian sedekah ini?.... Kenalanku menjawap….. Kami tidak meminta, tetapi apa yang mereka bagi aku kebaslas….. lagipun wang yang dibelanjakan itu bukan wang dia….. tapi wang Rakyat…. Dia bagi kami hanya banyaktu, tapi yang dia kebas berapa banyak aku tak taulah….. takan dia bukan buat kerja sukarela….. lagipun aku bukan tak kenal siapa yang menguruskan sedekah ini….. Manusia hudup 2 Alam…… Aku hanya mampu tersenyum, tetapi tak maulah komen apa apa…..

Semasa memandu kereta….. aku pun terfikir….. alangkah rendahnya Nilai harga diri golongan ini…… terutama golongan “ WARGA EMAS “….. Walau apaun aku masih bernasib baik kerana belum diketogerikan “ WARGA EMAS “ Aku pasti nilai harga diriku tak mungkin boleh dibeli dengan harta kekayaan…
Semulia mulia nilai seseorang manusia itu apabila dia sentiasa memelihara dirinya dari melakukan perkara yang mungkar, bertakwa dan beriman denganya ALLAH…. Itulah Semulia mulia nilai manusia disisi ALLAH…… Wassallam…..