Waktu

Sunday, March 28, 2010

257,000 ORANG ANAK HARAM DILAHIRKAN

Assalamulaikum/ Selamat sejahtera…..

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) Malaysia mencatatkan terdapat seramai 257,000 ribu orang anak luar nikah (Anak haram) yang daftarkan oleh rakyat Malaysia dari tahun 2000 hingga 2009……. Pada tahun 2009 sahaja seramai 17,303 orang anak haram di daftarkan di JPN dikalangan orang Melayu beragama Islam….. Ini tidak termasuk yang tidak didaftarkan, yang dibuang di dalam longkang, parit, sungai, longgokan sampah dan ada yang setengahnya ditanam hidup hidup saperti dizaman jahilliah dahulu……… Perangkaan juga terdapat seramai 23,696 di kalangan kaum India dan diikuti dengan kaum cina seramai 23,692 orang……

Demikianlah hebatnya umat Melayu yang beragama Islam yang menjunjung kalimah ALLAH, mengaku Nabi Muhammad S.A.W menjadikan kaum terbanyak menyumbang ANAK HARAM DI Malaysia ini. Mari kita kira secara martametik berdasarkan perangkaan JPN……..berapa ramai Umat Melayu yang mengaku dirinya Islam, tetapi melakukan pengzinaan pada tahun 2009 dari bulan pertama hingga bulan kelapan sebelum anak haram itu dilahirkan…….
Katalah mereka berzina dalam 1 bulan 4 kali…… Mari kita dharaf 17,303 X 2 X 32……. Terdapat sejumlah 1,107,392 pengzinaan dilakukan tanpa rasa takut dan gerun dengan siksaan ALLAH……..NAUZUBILLAH……..

Sebagai seorang bangsa Melayu yang beragama Islam pastinya kita tahu jawapanya……. kenapakah gejala ini berlaku……. Jawapanya amat mudah……. ORANG ORANG YANG BERAGAMA ISLAM TELAH GAGAL MEMATUHI SURUHAN ALLAH dan MENGIKUTI SUNNAH RASULLAH…… ALLAH telah menurunkan bala ini apabila HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN…….

Intitusi kekeluargaan tidak lagi wujud dalam menjadikan Agama Islam itu mendahului segala segalanya……. Ibu bapa sibuk dengan hal masing masing
Sembahyang diremehkan, membiarkan anak berpeleseran……. Tak kesah apa mereka buat diluar…… bila sudah mengandong baru sibok…… mengambil jalan mudah Nikahkan sahaja mereka…… Seolah solah mereka menghalalkan apa yang dibuat oleh anak anak mereka………Akibatnya gejala ini akan berterusan tanpa rasa bersalah apa yang kita lakukan……. Ingatlah yang haram tetap haram, tidak boleh dihalalkan…… kecuali kembali kepada hukum ALLAH…….

Berdasarkan perangkaan gejala Maksiat yang terlalu dahsyat, yang tidak termasuk lagi gejala RASUAH, MINUM ARAK, MAKAN RIBA,. SALAH GUNA KUASA, MELIWAT, PELACURAN, BERLAKU ZALIM SESAMA MANUSIA……. Dikuatiri BALA ALLAH SEMAKIN HAMPIR……. Umat Islam jangan memandang remeh gejala ini, ia akan pasti mengundang BALA ALLAH yang tidak terfikir oleh AKAL manusia……

Oleh yang demikian itu, saya menyeru kepada semua umat Islam……. Pastikan diri kamu, Isteri kamu, anak anak kamu supaya mentaati suruhan ALLAH dan meninggalkan larangannya…….. Sesiapa yang telah terlanjur menyesalilah perbuatannya dan bertaubatlah banyak banyak kepada ALLAH……. Sesungguhnya ALLAH itu penerima taubat sekiranya kita benar benar bertaubat…… Bertaubatlah sebelum terlambat……..Wallahuallam…..

No comments: