Assalamulaikum / Selamat Sejahtera……..
Pada tulisan aku kali ini, ingin aku mempaparkan kesah benar satu “ KES PEMBUNUHAN” bagi mendapatkan keadilan……. Bilamana Undang undang manusia tidak berjaya ditegakkan………
Kesah ini berlaku dalam era tahun 80’n yang melibatkan sepasang suami isteri yang baru berkahhwin bernama Aminah dan Abd Razak bagin (nama samaran). Aminah dicolek ketika berada di pasar sahari dan dibawa kesebuah Bandar dan dipaksa melacor. Setelah hampir 6 bulan diperlakukan sendiket ini Aminah berjaya melarikan diri dan balik kepangkuan suaminya. Walau bagaimanapun 1 bulan kemudian lelaki ini mencari Aminah dan cuba mencoliknya sekali lagi…… Nasib tidak menyebalahi lelaki ini kerana suami Aminah bertindak menetak lelaki ini dengan sebilah parang hingga mati, dimana darahnya membasahi bumi dengan lehernya hampir putus………
Abd. Razak menyerah diri di balai Polis dan membuat pengakuan membunoh lelaki ini. Pehak polis telah membuka Kertas Siasatan di bawah Sek. 302 Kanun Kesiksaan ( Dengan sengaja Membunoh)…… Kesian dia……Demi mempertahankan isterinya yang tercinta…… balasanya dia terbaring seorang diri dalam Lokap Polis.
Setelah siasatan di jalankan, dengan arahan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Abd Razak dituduh di Mahkamah di bawah Sek. 304 Kanun Kesiksaan (Membunoh tanpa niat)…… Abd Razak mengaku bersalah di atas pertuduhan ini dan sebelum Hakim menjatuhkan hukuman, Hakim memberi peluang Abd Razak memperkatakan sesuatu……..
Kata Abd Razak…….. Assalamulaikum Yang Arif Hakim……
Pada hari ini aku akan dihukum kerana membunoh seorang manusia yang sangat zalim dan semestinya tidak layak hidup di dalam dunia ini…….Adilkah seorang manusia meragut kebahagian orang lain dan atas apa sifatnya dia memperlakukan sedemikian rupa tanpa rasa bersalah……. Aku membunoh dia kerana Undang Undang yang digunapakai sekarang tidak mampu menghukum orang saperti dia……. Yang Arif…… aku bersedia menerima apa jua hukuman kerana aku tahu dan semua orang tahu aku telah terlebih dahulu menghukum orang yang mengzalami orang lain di dunia ini……. Sesungguhnya hukuman yang seadil adilnya adalah hukum ALLAH……..
Dengan nada perlahan dan pendek Hakim berkata “ Saya memahami apa yang kamu katakan, tetapi di dalam Negara ini termaktub dalam Perlembagaan dan Perundangan yang digunapakai…… Seseorang manusia itu tidak berhak memperlakukan kezaliman kepada seseorang, tetapi seseorang manusia juga itu tidak berhak membunoh orang lain. Abd Razah dijatuhkan HUKUMAN PERJARA SELAMA 5 TAHUN………..
Selepas keluar dari Penjara, aku bertemu dengan Abd Razak di sebuah kedai kopi…….. Sambil minum dia berkata “ kini aku bergelar BANDUAN “ …… Aku tersenyum…… BANDUAN MILINIUM…… Dia bertaya lagi…… Selama jadi anggota Polis adakah kamu pernah menggunakan pistul membunoh orang……
Aku mengeluarkan pistul, tunjuk kepadanya “ chamber” pistul tidak ada peluru….. Abd Razak tersenyum…….. Wallahuallam…….
No comments:
Post a Comment