
INILAH KUCHING AKU BERNAMA - NOME -
BERCAKAP DENGAN TIKUS

INILAH GAMBAR TIKUS SEOLAH OLAH SEDANG BERBICARA DENGANKU
Bagitu juga dengan sejenis binatang yang dipanggil TIKUS…… baru baru ini beberapa ekor tikus telah memasuki rumah aku…… So teringatle pulak bila depa kata “KENCING TIKUS” boleh membawa maut…… maka akupun membelilah “Perangkap tikus” dengan harga R M22/- bertujuan memerangkap dan membunuhnya…… Alhamdulillah usahaku telah berjaya memerangkap tikus ini….. pada mulanya aku dapat saekor tikus besar mungkin juga Ibunya, kali kedua aku dapat 3 ekor dan kali ketiga aku dapat saekor mungkin juga anaknya……
Apa yang menghairankan , apabila aku mendekati perangkap ini aku dapati tikus ini memandang sambil mengangkat tanganya……. Seolah alah hendak berbicara denganku…… Aku pulak terasa semacam tikus meminta belas supaya dilepaskan…… So aku pun memandang tikus tikus ini sambil berkata…….
Wahai tikus…… Aku dan kamu adalah mahluk ALLAH yang berhak hidup di bumi ini, Cuma cara kehidupan kita berlainan…… Maafkanlah aku terpaksa memerangkap kamu kerana aku tidak mahu kamu tinggal di rumah aku….. Aku sabenarnya semacam faham apa yang tersirat dari kamu…… So aku akan lepaskan kamu, tetapi kamu hendaklah berjanji jangan memasuki rumahku…..Alhamdullah selepas tikus tikus ini aku lepaskan, tidaklah lagi tikus tikus ini memasuki rumahku……. Aku penoh yakin dan percaya bahawa ALLAH maha mengetahui, lagi maha mendengar apa yang tersirat pada mahluk mahluknya…..Aku juga mempercayai manusia dan binatang boleh berkominikasi demi kebaikan bersama……Wallahuallam……
.
No comments:
Post a Comment