Waktu

Sunday, May 23, 2010

KINI TINGGAL BERDUA....HU..HU...HU

Assalamulaikum / Selamat sejahtera……..

Masa berlalu terlalu pantas……. Itulah hakikatnya bila dunia menghampiri ke akhir zaman…… tahun hijrah sudah menjangkau bulan Jamdilakhir 1431 bagitu juga tahun masihi hampir melapasi bulan Mei, tahun 2010……

Pada 17hb. Mei, 2010 yang baru berlalu aku memperingati hari kelahiranku yang ke 60 ke dunia ini……. Sudah 4 tahun aku bersara dari Jabatan Polis Di Raja Malaysia…… kata orang kini aku bergelar “ Warga Emas “….. Apa yang " EMAS " aku pun tidak mengerti, walau apapun kehidupan aku saperti biasa sahaja……..

ZAMAN MUDA


Seminggu selepas berkahwin

Pada ketika aku berumur 23 tahun 3 bulan 27 hari bersamaan 15hb. Ogos, 1973 aku berkahwin dengan isteriku sekarang….. ketika itu aku hanya menerima gaji sebanyak RM135/- sebulan.... walaupun berada di bawah paras papa kedana kehidupan mesti diteruskan….. Ketika itu kami hidup BERDUA SEBAGAI SUAMI ISTERI……walau wang tidak ada, tetapi masih muda ceria….. Setelah menempohi berbagai bagai warna kehidupan yang yang gentir…… aku dikurniakan 6 orang anak…… Alhamdullillah kesemua anaku telah berjaya dalam akademik dan melakar kehidupan yang lebih berjaya…….

MASA TUA

Semasa di Langkawi
Saperti apa yang aku katakan…… Masa bagitu pastas berlalu…… kini aku telah tua…… dalam golongan orang berpencen….. lebih hampa lagi bila orang menggelar orang tua saperti aku “ WARGA EMAS “ … pun bagitu terasa juga dihati ini bila orang bertanya khabar….. perkataan yang mula mula disuarakan…… Bagaimana KESIHATAN ANDA SEKARANG?..... mungkinkah golongan orang tua saperti aku ini bila sudah tua pasti sakit?..... Entahlah akupun tak faham….. Sekarang ini setelah anak anak bekerja , 2 orang lagi masih belajar di pusat pengajian tinggi…… maka aku kembali saperti mula mula aku berkahwin dahulu….. tinggallah AKU BERDUA SEBAGAI SUAMI ISTERI….. walupun tidak lagi diparas kemiskinan tetapi sudah tua, segala segalanya tidak saperti dahulu lagi……. Tidaklah seceria saperti muda muda dahulu……

Alhamdullillah, ALLAH telah melanjutkan usiaku sampai kehari ini…… Muhasabah yang aku aku perolihi dalam kehidupan ini…… Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, apa yang sangat penting……. Memperbanyak ibadah dan kebaikan dudunia ini, semuga ALLAH meredai dan memberi ganjaran kehidupan di akhirat nanti…… BERTAKWALAH KEPADA ALLAH DENGAN MEMATUHI SEGALA SURUHANYA DAN MENINGGALKAN LAH SEGALA LARANGANYA…….. IKUTI SUNNAH NABI MUMAHAMMAD S.A.W dalam menjalani kehidupan seharian…….JANGAN TINGGALKAN SOLAT…… sesiapa yang meninggalkan SOLAT berdosa besar dan tiada ada manfaat dan sia sialah kehidupanya seharian dudunia ini…….

Petunjuk yang diperolihi, semuga mendapat keredaan ALLAH…… Sesiapa sahaja yang mengakui dirinya beragama Islam….. Matlamat 3A ini mesti ditanam dalam menajalani kehidupan seharian…..

A = AGAMA
A = AKADEMIK
A = AKHLAK

Wassallam………..

Sunday, April 11, 2010

CATATAN PERJALANANKE N.9

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera.......

Pada 3hb. April, 2010 bersamaan 18hb. Rabiul Akhir 1431 jam lebih kurang 11.30 tengahari aku bersama Isteri memulakan perjalan dari Manjung ke Kuala Klawang N.9 melalui Leguh raya Bidur menghala ke Seremban……… Kira kira 3 jam perjalanan aku singgah di Perhentian Rawang…… Salepas Solat Jamak dzhor/ashar aku beredar ke gerai makanan berhampiran…… Untuk menjimatkan kos aku hanya makan Nasi Lemak bungkus yang berharga RM1.50 sen dan minum dengan air tea yang aku bawa dari rumah…….

Aku bersama Isteri meneruskan perjalanan dan sampai rumah anak kami yang sulung di Kuala Klawang lebih kurang jam 8.30 malam…….. Tujuan kami kesana untuk menimang cucu yang ke 7 yang dilahirkan pada 17hb. March, 2010 brrsamaan 01hb. Rabiul Akhir, 2010. Cucu kami itu di beri nama MOHAMAD ADAM HAFIZAL…… Panjang sungguh nama dia………

Salepas aku solat Isyak……. Aku pangku cucu ini…… ketika itu aku baca dan tiupkan 2 kalimah syahadah 7 kali di telinga kanannya dan selawat Nabi sebanyak 7 kali kali diteliga kirinya……. Aku memohon kepada ALLAH supaya cucuku dilanjutkan usia, diberi kesihatan dan manfaatkanlah kehidupannya menjadi seorang Muslim yang taat kepada perintah ALLAH dan SUNNAH Nabi Mumahamad S.A.W……. ketika itu aku nampak pada matanya seolah seolah satu renongan yang bercahaya……. Itulah harapan seorang tokwanya kepada cucunya……..

Pada 6hb. April, 2010 bersamaan 21hb. Rabiul Akhir aku berlepas balik ke manjung melalu Lebuh Raya yang sama……. Aku kira kira kos perbelanjaan pergi dan balik………minyak kereta RM70/- Tol RM41/- makan dalam perjalanan RM10/-


MOHAMMAD ADAM HAFIZAL BERSAMA OPAH

MOHAMAD ADAM HAFIZAL

Sunday, March 28, 2010

257,000 ORANG ANAK HARAM DILAHIRKAN

Assalamulaikum/ Selamat sejahtera…..

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) Malaysia mencatatkan terdapat seramai 257,000 ribu orang anak luar nikah (Anak haram) yang daftarkan oleh rakyat Malaysia dari tahun 2000 hingga 2009……. Pada tahun 2009 sahaja seramai 17,303 orang anak haram di daftarkan di JPN dikalangan orang Melayu beragama Islam….. Ini tidak termasuk yang tidak didaftarkan, yang dibuang di dalam longkang, parit, sungai, longgokan sampah dan ada yang setengahnya ditanam hidup hidup saperti dizaman jahilliah dahulu……… Perangkaan juga terdapat seramai 23,696 di kalangan kaum India dan diikuti dengan kaum cina seramai 23,692 orang……

Demikianlah hebatnya umat Melayu yang beragama Islam yang menjunjung kalimah ALLAH, mengaku Nabi Muhammad S.A.W menjadikan kaum terbanyak menyumbang ANAK HARAM DI Malaysia ini. Mari kita kira secara martametik berdasarkan perangkaan JPN……..berapa ramai Umat Melayu yang mengaku dirinya Islam, tetapi melakukan pengzinaan pada tahun 2009 dari bulan pertama hingga bulan kelapan sebelum anak haram itu dilahirkan…….
Katalah mereka berzina dalam 1 bulan 4 kali…… Mari kita dharaf 17,303 X 2 X 32……. Terdapat sejumlah 1,107,392 pengzinaan dilakukan tanpa rasa takut dan gerun dengan siksaan ALLAH……..NAUZUBILLAH……..

Sebagai seorang bangsa Melayu yang beragama Islam pastinya kita tahu jawapanya……. kenapakah gejala ini berlaku……. Jawapanya amat mudah……. ORANG ORANG YANG BERAGAMA ISLAM TELAH GAGAL MEMATUHI SURUHAN ALLAH dan MENGIKUTI SUNNAH RASULLAH…… ALLAH telah menurunkan bala ini apabila HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN…….

Intitusi kekeluargaan tidak lagi wujud dalam menjadikan Agama Islam itu mendahului segala segalanya……. Ibu bapa sibuk dengan hal masing masing
Sembahyang diremehkan, membiarkan anak berpeleseran……. Tak kesah apa mereka buat diluar…… bila sudah mengandong baru sibok…… mengambil jalan mudah Nikahkan sahaja mereka…… Seolah solah mereka menghalalkan apa yang dibuat oleh anak anak mereka………Akibatnya gejala ini akan berterusan tanpa rasa bersalah apa yang kita lakukan……. Ingatlah yang haram tetap haram, tidak boleh dihalalkan…… kecuali kembali kepada hukum ALLAH…….

Berdasarkan perangkaan gejala Maksiat yang terlalu dahsyat, yang tidak termasuk lagi gejala RASUAH, MINUM ARAK, MAKAN RIBA,. SALAH GUNA KUASA, MELIWAT, PELACURAN, BERLAKU ZALIM SESAMA MANUSIA……. Dikuatiri BALA ALLAH SEMAKIN HAMPIR……. Umat Islam jangan memandang remeh gejala ini, ia akan pasti mengundang BALA ALLAH yang tidak terfikir oleh AKAL manusia……

Oleh yang demikian itu, saya menyeru kepada semua umat Islam……. Pastikan diri kamu, Isteri kamu, anak anak kamu supaya mentaati suruhan ALLAH dan meninggalkan larangannya…….. Sesiapa yang telah terlanjur menyesalilah perbuatannya dan bertaubatlah banyak banyak kepada ALLAH……. Sesungguhnya ALLAH itu penerima taubat sekiranya kita benar benar bertaubat…… Bertaubatlah sebelum terlambat……..Wallahuallam…..

Thursday, March 4, 2010

DARI CAMERA HANDPHONE SONY ERICSSON

ssalamulaikom / Selamat Sejahtera.....


Gambar Rumah UMMI AFIK IKHSAN


Gambar AFIK IKHSAN berumur 10 bulan


Gambar Arnab berusia 1 bulan


Gambar anak berusia 1 bulan 15 hari....

Wassallam..........

Wednesday, March 3, 2010

LEBIH BAIK BERPENDIRIAN BEBAS

Assalamulaikum..... Selamat sejahtera....

Sudah hampir 3 bulan berlalu tahu 2010 , Sejak itu aku tidak menulis berkaitan senario Politik tanah air, setelah aku berfikir dan berfikir serta terus berfikir maka akupun mengambil keputusan tidak lagi menyokong mana mana parti Politik, terutamanya UMNO…… Leni aku berpendirian bebas…….

Adalah sesuatu yang membazir dan menyakitkan otak bila aku berfikir tentang gelagat peminmpin dan ahli parti politik yang lebih banyak bercakap daripada bertindak. Gelagat mereka kadang kadang saperti orang hilang akal dan tidak ambil faham kadang kadang percakapan itu telah menyakiti orang lain……

Apa yang penting sekarangni lebih baiklah aku memikirkan tentang “BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT “…… melaksanakan semaksimum mungkin semua surahan ALLAH dan mengikuti SUNNAH NABI serta meninggalkan segala larangannya…… Itulah sahaja yang menjamin kita hidup kekal abadi di alam akhirat……

Kepada pemimipin dan ahli politik….. aku sentiasa berdoa agar mereka berhenti bercakap bohong, berdusta, khianat mengkhianati….. berhenti mengaibkan orang…..meninggalkan amalan RASUAH….. berhenti mengkedarah wang rakyat…..kembalilah kepangkal jalan dan bertaubatlah sebelum terlambat........

Kepada Pemerintah…..RAJA…. MENTERI……dan golongan pemerintah memperlihatkan diri sebagai pemerintah yang jujur, ikhlas, beramanah….. menjunjung tinggi perintah ALLAH dan SUNNAH Rasullah……. Ingatlah sebaik baik manusia, walaupun kamu dari golongan elit atau rakyat biasa…… manusia yang beriman serta bertakwa sahajalah yang disanjung tinggi disisi ALLAH…… ketahuilah NERAKA diwujudkan ALLAH bagi menempatkan manusia dari kalangan yang MENDERHAKAI suruhannya dan tidak berasa gentar bila melakukan yang mungkar…… Sesungguhnya janji ALLAH “SURGANYA” bagi menempatkan bagi manusia yang beriman yang sentiasa melaksanakan suruhan meninggalkan segala laranganya……Wassallam.....

Saturday, January 23, 2010

Aku Jadi Bidan Terjun

Assalamulaikukm / Selamat Sejahtera…….

Pada hari Isnin 19hb. Januray, 2010 semasa aku berkira kira hendak mandi tiba tiba aku dikejutkan dengan ARNAB peliharaanku yang diberi nama “ CUMI ” telah melahirkan anak sebanyak 5 ekor……. Semasa Arnab ini melahirkan anaknya terpaksalah aku jadi bidannya….. Aku sambut seekor demi seekor, bersihkannya dan diselimutkan dengan kain bersih dan disimpan dalam kotak…. Apa yang aku kesalkan Ibu arnabni bila dia ”beranak” dia tidakpun memperdulikan anaknya…… So aku terpaksalah letakkan Ibu Arnab ini dalam kotak dan masukkan anak anaknya di bawah perut Ibunya supaya dia dapat menyusukannya ……

Pada 20hb. January, 2010 semasa ku sedang berehat di rumah, tiba tiba aku dikejutkan Arnab peliharaanku yang seekor lagi yang diberi nama “ KIKI “ melahirkan anak pulak…..kali ini sebanyak 6 ekor……. Kali ini kawan kawan isteriku yang datang melihat Arnab ini yang jadi bidan pulak……. So sekarang aku ada 11 ekor arnab yang baru dilahirkan……. Oleh kerana Arnab arnab ini tidak tahu mengurus sendiri untuk menyusukan anak anaknya….. Jadi setiap hari aku terpaksalah mengaturselia 11 ekor arnab ini menyusu kepada Ibu Ibunya…… So sebagai ingatan aku perlihatkanlah anak anak arnak yang baru dilahirkan…….


Ini gambar KIKI


Ini gambar CUMI


Ini ngambar anak KIKI


Ini gambar anak CUMI


Baginilah saiz anak arnab uang baru lahir.... cunkan....

Tuesday, January 12, 2010

RUMAH BEKONSEFKAN IBADAH

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera kepada semua pembaca……

Pada Bulan December, 2009 yang lalu dengan izin ALLAH dapatlah aku menfaatkan sedikit wang simpanan bagi mengubahsuai sedikit Rumah yang aku miliki…… Tidaklah banyak, cuma sekadar RM15,000/- sahaja…… Inilah Rumahku yang telah diubahsuai….



Pandangan dari sudut hadapan



Pandangan dari bahagian dapor



Pandangan dari sudut dalam hadapan



Tempat rehat hadapan ruang tetamu



Pandangan ruang tetamu



Bilik kedua ini aku jadikan bilik Ibdah terutamanya semasa mengerjakan solat 5 waktu..... Sabenarnya sengaja aku wujudkan bilik solat ini.... kadang kadang aku kesian kat anak anakku....bila depa balik tak tau nak solat kat mana.... itulah sebab kadang kadang aku tengok depa tak solat..... So bila dah ada bilik solatni dan arah kiblat ditetapkan..... solatlah.... Sesungguhnya SOLAT itu wajib bagi orang yang mengaku dirinya beragama Islam......



Pandangan kepintu 2 buah bilik melalui bilik solat

<

Bilik terharu dusut bahagian tepi



Bunga orkit " Secantik Pagi " di ruang hadapan



ARNAB Peliharanku diberi nama - CUMI dan KIKI...

Dicatatkan sebagai Ingatanje....Wassallam.....