Waktu

Friday, October 22, 2010

NASIB PENJAWAT AWAM

Asslamulaikum / Selamat Sejahtera saentero dunia…..

Sudah sekian lama rasanya aku tidak menulis sesuatu di dalam blog…… tetapi kali ini terpanggillah pulak nak menulis sedikit cetusan rasa….. IMPIAN YANG TIADA KESAMPAIAN….. “ Penjawat Awam”……..
Pada petang jumaat 15hb. Oct, 2010 Perdana Menteri 1 malaysia membentangkan Belanjawan tahun 2011 dan ditunggu dengan penoh debaran dan harapan oleh seluruh Penjawat Awam…..Akhirnya Impian yang ditunggu saban tahun hancur berkecai …… Itulah nasib Penjawat Awam….. khidmatmu sentiasa diperlukan untuk menjana Ekonomi bagi kesejahteraan Negara…..
Tetapi akhirnya……. Jasamu dikenang…… tiada imbohan…… itulah nasib yang
Terpaksa ditanggong…….Mungkin saperti ungkapan orang bercinta……
“Cinta Memerlukan Pengorbanan….. kesian mereka……

Bagi aku sebagai pesara golongan sokongan, aku dapat merasai bagitu peritnya apabila sampai penghujung tahun, bilamana anak ditawarkan masuk ke Universiti….. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit diperlukan…..
Kemanakah wang harus dicari…… Intitusi kewanganlah tempatnya…. Akhirnya jadilah peminjam hingga kesaat persaraan…… Itulah realitinya kebanyakan Penjawat Awam…….. bagi aku,tidaklah bagitu kecewa kalau tidak dibagi Bonos RM500/- kepada pesara, tetapi alangkan baiknya bagilah Penjawat Awam sekurang kurangnya 1 bulan bonos…… aku memahami setiuasi ini kerana aku pernah merasainya……

Apa yang paling sedih lagi, mana mungkin sebahagian besar rakyat Malaysia boleh menjana “Pendapatan tinggi” menjelang 2020 jika “Gaji Minima” Pekerja swasta setakat RM900/- belum boleh diputuskan…… inikan pula untuk mencapai tahap pendapatan RM4000/- sebulan…… Satu kajian dibuat mendapati 43% rakyat Malaysia mempunyai pendapatan kurang RM700/- sebulan, kebanyakanya dari golongan bangsa Melayu…… Dari segi fakta cuba kita tanya pekerja pasaraya dan pembantu kedai, stesen minyak, pengawal keselamatan gaji mereka kurang dari RM700/- sebulan…… Aku tidak nampak bagimana golongan ini boleh menjana pendapatan RM4000/- sebulan bila menjelang tahun 2020……

Walaupun secara Amya PEMBENTANGAN BELANJAWAN TAHUN 2011 bagitu gah, tetapi kebanyakan rakyat tidak nampak apa yang mereka dapat…. Harga barang yang tidak pernah turun, perbelanjaan anak dalam pendidikan semakin membebankan, kadar jenayah yang sering meningkat, gejala social dan maksiat membimbangkan, kadar kebanjiran pendatang asing….. dan paling keritikal penglibatan Penguatkuasaan dalam penyalahgunaan kuasa dan Rasuah…. Contohnya pengankapan 7 Pegawai Imigerisen terlibat dalam penyeludupan Pendatang……. Harapkan Pagar Pagar makan padi….. Wallahuallam……

No comments: