Assalamulaikum / Selamat sejahtera………
Tanggal 17hb. November,2010 bersamaan 9hb. Zulhijjah, 1431 seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih sinonim dengan ‘ Hari Raya Korban”….. Secara kebiasaannya selepas sahaja menunaikan Solat Aidil Adha, maka dikerjakan upacara Korban di Masjid masjid, surau surau, di dewan dewan mahupun di rumah rumah berseorangan dengan mengorbankan (menyembelih) binatang ternakan yang dibenarkan, terutamanya lembu ….. kemudian dibahagi bahagikanlah daging dan peralatan lain terutamanya kepada yang bergelar fakir miskin….. yang lebih lebih lebihtu dibahagi jugak kepada orang orang kaya……
Bercerita pasal korban ini, maka aku mendapat tahulah ada jugak orang bukan Islam menghadiahkan beberapa ekor lembu kepada pehak Masjid dan surau untuk dikorbankan, Pensedekah lembu ini adalah dari bani Politik……aku heran jugak pasai apa depa bagi sedangkan dalam Islam “ IBADAH KORBAN’ ini berkaitan dengan agama Islam sahaja semasa musim haji….. pasai apa pulak bani Politik bukan Islam masuk campok dan bagi kat orang Islam “ Lembu” hendak dikorbankan….. pasai apa pada musim lain depa tak nak bagi ... Nak kata untuk dapat sokongan bila mengundi takan orang Islam bodoh sangat kot,Orang Islam leni dah ramai celek IT….Maklumat terkini dihujung jari…..takan pasai lembu sekok, kain batik , kain pelekat, bagi duit sikt nak undi depa kot… Kita tahulah nak pilih siapa pemimpin yang bagus dan beramanah……
Aku tanyalah pada AJK Masjid, surau yang terima hadiah korban ini…..Bolehke kita terima “ Pengorbanan ini”….. Depa kata apa salahnya kita terima, depa bagitu bukan duit depa, tapi duit peruntukan wakil Rakyat, lagipun lembu yang depa bagitu kita tak buat Ibadah Korban….. kita sembelih, dagingnya kita masak kaw kaw, kita bagi makan kat orang yang buat kerja korban…… Bagitulah alasan depa bila terima lembu ini dari bani Politik bukan Islam…….
Kemudian aku tanya pulak yang tak mau terima “ Pengorbanan “ ini……. Depa kata…. Kita tidak boleh terima lembu ini dari orang bukan Islam, permberian mereka semata mata atas dasar kepentingan Politik,…… mana boleh kita terima Lembu ini sedangkan dia tak fahampun pasal Islam….. main main terjahje….. lagipun pasai apa masa masa yang lain depa tak bagi….. oh bila raya hajije depapun sibuk nak bagi…..tunjuk baik kunon……cukuplah lembu lembu korban yang orang Islam bagi dah banyak, tak payah lah sibuk sibuk cari publisiti politik pulak….. Aku tanya pulak……Macamana lembu depa bagiku kita kita sembelih, masak dan bagi makan kat depa buat kerja korban……. Depa kata…Lembu itu halal dimakan, tetapi perbuatan itu yang tidak boleh…… Leni hampa tepok dada tanya selera……. Apa yang penting Ibadah ini hanya untuk orang orang beragama Islam sahaja, tidak kena mengena dengan orang orang bukan Islam….
Bagitulah sedikit senerio Ibadah Korban yang akan menjelang 2 hari lagi….. Cuma aku buat pendirian….. Aku akan menolong buat kerja korban di Masjid berdekatan dengan rumah aku, tapi aku takan makan dari daging lembu yang disembelih yang dibagi oleh bani Politik bukan Islam ini…..takapalah…….bagi aku terpulanglah atas kefahaman masing masing…..Apa yang penting “ IBADAH KORBAN” hanya orang orang yang mengaku dia beragama Islam……tidak kena mengena dengan orang orang bukan Islam……. Wassallam…….
No comments:
Post a Comment