Waktu

Thursday, November 11, 2010

AL - FATIHAH

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera…….

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah, maha pengasih lagi maha penyayang maha Selawat dan salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W…… Dari ALLAH kita datang dan kepadanyalah kita dikembalikan…….Beruntunglah orang orang mukmin yang sentiasa beramal soleh dan celakalah bagi orang orang sentiasa membuat kekufuran…….ALLAH menjanjikan Surga bagi orang orang bertakwa dan Neraka bagi orang orang yang sentiasa membuat kemungkaran……Bertakwalah kepada ALLAH dengan mematuhi segala sururanya dan meninggalkalah segala laranganya,

Pada tanggal 11hb. November, 2010 bersamaan hb. Zulhijjah, 1431 lebih kurang jam 5.45 pagi bersamaan hari khamis abang iparku bernama Hj Ismail dalam usia 87 tahun telah kembali kerahmatullah dalam keadaan tenang dihadapan isteri dan anak anak di Wad 4 Hospital Sri Manjung…… Al Fatihah….
Sebelum ini Allahyarham sudah hampir setahun tidak berupaya berjalan kuat, tapi tetap kusyuk mengerjakan solat….. Beliau dimasukkan di Hospitak Sri Manjnug apabila mengalami sakit dada 9hb. November, 2010…. Doktor mengesahkan kematianya akibat serangan sakit jantung dan implikasi buah pinggang….

Mengimbas kembali seamasa hidupnya….. beliau telah diuji dengan ujian yang maha berat, tetapi beliau tetap bersabar dengan ujian ALLAH ini…. Seamasa hayatnya iteri pertamanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya dengan meninggalkan 9 orang anak, kemudian berkawin dengan kakaku bernama Maisarah dikurniakan seorang anak lelaki, isteri keduanya juga mengalami kemalangan jalan raya dan patah dipergelangan kaki, dirawat hampir 1 tahun di Hospital Besar, Ipoh, Perak…… bila ditanya berkaitan kejadian ini….. Beliau menyatakan….. Ini hanya satu ujian yang kecil sahaja…… kita wajib menrima kadaq dan Qadarnya……

Beliau sangat aktif dan menjadi Ali Parti Islam semalaysia PAS) seumur hidup….. kuat beribadat dan sentiasa menyokong perjuangan parti menegakkan kebenaran Islam…Sentiasa komitit dan luhur dalam perjuanganya bersama sama PAS bagi menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran….. Aku kagum dengan sifatnya yang luhur itu…….

Sesungguhnya sebaik baik manusia….. Jika dipangjangkan umurnya sentiasa sujud kepada ALLAH , baik amal ibadahnya…… Seamalang malangnya manusia yang mengakui Islam itu agamanya……. Jika dinajangkan umurnya tetapi sentiasa melakukan kemungkaran dan tidak komitit dalam perjuangan mengeakkan kebenaran Islam…..Semuga ALLAH menempatkan Rohnya bersama sama kaum muslim yang solehen…… Amin yarabbalalamin……

No comments: