Waktu

Friday, December 31, 2010

INILAH GAMBAR PEREMPUANTU



Inilah gambar yang dikatakan di ROGOL Pak Menteritu.....

Komen aku :- Itulah akibatnya bila duit banyak kemampuan ada.... Suami nak beristeri lebih dari satu tidak dibenarkan..... So suami buatlah kerja macamtu.....

KALAU BETOI LETAK JAWATANLE......

MENTERI ROGOL AMAH - BETOIKENI

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera……..

Hari ini 31/12/2010….. Esok bermulalah tahun mesihi 2011…… Semua warga Malaysia menyambut tahun baru, tapi tak ramaipun yang sambut tahun Hijrah 1432….. itulah realitinya orang Malaysia…..

Walau apapun aku dah lama tak menulis dalam blog, idea melambak lambak, Cuma aku baca dalam blog blog depalah - Antara blog blog yang aku baca dank omen sikit……..antaranya…….
MANJUNG MARI, TUKAR TIUB, KELAB GREENBOC, SEDAKA SEJAHTERA, PENCACAI SEMALAYSIA, JALAN PULANG, DUNIA CACAMERBA, ANAK SUNGAI DERHAKA, ARUS PERJUANGAN, BIAQPILA, KEDAH LANIE, GIGITAN KERENGGA, BUDAK KAMPUNG ONLINE, MUSAFIR LALU, A MUM OF THREE MOHD, DAIRY KAYANGAN, MALAYSIA WAVE, dan banyak lagile ….. Berita yang aku selalu ikuti – MALAYSIAKINI –

Aku kesianle kat Surat khabar Arus perdana yang diberitakan kerugian berjuta juta ringgit…….Pasai apa boleh jadi lagutu…….Wartawan depa tak baguske…….. apa depa tulis, sampai orang meluat nak baca, jadi tak belile surat khabartu…….. macamana tahun 2011 hampa ubah sikit tulis kaw kaw, jagan peduli pasai depa…… kalau tak laku bukan depa nak tolong hampa,…..yang tolong rakyatle yang beli surat khabar hampa……MARI KITA BERUBAH…. Macam kata PAKATAN RAKYAT…… takan hampa tak faham kot…….

Baru ini jiran sebelah rumahku pekerja Tenaga Nasional (TNB) bagitahu tahun ini TNB bagi bonos 3 bulan gaji – Gaji dia RM2,000/- Jadi dia dapatle RM6,000/- ……. Macamana TNB bagi banyaktu……. Tapi BN bagi kat Penjawat Awam RM500/- sahaja…… LIM GUAN ENG bagus sikit dia bagi RM800/- Nak kata duit takde….. Isteri PM buat Wanita Pertama panggil wanita pertama kebanyakan orang Afrika habis 4.5 juta, takde apa apa hasilpun, bagi kat PERMATA 111 juta, Pi US habeh berjuta bolehle pulak…… Aku bukan apa aku kesianle kat hampa….. aku dah pencen kalau depa tak bagi bonospun takpa, tapi depa dah bagi aku ambikle jugak…..

BERITA TERKINI…….. PASAI KES JENAYAH…….. DEPA KATA ADA MENTERI YANG TERLIBAT DALAM KES ROGOL AMAH INDON……..AKU TAU SIAPA DIA……. KALAU BETUI…..MAI KITA TANYA MENTERI AGAMA…… BERTINDAKLE…..DEPA KATA JUGAK TUN BADAWI TAU CERITANI…… KALAU TUN NAK SOROK JUGAK……. SUBAHATLE NAMANYA…… ITU KALAU BETOI……KALAU TAK BETOI APALAGI SAMAAAAAANLE BLOGHERTU…….
Kesian kat Ammah Indon…….dari Rakyat biasa sampaike Menteri AMMAH INDO terinaya……

Last sekali aku nasihat sikit kat Polis…… pasai apa akuni sabenaknya POLIS PENCEN…… Aku baca dalam blok macam macam depa kata kat Polis, tapi bila aku fikek fikek apa yang depa katatu mamang betui…….. Cuma aku nak nasihatkan kat hampa….. buat kerjatu biakle berpada pada…… bacalah IGSO…… cuba fikek lojike orang Awam nak serang POLIS dengan parang sedangkan Polis ada pistul……. Kalau nak bagi alasantu biakle orang boleh percaya….. nanti kalau orang kata …… POLIS bodoh hampa marah…… Lagi satu aku ingatkan RASUAH RASUAHtu tinggaikanle…… bukan boleh kaya…… kan hampa gaji dah banyak…..
Sekian Wassallam……..

Sunday, November 14, 2010

LEMBU POLITIK

Assalamulaikum / Selamat sejahtera………

Tanggal 17hb. November,2010 bersamaan 9hb. Zulhijjah, 1431 seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih sinonim dengan ‘ Hari Raya Korban”….. Secara kebiasaannya selepas sahaja menunaikan Solat Aidil Adha, maka dikerjakan upacara Korban di Masjid masjid, surau surau, di dewan dewan mahupun di rumah rumah berseorangan dengan mengorbankan (menyembelih) binatang ternakan yang dibenarkan, terutamanya lembu ….. kemudian dibahagi bahagikanlah daging dan peralatan lain terutamanya kepada yang bergelar fakir miskin….. yang lebih lebih lebihtu dibahagi jugak kepada orang orang kaya……

Bercerita pasal korban ini, maka aku mendapat tahulah ada jugak orang bukan Islam menghadiahkan beberapa ekor lembu kepada pehak Masjid dan surau untuk dikorbankan, Pensedekah lembu ini adalah dari bani Politik……aku heran jugak pasai apa depa bagi sedangkan dalam Islam “ IBADAH KORBAN’ ini berkaitan dengan agama Islam sahaja semasa musim haji….. pasai apa pulak bani Politik bukan Islam masuk campok dan bagi kat orang Islam “ Lembu” hendak dikorbankan….. pasai apa pada musim lain depa tak nak bagi ... Nak kata untuk dapat sokongan bila mengundi takan orang Islam bodoh sangat kot,Orang Islam leni dah ramai celek IT….Maklumat terkini dihujung jari…..takan pasai lembu sekok, kain batik , kain pelekat, bagi duit sikt nak undi depa kot… Kita tahulah nak pilih siapa pemimpin yang bagus dan beramanah……

Aku tanyalah pada AJK Masjid, surau yang terima hadiah korban ini…..Bolehke kita terima “ Pengorbanan ini”….. Depa kata apa salahnya kita terima, depa bagitu bukan duit depa, tapi duit peruntukan wakil Rakyat, lagipun lembu yang depa bagitu kita tak buat Ibadah Korban….. kita sembelih, dagingnya kita masak kaw kaw, kita bagi makan kat orang yang buat kerja korban…… Bagitulah alasan depa bila terima lembu ini dari bani Politik bukan Islam…….

Kemudian aku tanya pulak yang tak mau terima “ Pengorbanan “ ini……. Depa kata…. Kita tidak boleh terima lembu ini dari orang bukan Islam, permberian mereka semata mata atas dasar kepentingan Politik,…… mana boleh kita terima Lembu ini sedangkan dia tak fahampun pasal Islam….. main main terjahje….. lagipun pasai apa masa masa yang lain depa tak bagi….. oh bila raya hajije depapun sibuk nak bagi…..tunjuk baik kunon……cukuplah lembu lembu korban yang orang Islam bagi dah banyak, tak payah lah sibuk sibuk cari publisiti politik pulak….. Aku tanya pulak……Macamana lembu depa bagiku kita kita sembelih, masak dan bagi makan kat depa buat kerja korban……. Depa kata…Lembu itu halal dimakan, tetapi perbuatan itu yang tidak boleh…… Leni hampa tepok dada tanya selera……. Apa yang penting Ibadah ini hanya untuk orang orang beragama Islam sahaja, tidak kena mengena dengan orang orang bukan Islam….

Bagitulah sedikit senerio Ibadah Korban yang akan menjelang 2 hari lagi….. Cuma aku buat pendirian….. Aku akan menolong buat kerja korban di Masjid berdekatan dengan rumah aku, tapi aku takan makan dari daging lembu yang disembelih yang dibagi oleh bani Politik bukan Islam ini…..takapalah…….bagi aku terpulanglah atas kefahaman masing masing…..Apa yang penting “ IBADAH KORBAN” hanya orang orang yang mengaku dia beragama Islam……tidak kena mengena dengan orang orang bukan Islam……. Wassallam…….

Thursday, November 11, 2010

AL - FATIHAH

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera…….

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah, maha pengasih lagi maha penyayang maha Selawat dan salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W…… Dari ALLAH kita datang dan kepadanyalah kita dikembalikan…….Beruntunglah orang orang mukmin yang sentiasa beramal soleh dan celakalah bagi orang orang sentiasa membuat kekufuran…….ALLAH menjanjikan Surga bagi orang orang bertakwa dan Neraka bagi orang orang yang sentiasa membuat kemungkaran……Bertakwalah kepada ALLAH dengan mematuhi segala sururanya dan meninggalkalah segala laranganya,

Pada tanggal 11hb. November, 2010 bersamaan hb. Zulhijjah, 1431 lebih kurang jam 5.45 pagi bersamaan hari khamis abang iparku bernama Hj Ismail dalam usia 87 tahun telah kembali kerahmatullah dalam keadaan tenang dihadapan isteri dan anak anak di Wad 4 Hospital Sri Manjung…… Al Fatihah….
Sebelum ini Allahyarham sudah hampir setahun tidak berupaya berjalan kuat, tapi tetap kusyuk mengerjakan solat….. Beliau dimasukkan di Hospitak Sri Manjnug apabila mengalami sakit dada 9hb. November, 2010…. Doktor mengesahkan kematianya akibat serangan sakit jantung dan implikasi buah pinggang….

Mengimbas kembali seamasa hidupnya….. beliau telah diuji dengan ujian yang maha berat, tetapi beliau tetap bersabar dengan ujian ALLAH ini…. Seamasa hayatnya iteri pertamanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya dengan meninggalkan 9 orang anak, kemudian berkawin dengan kakaku bernama Maisarah dikurniakan seorang anak lelaki, isteri keduanya juga mengalami kemalangan jalan raya dan patah dipergelangan kaki, dirawat hampir 1 tahun di Hospital Besar, Ipoh, Perak…… bila ditanya berkaitan kejadian ini….. Beliau menyatakan….. Ini hanya satu ujian yang kecil sahaja…… kita wajib menrima kadaq dan Qadarnya……

Beliau sangat aktif dan menjadi Ali Parti Islam semalaysia PAS) seumur hidup….. kuat beribadat dan sentiasa menyokong perjuangan parti menegakkan kebenaran Islam…Sentiasa komitit dan luhur dalam perjuanganya bersama sama PAS bagi menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran….. Aku kagum dengan sifatnya yang luhur itu…….

Sesungguhnya sebaik baik manusia….. Jika dipangjangkan umurnya sentiasa sujud kepada ALLAH , baik amal ibadahnya…… Seamalang malangnya manusia yang mengakui Islam itu agamanya……. Jika dinajangkan umurnya tetapi sentiasa melakukan kemungkaran dan tidak komitit dalam perjuangan mengeakkan kebenaran Islam…..Semuga ALLAH menempatkan Rohnya bersama sama kaum muslim yang solehen…… Amin yarabbalalamin……

Saturday, October 30, 2010

RESEPI PECAL MIBU BULAN

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera……

Pada hari ini bertarikh 31/10/2010 sekitar jam 10.45 pagi selepas sahaja sarapan pagi, melihat blog blog dan face book …… malaslah aku nak komen dan menulis berkaitan Politik, social yang sedang mengharu birukan Negara ini…… adalah lebih baik rasanya aku nak tunjukan kat kelian satu masakan yang menjadi kegemaranku…… sesiapa yang teringin bolehlah cuba……



BAHAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KUAH

200 gm kacang tanah- basuh seketika dan toskan.
12 tangkai cili kering- ) kerat, basuh dan toskan.
5 tangkai cili padi )
8 ulas bawang merah,
3 ulas bawang putih,
1/2 inci belacan yang siap dibakar
1 1/2 sudu besar udang kering- direndam,toskan seketika.
1/2 sudu teh pati asam jawa kampong + dengan 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
5 sudu besar gula puteh dan 1 sudu gula melaka atau gula merah.
1/2 cawan air

CARA MEMBUAT KUAH:

1. Masukkan minyak ½ cawan minyak dalam kuali, bila sudah panas
goring kacang tanah hingga stengah masak, angkat dan toskan.
2. Goring cili kering, cili padi – (2 – 3 menit) angkat dan toskan,
3. Goring bawang merah, bawang putih sahingga nampak layu dan berbau,
angkat dan toskan.
4. saebai-baiknya belilah belacan yang siap dibakar.
5. Sebaik baiknya carilah udang kering yang siap dikupas kulit –
berkealitilah sikit(Udang kering dan belacan ini jangan digoring)
6. Ambil blender bahagian kering – blenderlah kacang tanah tadi separuh
hancur atau sesiapa yang tak ada gigitu blenderlah hingga hancur,
masukkan kedalam bekas atau mangkuk yang besesuaian.
7. Masukkan cili kering, cili padi, bawang merah, bawang putih yang telah
digoring,belacan, udang kering, pati asam jawa, 1 sudu garam, 5 sudu
gula puteh, 1 sudu gula melaka atau gula merah, serta 1 cawan air
kedalam blender basah. Kisar bahan bahan ini sahingga sebati.Apabila
telah sebati angkat dan tuangkan kedalam bekas yang berisi kacang tanah
tadi, kacau hingga sebati. Jika sekiranya kelihatan pekat kuahnya
bolehlan dicampur air masak hingga bersesuaian dengan kecairanya.

Peringatan :- Sekiranya bahan tadi kurang pedas bolehkan dicampukan
dengan clili padi Yang dikiasr atau tambahkan air asam
jawa….. kalau kurang manis tambahle gula.

BAHAN BAHAN LAIN

1. Satu ikat pucuk ubi ( direbus),
2. Satu ikat kangkong (direbus),
3. 10 jalur kacang panjang (direbus),
4. 1 biji jantung pisang (Sebaik baiknya jantung pisang awak) - direbus
5. 2 ketul kek ikan ( digoring dan dipotong potong ikut kesesuaian)
6. 1 ekor sotong kembang ( kalau tiada bolehlah digantikan dengan isi
kerang yang telah direbus – lebih kurang ½ kg) - direbus
7. 2 ketul tauhu ( digoring) kemudian dipotong ikut kesesuaian.
8. 1 biji nenas madu ( dipotong kecil kecil – nenas ini bertujuan untuk
memaniskan bahan bahan ini)

Semua bahan bahan diatas tadi dimasukkan kedalam bekas yang bersesuaian,
ketika hendak makan campurkan bahan bahan tadi didalam mangkuk dan
tuangkan kuah pecal tadi dan gaulkan hingga sebati…… makanle…… pasti sedap……

SELAMAT MENCUBA…….

Friday, October 22, 2010

NASIB PENJAWAT AWAM

Asslamulaikum / Selamat Sejahtera saentero dunia…..

Sudah sekian lama rasanya aku tidak menulis sesuatu di dalam blog…… tetapi kali ini terpanggillah pulak nak menulis sedikit cetusan rasa….. IMPIAN YANG TIADA KESAMPAIAN….. “ Penjawat Awam”……..
Pada petang jumaat 15hb. Oct, 2010 Perdana Menteri 1 malaysia membentangkan Belanjawan tahun 2011 dan ditunggu dengan penoh debaran dan harapan oleh seluruh Penjawat Awam…..Akhirnya Impian yang ditunggu saban tahun hancur berkecai …… Itulah nasib Penjawat Awam….. khidmatmu sentiasa diperlukan untuk menjana Ekonomi bagi kesejahteraan Negara…..
Tetapi akhirnya……. Jasamu dikenang…… tiada imbohan…… itulah nasib yang
Terpaksa ditanggong…….Mungkin saperti ungkapan orang bercinta……
“Cinta Memerlukan Pengorbanan….. kesian mereka……

Bagi aku sebagai pesara golongan sokongan, aku dapat merasai bagitu peritnya apabila sampai penghujung tahun, bilamana anak ditawarkan masuk ke Universiti….. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit diperlukan…..
Kemanakah wang harus dicari…… Intitusi kewanganlah tempatnya…. Akhirnya jadilah peminjam hingga kesaat persaraan…… Itulah realitinya kebanyakan Penjawat Awam…….. bagi aku,tidaklah bagitu kecewa kalau tidak dibagi Bonos RM500/- kepada pesara, tetapi alangkan baiknya bagilah Penjawat Awam sekurang kurangnya 1 bulan bonos…… aku memahami setiuasi ini kerana aku pernah merasainya……

Apa yang paling sedih lagi, mana mungkin sebahagian besar rakyat Malaysia boleh menjana “Pendapatan tinggi” menjelang 2020 jika “Gaji Minima” Pekerja swasta setakat RM900/- belum boleh diputuskan…… inikan pula untuk mencapai tahap pendapatan RM4000/- sebulan…… Satu kajian dibuat mendapati 43% rakyat Malaysia mempunyai pendapatan kurang RM700/- sebulan, kebanyakanya dari golongan bangsa Melayu…… Dari segi fakta cuba kita tanya pekerja pasaraya dan pembantu kedai, stesen minyak, pengawal keselamatan gaji mereka kurang dari RM700/- sebulan…… Aku tidak nampak bagimana golongan ini boleh menjana pendapatan RM4000/- sebulan bila menjelang tahun 2020……

Walaupun secara Amya PEMBENTANGAN BELANJAWAN TAHUN 2011 bagitu gah, tetapi kebanyakan rakyat tidak nampak apa yang mereka dapat…. Harga barang yang tidak pernah turun, perbelanjaan anak dalam pendidikan semakin membebankan, kadar jenayah yang sering meningkat, gejala social dan maksiat membimbangkan, kadar kebanjiran pendatang asing….. dan paling keritikal penglibatan Penguatkuasaan dalam penyalahgunaan kuasa dan Rasuah…. Contohnya pengankapan 7 Pegawai Imigerisen terlibat dalam penyeludupan Pendatang……. Harapkan Pagar Pagar makan padi….. Wallahuallam……

Monday, July 26, 2010

POLIKUS MELAYU SEMAKIN SASAU

Assalamulaikum / Selamat sejahtera....

Senerio Politik bangsa Melayu semakin sasau……. Persoalanya kenapakah penghayatanya bagitu rupa…… Adakah intergeriti kepimpinan Melayu sudah hilang keupayaan daya berfikir….. atau pemikir Melayu yang bergelar professor, phd dan para sarjana yang fro – kontra terlalu banyak bercakap tanpa dapat merumus menilai impilakasinya terhadap pemikiran bangsa Melayu akar umbi…… media masa/letronik yang tidak berhenti henti mencari pepulariti murahan dan bersifat hipokrit tanpa mengutarakan fakta yang sebenarnya

Isu Perpaduan Melayu dicanangkan setiap hari……. ISU PERPADUAN Melayu dipolitikan oleh pemimpin yang berkepentingan yang sudah terasa kuasanya kian terhakis….. Apakah pemimpin ini sudah muhasabah dirinya….. Darimanakah kuasa ini diperolihi……. kenapa agaknya kuasa kian terhakis ? Apakah yang telah mereka lakukan hinggakan “ kuasa” ini hendak direntap….. fermula sayu MERAYUKAN Isu Perpaduan Melayu pastikah akan membantu “KUASA” ini dikembalikan…… atau orang sudah meluat melihat kepimpinan bersifat hipokrit dan “BIAS” …… Pemimpin harus memahami Bangsa Melayu sekarang bukan lagi berada di zaman feudal, kita berada dizaman teknologi IT…… segala maklumat terkini dihujung jari……. Pemikiran rakyat tidak sewenang wenangnya boleh dikotak katikkan…… Pemimpin, para serjana, para ilmuan boleh mengutara apa juga pendapat berdasarkan “ Segulung ijazah” tetapi anda harus ingat Rakyat akan menilai dan menerima pakai berdasarkan fakta dan bukan bersifat HIPOKRIT…….Berpijaklah dibumi yang nyata….. tinggalkanlah dongengan kosong “DUNIA KAYANGAN” yang memperbodohkan bangsa Melayu……

Seperkara lagi yang harus pimpinan Melayu fikirkan……. Anda tidak berasa hairankah kenapakah “ISU PERPADUAN” ini dicanangkan setiap hari…… Sedangkan kepimpinan bangsa Melayu sudah lebih mencukupi…….
Seorang DYM Yang di Pertuan Agong, 9 orang raja Raja Melayu, 4 orang Yang di Pertuan Negeri, 12 Menteri Besar, 3 orang ketua Menteri, Perdana Menteri, T/PM, Menteri, Timbalan Menteri, Wakit Rakyat, Ketua Polis Negara, KSN Negara, Ketua Tentera, Mufi mufti dan ramai lagi pemimpin dari kalangan bangsa Melayu…… pendek kata kebanyakan orang Melayulah jadi pemimpin…… Pohon ampunlah hamba berkata “Apakah kepimpinan ini buat bagi MENYATUPADUKAN bangsa Melayu……

Akhir Nukilan….. Marilah kita kembali kepada Jalan ALLAH dengan mematuhi segala suruhanya dan meninggalkan segala larangannya….. Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. menjadi ikutan melarikan kehidupan seharian…… Marilah kita beramai ramai mengerjakan “ SOLAT BERJEMAAH” dan bersalam salaman dan ingatlah ‘ Semua orang Islam bersaudara”…… Sesungguhnya SOLAT itu mencegah dari sebarang kemungkaran…… Sesiapa yang meninggalkan solat bertaubatlah dan kembalilah kejalannya semuga kita mendapat keredaanya…...Wassallam…….