Waktu

Sunday, May 23, 2010

KINI TINGGAL BERDUA....HU..HU...HU

Assalamulaikum / Selamat sejahtera……..

Masa berlalu terlalu pantas……. Itulah hakikatnya bila dunia menghampiri ke akhir zaman…… tahun hijrah sudah menjangkau bulan Jamdilakhir 1431 bagitu juga tahun masihi hampir melapasi bulan Mei, tahun 2010……

Pada 17hb. Mei, 2010 yang baru berlalu aku memperingati hari kelahiranku yang ke 60 ke dunia ini……. Sudah 4 tahun aku bersara dari Jabatan Polis Di Raja Malaysia…… kata orang kini aku bergelar “ Warga Emas “….. Apa yang " EMAS " aku pun tidak mengerti, walau apapun kehidupan aku saperti biasa sahaja……..

ZAMAN MUDA


Seminggu selepas berkahwin

Pada ketika aku berumur 23 tahun 3 bulan 27 hari bersamaan 15hb. Ogos, 1973 aku berkahwin dengan isteriku sekarang….. ketika itu aku hanya menerima gaji sebanyak RM135/- sebulan.... walaupun berada di bawah paras papa kedana kehidupan mesti diteruskan….. Ketika itu kami hidup BERDUA SEBAGAI SUAMI ISTERI……walau wang tidak ada, tetapi masih muda ceria….. Setelah menempohi berbagai bagai warna kehidupan yang yang gentir…… aku dikurniakan 6 orang anak…… Alhamdullillah kesemua anaku telah berjaya dalam akademik dan melakar kehidupan yang lebih berjaya…….

MASA TUA

Semasa di Langkawi
Saperti apa yang aku katakan…… Masa bagitu pastas berlalu…… kini aku telah tua…… dalam golongan orang berpencen….. lebih hampa lagi bila orang menggelar orang tua saperti aku “ WARGA EMAS “ … pun bagitu terasa juga dihati ini bila orang bertanya khabar….. perkataan yang mula mula disuarakan…… Bagaimana KESIHATAN ANDA SEKARANG?..... mungkinkah golongan orang tua saperti aku ini bila sudah tua pasti sakit?..... Entahlah akupun tak faham….. Sekarang ini setelah anak anak bekerja , 2 orang lagi masih belajar di pusat pengajian tinggi…… maka aku kembali saperti mula mula aku berkahwin dahulu….. tinggallah AKU BERDUA SEBAGAI SUAMI ISTERI….. walupun tidak lagi diparas kemiskinan tetapi sudah tua, segala segalanya tidak saperti dahulu lagi……. Tidaklah seceria saperti muda muda dahulu……

Alhamdullillah, ALLAH telah melanjutkan usiaku sampai kehari ini…… Muhasabah yang aku aku perolihi dalam kehidupan ini…… Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, apa yang sangat penting……. Memperbanyak ibadah dan kebaikan dudunia ini, semuga ALLAH meredai dan memberi ganjaran kehidupan di akhirat nanti…… BERTAKWALAH KEPADA ALLAH DENGAN MEMATUHI SEGALA SURUHANYA DAN MENINGGALKAN LAH SEGALA LARANGANYA…….. IKUTI SUNNAH NABI MUMAHAMMAD S.A.W dalam menjalani kehidupan seharian…….JANGAN TINGGALKAN SOLAT…… sesiapa yang meninggalkan SOLAT berdosa besar dan tiada ada manfaat dan sia sialah kehidupanya seharian dudunia ini…….

Petunjuk yang diperolihi, semuga mendapat keredaan ALLAH…… Sesiapa sahaja yang mengakui dirinya beragama Islam….. Matlamat 3A ini mesti ditanam dalam menajalani kehidupan seharian…..

A = AGAMA
A = AKADEMIK
A = AKHLAK

Wassallam………..

1 comment:

orren said...

Sungguh terharunya.....pasni cerita zaman muda2 dulu...boh gambar2 dulu2..baru best....gambar Orren kecik2 dulu mesti comel kan???