Waktu

Friday, March 4, 2011

HARI HARI MAKAN ROTI

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera…….

Sungguh pantas masa berlalu…… Bagitulah salah satu tanda diakhir zaman……. Ingatlah KIAMAT semakin menghampiri kita……. Adakah anda sudah bersedia menghadapinya……Muhasabahlah dan tanyalah diri sendiri “ Sejauh mana kita mematuhi segala suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laranganya…… Adakah Sunnah Nabi menjadi ikutan kita seharian…… Fikir fikirkanlah…… Sesungguhnya setiap manusia itu melakukan kesalahan…… dari itu sentiasa bertaubatlah memohon keampunan darinya……

Aku sudah lama tidak menulis apa apa dalaM blog, bukan aku malas, tetapi aku terpanggil atas peringatan seorang ulama menyatakan……. Semakin banyak kita bercakap, semakin banyak kita menulis bilamana kita tidak bersandarkan fakta dan nilai nila Islam……. Kita akan terjebak kepada PEMBOHONGAN, PENIPUAN, PENCACIAN, FITNAH dan MEMFITNAH……

KURSUS HAJI

Bermula 27hb, February, 2011n yang lalu aku bersama Isteri menghadiri Kursus Ibadah Haji di Masjid Al Hidayah, Sitiawan…… Kursus selama 18 minggu…… pada mulanya aku ingin mengrerjakan Haji melalui PEKEJ, tetapi Kosnya mencecah RM20,000/- jadi aku telah membuat rayuan pergi melalui MUASASAH yang kosnya L/kurang RM15,000/- Insyallah jika dizinkan ALLAH aku bersama Isteri akan mengerjakan Haji pada tahun ini……

KENCING MANIS TAHAP TERTINGGI

Awal bulan, February 2011, aku telah membuat pemeriksaan Kesihatan di Klinik Dr. Ismail berkaitan Penyakit Kencing Manis……. Setelah diperiksa mendapati bacaanya HI….. So aku diberi ubat dan dinasihatkan mengawal pemakanan setiap hari…… Aku Cuma makan 2 keping roti waktu pagi dan petang, manakala waktu tengahari aku hanya makan nasi satu cawan bersama sayur dan ikan sahaja…… serta minum air masak saja….. Pada mulanya aku terasa letih dan tidak bermaya…… sekarang sudah OK……. Rupa rupanya bila ALLAH mendatangkan kita penyakit bagini pasti ada hikmahnya…… Hikmah yang paling ketara…… kesihatan dan mengawal Perbelanjaan…… Aku bersyukur kepada ALLAH di atas kadaq dan kadarnya……



Wassallam…..




No comments: