Waktu

Sunday, October 19, 2008

KESAH SEDIH SEORANG IBU

Bismillahhirrahmanirrahim.............
Segala pujian bagi Allah yang memiliki sekelian Alam.... yang memiliki hari kemudian (pembalasan) , kepadanyalah kami sembah dan kepadanyalah kami pohon pertolongan..... sesungguhnya engkau maha adil lagi maha bijaksana..... Ku phonkan menfaatmu kehidupan didunia ini dan diakhirat dan hindarkan aku dan keluargaku, serta kaum muslimin dari seksaan api Nerakamu yang sangat dahsat dan takterperi itu........Amin ya rabalalamin.......

Apa yang aku paparkan pada nukilan ini satu kesah benar yang aku temui dan mudah-mudahan menjadi ingatan dan keinsafan sesiapa yang membacanya............
Pada suatu hari di waktu tengahari pada awal tahun 2006 semasa aku sedang menikmati air kelapa muda berdekatan sebuah Bank, aku ternampak seorang perempuan tua berbangsa Melayu berumur dalam lengkungan 60'n sedang mengutip tin-tin minuman kosong dan memasukkan dalam beg plastik. Aku hanya memerhatikan sahaja tidak terasa apa-apa. Kemudian aku pergi mesin ATM untuk mengeluarkan sedikt wang, tiba-tiba aku menoleh kebelakang perempuan tua itu menghampiriku sambil memberi salam....Aku pun menjawap salamnya dan dia meminta sedikit wang untuk makan tengahari... tanpa bicara banyak aku memberikan sedikit wang dan bertanyakan kenapa dia berkeadaan bagini.....pada ketika itu aku lihat ayer matanya mengalir dan aku biarkan dia pergi makan dahulu..... Sepepas dia makan aku hampirinya dan dia memberi sedikit maklumat berkaitan dirinya...... Selepas itu aku tinggalkan padanya sedikit wang dan pulang kerumah......
Oleh kerana sifatku seorang pegawai Penyiasat Polis, aku tidak semudah mempercayai apa yang diperkatakan seseorang sahinggalah aku sendiri menyiasatnya.... Aku pun pergilah kesebuah kampong dan menemui ketua Kampong berkenaan dan mendapatkan maklumat dari sumber lain dan kutemuilah cerita yang sedih ini.......
Perempuan tua ini tinggal dikampong ini menumpang di tanah wakap dan mempunyai 4 orang anak (3 lelaki, 1 perempuan), setelah anaknya membesar, 2 daripadanya telah menjejakkan kaki ke menara gading dan 2 lagi perkerja biasa dan telah berumah tangga...... Sejak kematian suaminya yang bekerja sebagai nelayan dia hilang tempat bergantung..... Dia pernah duduk di rumah anak-anaknya, tetapi tidak kekal kerana berbagai-bagai masaalah yang dihadapi.....Anak-anaknya jarang balik dan tidak pula memberi wang untuk perbelajaannya.....Untuk menyara kehidupan seharian dia keluar mencari apa-apa saja yang dikutip yang laku dijual untuk membeli makanan..... sungguh sedih kehidupannya...... Selepas itu aku tidak lagi temui perempuan tua ini.

Pada suatu hari pada akhir bula ramadan 1429 kira-kira jan 4.00 petang semasa aku hendak mengambil bubur lambuk di sebuah Masjid, tiba-tiba aku ternampak perempuan ini duduk ditangga Masjid..... Aku temui dia dan Alhamdullah dia masih lagi mengenaliku.... Aku bertanya khabar dan dengan linangan air mata dia menyatakan dia tinggal disini dan berbuka puasa di Masjid ini....Selepas memberikan sedikit wang..... dia berkata alangkah gembiranya sekiranya ada anaknya bersikap sapertiku...... aku sedih mendengarnya......sambongnya kalau diikutkan hati dia mahu sahaja dia mendoakan anaknya ditimpa musibah kerana tidak menghargainya sebagai seorang ibu.......Aku dekati dia dan memberi nasihat....... Doa Ibu sangat makbul....Jangan doakan sesuatu, pasti doa ibu akan dimakbulkan tuhan...... Biarkan anak kamu membuat kamu bagini, doakan mereka hidup bahagia.....dan doakan supaya mereka insaf dan kembali kejalan Allah dan kamu sentiasa memaafkannya.....Akhir kata aku bertanya hendak kemana selepas ini......Dengan nada sayu dia berkata.... Aku akan tinggal berdekatan dengan Masjid ini kerana bila aku mati pasti orang senang mengkebumikan aku......... Cerita ini hanya satu pengalaman yang diperlihatkan kepada ku.......

No comments: