Waktu

Tuesday, October 21, 2008

ATAS KEINSAFAN AKU BERHENTI MEROKOK

Bismillahhirrahmanirrahim………
Maha suci Allah pemerintah sekelian Alam, yang amat pemurah, maha pengasih lagi maha penyayang, kepadanyalah sahaja yang kami sembah dan kepadanyalah sahaja kami mohon pertolongan…….Manusia adalah sebaik-baik mahluk yang dijadikan Allah dan dibekalkan akal bagi orang-orang mahu berfikir….. sesungguhnya semua kejadian adalah di bawah ketentuannya………
Pada nukilan kali ini saya mempaparkan bagaimana dengan taufik dan hidayahnya Allah memberi keinsafan kepada ku berhenti dari Merokok………..
Aku mula menghisap rokok ketika umurku 15 tahun – purata sehari aku menghisap rokok 20 batang dari jenama rokok yang berjenama – Aku berhenti merokok ketika aku bermur 43 tahun apabila Allah memberi taufik hidayahnya dari periistiwa yang saya tidak pernah terfikir dan menduganya sama sekali……………
Pada suatu pagi bulan June 1993 selepas dari sarapan pagi, dalam keadaan hujan yang renyai-renyai, aku menunggang motosikal dari Berek polis pergi ke Pekan Kuala Nerang untuk membeli rokok…… Apabila sampai di sebuah kedai cina, aku ternampak seorang lelaki Melayu berumur dalam lingkungan 40’n sedang memegang 2 ekor ayam kampong……. Lelaki tersebut menghampiriku sambil menawarkan 2 ekor ayam dengan harga RM10/- bagi tujuan untuk membeli beras……kerana sebelum ini tidak sesiapa yang mahu membeli ayamnya....Oleh kerana aku agak perihatin dengan kesusahan orang lain, lalu aku ajak lelaki ini minum kopi dikedai berhampiran dan bertanyakan berkaitan keluarganya……. Lelaki ini memberitahu beliau bekerja sebagai penoreh getah dan mencari hasil hutan untuk menyara isteri dan 4 orang anaknya disebuah kampong yang jauh dipendalaman…….akibat dari hujan yang berterusan beliau tidak dapat mencari hasil hutan dan menoreh getah dan tiada wang lagi untuk membeli beras dan keperluan dapor……dengan nada sayu lelaki ini berkata isteri dan anaknya sudah 2 hari makan ubi rebus kerana tiada nasi untuk dimakan……… Aku sungguh terharu atas cerita lelaki ini, lalu akupun membeli 2 ekor ayam ini dengan harga RM10/- dan tidak jadilah aku membeli rokok dan membawa 2 ekor ayam ini balik… Anehnya aku terlupa pada hari itu untuk membeli dan menghisap rokok……
Selang beberapa hari kemudian, bertemankan seorang kampong yang aku kenali aku pergi kekampong lelaki ini dengan menaiki motosikal………… Alangkan sedihnya untuk masuk ke kampong ini hanya melalui lorong yang hanya boleh dilalui motosikal…….. Rumah lelaki ini diperbuat dari kayu hutan berlantaikan kayu bulat dan berdindingkan dengan buluh yang dijalin…… Disinilah keluarga ini meneruskan kehidupan yang tidak ada lansung kemudahan asas. Aku berilah sedikit bantuan yang terdaya, kerana kalau aku fikirkan akupun lebih miskin darinya kerana rumah yang aku tinggal berek Polis, sedangkan semiskin-miskin lelaki ini rumah ini miliknya……… Cuma sebagai seorang anggota Polis yang berpangkat sarjan……..gajiku tak seberapa……Cuma yang boleh dibanggakan kerana dibeberi kuasa menurut undang-undang – Sekira diukur dari sudut pendapatan anggota Polis adalah dari kalangan orang miskin---- Cuma segelintir sahaja yang berbangga kerana mereka itu hipokrit……. Atas keinsafan inilah Allah telah memberi taufik dan hidayahnya, saya terus berhenti dari merokok sahinggalah kehari ini….. Syukur Alhamdullih, maha suci Allah yang maha berkuasa atas sesuatu……Wassaalam

No comments: