Waktu

Friday, November 7, 2008

OBAMA - ANWAR IBRAHIM - Pemimpin berjiwa Rakyat

Assallamulaikum………….. Apakah khabar pembaca semua, Alhamduliillah semuga anda dianugerahkan nikmat kesihatan dan diberi akal untuk berfikir secara waras, Pada mulanya aku malas nak tulis dalam blog ini, tapi bila OBAMA menang saja dalam pemilihan presiden USA aku bersemangatle pulak, itulah dikatakan semangat OBAMA yang dapat menyuntik semangat kemanusiaan sejagat yang merentas pemikiran umat manusia seluruh dunia……. Apakah agaknya keistimewaan OBAMA ini…… Bagiku ia seorang pemimpin berjiwa rakyat, mempunyai pemikiran dan kepetahan berucap yang sangat hebat, kata-kata penoh fakta dan meyakinkan, beliau juga tidak membezakan taraf manusia yang diagong-agongkan pada suatu ketika dulu dan kini suasana sudah berubah, berfikir secara terbuka dan beliau adalah perintis teknologi kemanusiaan sejagat…….Bangsa Amerika tidak memilih beliau dari segi warna kulit, tetapi memilih dari sudut pemikirannya yang keriatif dan kesederhanaannya dari sudut politik, social dan mempunyai perancangan ekonomi yang liberal serta mempuyai pendekatan dasar luar yang tidak keras dan keterlaluan…….. Saya mempercayai seluruh dunia menantikan ketibaan pemerintahannya.
Sekarang mari kita lihat suasana di Malaysia pulak, adakah sesiapa yang berfikir adakah tidak ada pemimpin kita yang serupa dengan OBAMA atau hamper-hampir dengan OBAMA…… Mari kita hitung dan kaji dari pemikiran kira dari sudut pemimpin yang disenangi rakyat atau yang lebih dikatakan berjiwa rakyat di Negara kita. Politik dalam negera kita jauh berbeza dai USA…..kita sama-sama faham di USA ada dua parti Politrik sahaja iaiatu DEMOKRAT dan RIPUBLICAN, tetapi di Malaysia ada berpuluh-puluh parti Politik yang amat mengelirukan rakyat, walau apapun di Malaysia ada juga 2 elemen dalam pemerintahan……. Parti kerajaan dan Parti Pembangkang…..aku dah muak lihat persidangan parlimen, mereka asek bertengkar hingga memeningkan kepala yang di Pertua dewan, nasib baikle yang dipertua dewan dan timbalannya tidak ada penyakit jantung, kalau ada entahle dah mati kot kedua-dua orang tuatu…….
Apa orang nak kata atau nak fikirkan aku tidak peduli, tapi bila aku kaji dan hitung sedalam-dalammnya peminpin yang hampir dengan OBAMA yang layak hanya DATUK SRI ANWAR IBRAHIM sahaja……beliau adalah peminpin yang berjiwa rakyat dan disenangi oleh semua kaum di Malaysia, beliau mempunyai pendekatan yang relevan dalam mengurus ekonomi, tidak membezakan kaum dalam politiknya, tetapi tetap mempertahankan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Sekiranya system Politik di Malaysia sama dengan Amerika sudah pasti Datok Sri Anwar sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia……. Kita tidak payah mengkaji lebih jauh senerio ini, kita lihat sudah Keputusan Pilihan raya kecil PERMATANG PAUH, semua jentera kerajaan dan pemimpin BN dikerah untuk mengalahkannya, namun Rakyat memberi undi dimana mejerotinya melebihi dari yang diperolihi calun BN Datok Omar Shah…….. ANWAR IBRAHIM adalah orang yang paling layak seangkatan dengan OBAMA dan kemenangan OBAMA secara tidak lansong memberi kelebihan dan sokongan uang padu kepada Anwar dimasa akan datang.
Walau bagaimanapun aku sering tertanya-tanya kemana perginya saudara EZAM MOHD NOR yang rujuk kembali kepada UMNO yang mana semasa kemasukannya bertujuan untuk memberi kometmen memerangi Rasuah dan Penyalahgunaan kuasa……… Di Media masa, eletronik dan blok-blog hari-hari mempkoskan elemen RASUAH dalam pemilihan UMNO dan, bagitu juga dalam urusan kontrek kerajaam dan lapuran ketua Audit Negara……. Apa dah dah jadi dengan BPR……takkan nak diam kot elememn Rasuah, Dulu bila MB Kelantan sebut ada orang nak bagi Rasuah padanya, dengan pantas BPR siasat, tapi bila tengku Razali Hamzah kata ada bahagian mahu 2 Juta Ringgit untu memilih calun periseden BPR tak siasatke?..... takutke nak siasat atau tak reti nak siasatke atau dapat arahan supaya jangan siasat, pasal melibatkan parti UMNO, Pegawai BPR dah bacakah Perlembagaan Malaysia, adakah ada dalam perlembagaan tersebut menyatakan kalau melibatkan rasuah dalam parti UMNO ada pengecualian….tak perlu siasat. Kepada Saudara EZAM MOHD NOR kenapa kamu tidak memerangi Rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam UMNO saperti yang kamu janjikan dahulu. Kamu sudah hilang taring dalam erena Politik maupun dalam UMNO di Malaysia, kamu hanya mampu melalak tapi tak memberi apa-apa kesanpun……Umpama Anjing menyalak Bukit, kesiankan……

1 comment:

CurieDesigner said...

ye ke anwar boleh disamakan ngan obama... hmm..