Waktu

Friday, November 14, 2008

PANASNYA POLITIK WANG...........

Assallamulaikum………Apa khabar semua…….terutamanya orang-orang Umno, pasal akuni takle memihak kat sesiapa dan bukanle nak kutuk orang Umno,lagipun bukan semuanya orang umno tak baik, yang baik banyak jugak, tapi aku nak ceritalah sikit pasal orang Umno cakap, blog-blog tulis dan berita yang disiarkan media arus perdana, tapi aku tak tahulah nak cakap apa akhbar arus perdana tulis kerana aku dah 6 bulan aku tak beli akhbar, bukan aku takde duit tapi aku menyampah dengan akhbar berkenaan………

Oklah aku nak cakap pada orang Umnoni pasal POLITIK WANG dalam mesyuarat Ketua- ketua Bahagian Umno baru-baru ini……Tengku Ahmad Redauddin cakap beliau ada terima 900 aduan Politik Wang dalam mesyuarat perwalkilan berkenaan………kalau nak kira banyaktu…....tapi dia tak bagitahu pula berapa banyak WANG HARAMTU mengalir dalam darah orang UMNO yang beragama Islamtu….. Itu yang dilapurkan, yang tidak dilapurkan berapa banyak lagi taktaule aku……….Kenapalah orang UMNO boleh jadi macamtu, nak kata dia orang tak tahu hukum, semuanya mereka beragama Islam……tak taulah pulak aku kalau merekatu namaje Islam, tapi taktau halal haram……

Apa yang aku tahu, orang bagi rasuahtu mestilah orang yang banyak duit, kalau dia takde duit macamana nak bagi rasuah, lagi satu orang yang minta rasuahni taule pulak orang yang nak bagi Rasuahtu mesti ada duit banyak, tapi macamana pulak depani banyak sangat duit, dari mana depa dapat………
Yang aku paling heran, BPR tak banyakle cakap pulak……. Kot-kot depapun orang UMNO tak taule aku……..aku agakje…….Macamana pulak Lembaga Disiplin UMNO yang diketuai Tengku Ahmad Ridaudin……mampuke dia nak siasat 900 aduantu…..Aku cakapni bukan apa diatu dah tua, patut - patut gentile dengan orang lain yang lebih bersemangat dan berkobar-kobar…..macam EZAM MOHD NOOR ke……
Lepas pencenni aku rasa nakle masuk UMNO, tapi bila aku baca hari-hari macam-macam kerenah UMNO – Aku rasa macam tak boleh percayaje Macamana UMNO boleh jadi pembela orang Melayu…….Jadi aku nak cuba-cuba tengokle parti PAS pulak…….Sekurang-kurangnya berteraskan Agama Islam dan tak terdengarle pulak ada Politik Wang…….Agak-agakle kalau kita lihat lambang UMNO dengan PAS yang mana satu lebih senonim……....

No comments: