Waktu

Thursday, November 20, 2008

RAZAK BAGINDA BELA NAJIB

Assallamulaikum………Sebelum aku menulis dalam artikal yang penuh kontrovesi ini, terlebih dahulu aku ucapkan selamat membaca dan minta maaflah kalau tak selesa apa yang aku tulis………..Pada jam 7.00 petang 20/11/2008 semasa aku sedang mendengar berita NTV 7 aku dikejutkan satu berita “ABDUL RAZAK BAGINDA ‘ yang dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi dari bersubahat membunuh Altantuyya Sharribu mengadakan sidang Akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur . Dalam Sidang Akhbar tersebut beliau merayu dengan penuh sedih supaya sesiapa sahaja hendaklah menghentikan memfitnah Datok Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dengan wanita Monggolia Altantuyya Sharibbu, malahan katanya Datok Najib dan isterinya tidak pernah mengenali wanita yang hamper menjadi debutu……Dia tidak cakap pulak Altantuyya yang datang Ke Malaysia untuk menemuinya atas urusan peribadi,apabila ditanya oleh pemberita dia cuba mengelakle pulak dan berkata wanita itu sudah tiada lagi duniani……..Dia kata Jangan membuat pertuduhan kalau takde bukti kukuh dan fakta yang jelas, kalau tidak apa yang diperkatakan berunsur fitnah……

Maka akupun tertanya-tanyalah pulak adakah Abdul Razak Bagindani apa dia cakap ada bukti kukuh atau ada fakta-fakta yang jelaske siapa yang menabor fitnahni, siapa pulak merekani, apa yang mereka tulis, kalau bloger, siapakah blogernya, kenapa tak berani nak bagi fakta dan bukti kukuh, main hentam sajeke?........Aku bekas Pegawai Penyiasat Jenayah PDRM lebih arif kalau nak sembang pasal pakta, bukti kukuh dan frima facei…….Kalau berani cakaple siapa yang memfitnah Datok Najib dan Rosmah Mansor, beri fakta dan bukti kukuh supaya semua rakyat faham dan mempercayai apa yang dikatakannya……Apa dia ingat Rakyat Malaysia boleh diperbodohkan …….Altantuyya datang ke Malaysia cari siapa? Apa yang dia hendak?...... Lepas dia mati 2 anggota Polis yang tak pernah kenal Alatantuyya dituduh membunoh wanita itu dan sekarang merengkok dalam penjara sementara menanti tarikh membela diri kerana menurut hakim pendakwa berjaya memnimbulkan Frima Facie dalam kes ini.
Aku tertanyale lagi apa pasal dia sibuk nak bela Datok Najibni, Apa sebab gerangannya?...... Adakah ada orang percaya cakapnya kerana semua orang tahu dia yang paling kenal dengan Altantuyya tiba-tiba dia merayu pulak jangan fitnah Najib?......Siapa fitnah Najib?.......
Kalau betul dia nak bela Datok Najib, pergile BERSUMPAH ke Masjid saperti yang dibuat oleh Shaiful Bokhari terhadap Datok Sri Anuar Ibrahim…….manale tahu kot-kot semua orang Islam akan percaya macam sumpah Shaiful Bokhari……..

Aku adalah peminat blog dan laman Web, aku baca semua apa yang mereka kata, tapi aku tak baca surat khabar arus perdana kerana kalau aku dapat peripun aku tak baca kerana aku menyampah dengan akhbar berkenaan. Aku nilai sendiri dan tidak pernah fitnah sesiapa, Cuma yang aku cakap apa yang diktakan oleh berita Arus Perdana yang kadang-kadang apa yang mereka cakap seolah-olah Rakyat Malaysia semuanya bodoh dan tak tau apa-apa……..Bagiku Razak Baginda …..Mahkamah telah membebas dan melepaskan kamu dan Pendakwa Raya tidak membuat rayuan pembebasan kamu maknanya kamu tidak boleh lagi dituduh di mana-mana Mahkamah diatas pertuduhan yang sama….. So eloklah kamu berihat bersama keluarga kamu. Jadikan iktibar kamu dipenjara adalah satu dugaan tuhan supaya kamu sedar dan insaf dan bertaubatle kalau ada apa-apa yang kamu ada melakukan kesalahan.....
Bagi kita yang beragama Islam wajib mempercayai Allah itu maha adil, maha melihat dan maha mengetahui apa yang kita lakukan,maha berkuasa atas sesuatu,maha penyayang,maha bijaksana dan maha pengampun……..Disamping itu Allah juga telah memperingatkan kita apa yang kita buat yang jahat kita akan merasakan pembalasan diakhirat nanti dan orang yang beralamal soleh juga akan dibalasnya……Itulah sebabnya Allah jadikan Suatu tempat yang amat menggerunkan bernama NERAKA dan dijadikannya juga suatu tempat yang terlalu indah dan nikmatnya bernama SHURGA dimana dibawahnya mengalir beberapa sungai…….
Ingatlah Kiamat kecil iaitu “ KEMATIAN “ akan menunggu kita pada bila-bila masa dengan tidak mengira tempat dan usia………. Jangan kita beranggapan yang tua akan mati dahulu dan yang muda akan mati kemudian…….Kuasa ALLAH tidak boleh difikirkan dengan logik Akal……..Sesungguhnya kita adalah hamba ALLAH sentiasa berada di dalam kerugian kecuali sebahagian kecil sahaja bagi orang-orang yang sentiasa bertakwa........………

No comments: