Waktu

Sunday, November 9, 2008

KESIANNYA ALTANTUYA SHARIIBUU.......

Assallamulaikum……Aku bersyukur kehadrat Allah kerana diberi nikmat kesihatan dan diberi akal untuk mencurahkan sedikit nukilan yang terpancar dari pemikiran sendiri bagi mempaparkan senerio Jenayah yang menggemparkan dunia pada tahun 2006. Tulisan aku ini tidak bermaksud untuk memperikaikan perundangan yang sedia berjalan, tetapi aku menulis dari segi pengelaman dan pengamatan Undang-Undang selama aku bertugas Sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah dalam Pasukan Polis Di raja Malaysia hampir 13 tahun……..
Apa yang aku nak katakan ialah berkaitan dengan seorang Wanita berbangsa Moggolia bernama ALTANTUYA SHARIIBUU berumur 29 tahun yang datang ke Malaysia pada 6hb. Oktober 2006 untuk mencari seorang yang dikenalinya bernama Abdul Razak Baginda yang tinggal di Damansara. Keanihanya mula terserlah semasa kedatangan wanita ini ke Malaysia melalui KLIA di Sepang tanpa dapat dikesan oleh pehak berkuasa Emigeresen walaupun mempunyai peralatan yang canggih. Akupun pernah juga ke luar Negara sebanyak 2 kali kerana mekerja UMRAH, aku diperiksa rapi sama ada di KLIA atau di Madidah dan Jedah, tapi Altantuya ini mungkin mempunyai ilmu gaib yang tidak boleh dikesan oleh peralatan teknolgi terkini……..Sungguh hebat dan maha hebat……

Mengikut cerita yang tersebar luas Alatantuya datng ke Malaysia hendak berjumpa dengan Abd Razak Baginda dan meminta wang sebanyak 500 ribu US dari Abd Razak Baginda….....Kalau betul dia minta duitni atas alasan apa?......Pada ku mesti ada sesuatu yang sangat penting hinggakan minta sampai 500 ribu US…… Apa yang dibuat dan dijanjikan Abd Razak Baginda kepada wanita ini. Sekiranya tidak ada apa-apa yang dibuat dan dijanjikan oleh Abd Razak Baginda atas wanita ini permintaan wanita ini boleh dikelasifikasikan dalam undang-undang “ CUBA MELAKUKAN PEMERASAN “ di bawah Seksyen 384 Kanun Kesiksaan, tetapi anihnya Abd Razak Baginda tidak pula membuat lapuran Polis atas “ PEMERASAN” ini . Apa yang hendak disembunyikan oleh Razak Baginda kerana takut membuat lapuran Polis….. mesti ada…..ada dan ada yang tersirat dan tidak boleh dirungkai dengan bersurat…… Sekiranya Lapuran Polis dibuat oleh Razak Baginda atas “PEMERASAN” ini bagiku senang sahaja…….Kalau aku jadi pegawai Penyiasat tidak sampai 1 jam mesti dapat jawapan apa yang tersirat dalam difinasi PEMERASAN ini…..

Sekrang kita lihat apa yang terjadi pada ALTANTUYA SHARIIBUU ……….
Pada 19 oktober 2006 wanita ini buat kecoh dihadapan rumah Razak Baginda kerana Razak Bainda tidak mahu menemuinya, jadi pehak Polispun dipanggil dan wanita ini mengikut ceritnya dibawalah ke balai Polis untuk mententeramkannya……Almaklumlah tugas utama Polis ialah “ Untuk Menjaga Kemanan dan keteneraman Awam……. Selepas itu wanita ini tidak kelihatan lagi……. Kemana agaknya dia pergi…… dah balik ke Monggoliake…….

Pada 07hb. November 2006 di hutan Puncak Alam Selangor terjumpanya cebisan tulang manusia bertaburan dan dipercayai diletupkan dengan bahan letupan….. Maka pehak Polispun mulalah menjalan siasatan. Setelah pengumpulan bukti maka serpihan tulang bertaburan dimuka bumi Puncak Alam itu milik wanita Moggolia bernama Altantuya Shariibuu dan disahkan dibunuh kejam dengan bom….. Kesiannya dia……Kenapale pulak wanita ini perlu dihapuskan hingga hampir menjadi debu dari muka bumi ini………apa salahnya hingga wanita ini dihapuskan bagitu rupa…….Jika dia dibunuh dan tidak dihancurkan adakah memori otaknya boleh mempaparkan apa yang tersirat bagitu besar dalam sekren . Akupun berfikirlah mungkin juga kerana teknologi terkini boleh mengolahnya…….. So perlulah kot dihancurkan………
Seluruh rakyat Malaysia tergamam dan dunia gempar dengan peristiwa ini……...Media masa, media letronik, blog-blog hari-hari mempaparkan peristiwa bersejarah ini, ada menulis macam-macam, ada yang membuat andaian macam -macam dan ada yang berani tuduh orangni dan tuduh orangtulah, aku baca saja tapi tak beranilah nak tuduh, bukan aku takut, tapi aku bekas Pegawai Penyiasat Jenayah, bila kita bercakap mesti ada fakta yang menyokong fakta itu barulah ada relevannya . Cuma yang aku tulis ini berdasarkan pengelaman siasatan Polis sahaja…..Hasil dari siasatan Polis maka pada bulan November,2006 maka tertangkaplah 3 Individu yang dikaitkan dengan pembunuhan terkejam ini . Siapakah mereka ini dan apa kaitan dan motifnya hinggakan wanita ini –perlu dihapuskan dari muka bumi ini……… Setelah kertas siasatan yang dibuka bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan segala bukti fizikal, forensic dan saksi-saksi kertas siasatan ini dimajukan kepada Pendakwa Raya (Polis tidak ada kuasa mengarahkan pertduhan bawah Sek.302 ) maka 3 Individu telah dituduh di Mahkamah pada 4hb. June, 2007 kerana bersama-sama membunuh wanita Moggolia ini dengan bahan letupan yang diaorang kata jenis C4 – akupun tak tahu apa C4 tu……pehak tentera pasti tahukan……..Ketiga-ketiga mereka ialah…..
Pertama tentulah Abd Razak Baginda ,
keduan Chip Inspt Azilah Hadri
Ketiga : Kopral Sirul Omar
Alangkah sedihnya bila didapati tertuduh Chip Insp Azilah dan Kopral Sirul merupakan Anggota Polis yang diberi kepercayaan dan gajinya dibayar oleh Rakyat untuk menjaga keamanan dan ketenteraman Awam telah dituduh melakukan pembunuhan terkejam ini. Betulke agaknya Chip Insp Azilah dan Kopral Sirul ini dikatakan sanggup melakukan pembunuhan maha kejam ini………Inilah yang aku nak fikirkanni…….Apakah sebab dan keberengkalian motifnya……..pada hal semua orang tahu wanita ini datang ke Malaysia nak jumpa Abd Razak baginda untuk mnyelesaikan masaalah peribadinya dan tidak kena mengena lansung dengan kedua anggota Polis ini, tapi tiba-tiba kedua mereka ini pulak dikatakan melupuskan wanita ini dari muka bumi……tentulah PELIK dan HAIRAN kan…… Berdasarkan terdapatnya PRIMA FACIE maka mereka ktiga-tiga ini dituduhlah bersama-sama melakukan pembunuhan wanita ini……Bila pertuduhan dibacakan di Mahkamah maka bermulalah episut perbicaraan yang maha panjang (151 hari). Saya tak mahulah mengulas intipati perbicaraan ini kerana itu hak mahkamah dan hakim yang menentukan dalam mengambil keputusan Pengadilan ini…….

Pada 31/10/2008 jam 9.50 pagi maka Hakim Mahkamah tinggi telah membuat keputusan tertuduh Abd Razak Baginda di bebas dan dilepaskan dari pertuduhan bersubahat membunuh wanita Monggolia Altantuya Shariibbu kerana peguam bela berjaya menimbulkan keraguan dalam prima facie tertuduh………..tetapi kedua-dua tertuduh anggota Polis (Azilah dan Sirul) pendakwa berjaya menimbulkan prima facie dan dikehendaki membela diri di Mahkamah bermula 10hb. November 2008 (esok)……. Kita ikuti epesut seterusnya apa yang akan jadi pada mereka dan kita tunggu juga adakah keputusan Hakim atas Abd Razak Baginda pehak Pendakwa Raya akan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi……. Jika tidak Abd Razak Baginda tidak boleh dituduh lagi di bawah Sek 302 Kanun Kesiksaan dan terlepaslah dia walaupun semua orang tahu Altantuya datang ke Malaysia untuk mencarinya…….Walau apapun aku berharap dan berdoa agar keberengkalian motif pembunuhan maha kejam ini terungkai apabila kedua-dua anggota Polis ini membela diri……… Bagiku keputusan Penghakiman mesti dihormati dan tidak boleh dipertikaikan………Cuma yang aku nantikan…….Siapalah pulak yang mengarahkan kedua-dua anggota Polisni membunuh Altantuya Sharibbu…..Apakah mereka juga ada kepentingan……..Kepentingan apalah agaknya yang telah meruntuhkan maruah isteri,anak-anak, kaum keluarga, bangsa Melayu dan yang amat tercemarlah imeg Pasukan Polis Di Raja Malaysia……….. Walau apapun kita jangan lupa ALLAH maha berkuasa,maha melihat,maha mengetahui tiap sesuatu, kita adalah dibawah kekuasaannya. Aku sentiasa berdoa semuga ALLAH memperlihatkan kepada kita siapa yang benar-benar terlibat dalam kes ini……..Sebagai seorang yang beragama Islam aku percaya orang yang menzalami atas orang lain jika beliau tidak bertaubat dan menyesali atas perbuatannya pasti akan menerima pembalasan………….

No comments: