Waktu

Sunday, September 6, 2009

SELEPAS 15 HARI BERPUASA

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera one Malaysia……
Pada awal Ramadzan yang lalu aku menulis dalam blog untuk menfaatkan
“ AZAM “ di bulan Ramdazan. Setelah berpuasa 15 hari sampailah masanya untuk menilai index prestasi “azam” dari pespektif objektifnya. Secara keseluruhannya aku berjaya mencapai indek prestasi utama sebanyak 80%. Alhamdulillah bersyukur aku kehadrat ALLAH yang telah mengizinkan aku mencapai indek prestasi utama sedemikian…….

AYAM PANGGANG REMPAH BERSALUTKAN MADU

Buat pertama kalinya ,setelah 10 hari berpuasa aku berkunjunglah ke pasar Ramadzan…… Di tengah tengah kesibukan dan ramainya manusia di pasar ramadzan ini aku singgahlah di satu gerai menjual Ayam Panggang Rempah bersalutkan madu…… Oleh kerana teringin akupun belilah separuh ayam panggang dengan harga RM8/- Ketika berbuka puasa, aku menjamahlah ayam panggang ini untuk dimakan…..alangkah malangnya ayam panggang itu terasa berbau busuk dan tidak boleh dimakan. Terkilanlah aku petang itu tak dapatlah makan ayam panggang rempah bermadu….

Pada petang esoknya aku pergilah berjumpa dengan peniaga ini……dengan nada perlahan aku bisikkan ketelinganya….. Kenapa jual ayam panggang yang sudah berbau….. aku lihat mukanya berubah dan dia memohon maaf …..dia mahu menggantikan dengan ayam baru….. lantas aku berkata….. Aku menghalalkan apa yang aku beli, tetapi sebagai peniaga… Jangan hampakan pembeli…. Sekarang bulan puasa bersedekahlah sedikit jangan pentingkan keuntungan sahaja…… Sejak dari hari itu sampailah sekarang aku tidak lagi pergi ke pasar ramadzan….. Sesungguhnya makanan yang dimasak oleh Isterikulah yang paling sedap dalam dunia ini……. Hargailah pengorbanan seorang isteri……

DI HOSPITAL MANJUNG

Pada hari khamis yang lalu aku bersama isteri pergilah ke Hospital manjung untuk mendapatkan rawatan Rutin….maklumlah dah tua….. orang kata dah tua tuani Hospitalah tempat yang senonim…..Pada hari itu orang tidaklah bagitu ramai, tetapi terdapat jugalah orang orang yang memakai toping dan ramai juga yang tidak pakai termasuk aku dan isteriku……Apabila sampai giliran aku masuklah berjumpa Doktor dari keturuanan cina puteh bersih bertoping……setelah diperiksa tekanan darah dapati bacaanya 80/130….. Kolestrol seimbang…..Kandungan gula dalam darah dalam angka 8….agak tinggi sedikit, tapi terkawal….. Semasa aku keluar Dr. berkata… Tekanan darah en. macam orang muda…. Aku tersenyum bangga dan mengucapkan terima kasih sambil berkata…. Walaupun seseorang itu sudah tua…. Ada kalanya perlu berfikir saperti orang muda…. Selamat Berpuasa….. Wassallam….

No comments: