Waktu

Saturday, January 23, 2010

Aku Jadi Bidan Terjun

Assalamulaikukm / Selamat Sejahtera…….

Pada hari Isnin 19hb. Januray, 2010 semasa aku berkira kira hendak mandi tiba tiba aku dikejutkan dengan ARNAB peliharaanku yang diberi nama “ CUMI ” telah melahirkan anak sebanyak 5 ekor……. Semasa Arnab ini melahirkan anaknya terpaksalah aku jadi bidannya….. Aku sambut seekor demi seekor, bersihkannya dan diselimutkan dengan kain bersih dan disimpan dalam kotak…. Apa yang aku kesalkan Ibu arnabni bila dia ”beranak” dia tidakpun memperdulikan anaknya…… So aku terpaksalah letakkan Ibu Arnab ini dalam kotak dan masukkan anak anaknya di bawah perut Ibunya supaya dia dapat menyusukannya ……

Pada 20hb. January, 2010 semasa ku sedang berehat di rumah, tiba tiba aku dikejutkan Arnab peliharaanku yang seekor lagi yang diberi nama “ KIKI “ melahirkan anak pulak…..kali ini sebanyak 6 ekor……. Kali ini kawan kawan isteriku yang datang melihat Arnab ini yang jadi bidan pulak……. So sekarang aku ada 11 ekor arnab yang baru dilahirkan……. Oleh kerana Arnab arnab ini tidak tahu mengurus sendiri untuk menyusukan anak anaknya….. Jadi setiap hari aku terpaksalah mengaturselia 11 ekor arnab ini menyusu kepada Ibu Ibunya…… So sebagai ingatan aku perlihatkanlah anak anak arnak yang baru dilahirkan…….


Ini gambar KIKI


Ini gambar CUMI


Ini ngambar anak KIKI


Ini gambar anak CUMI


Baginilah saiz anak arnab uang baru lahir.... cunkan....

No comments: