Waktu

Sunday, December 28, 2008

Jangan dipermain hukum ALLAH (HUDUD)

Assallamulaikum………….
Alhamdulillah aku dilahirkan sebagai manusia yang beragama Islam, dengan taufik dan hidayah Allah aku sedaya upaya dapat menjalankan segala suruhan dan mininggalkan segala larangannya. Tujuan aku menulis kali ini kerana terpanggil dengan kebodohan sebilangan kaum muslimin yang mempertikaikan hukum HUDUD dan ada pulak dari kalangan manusia yang bukan beragama Islam juga bercakap pasal hudud sedangkan mereka tidak pun mempercayai agama Islam itu sendiri. Ada kalangan kaum muslimin yang yang bagitu jahil menjadi BATU API bagi menakut-menakutkan kaum bukan muslim demi menjaga kepentingan politik mereka yang aku kira untuk mengembalikan kepercayaan kaum lain yang telah hilang kepercayaan kepada mereka…….
Sejak dari zaman kegemilangan Islam kerajaan Melaka lagi mereka telah menjalan hukum Allah berlandaskan Al Quran dan hadis dan siapapun tidak mempertikaikan ketika itu. Selepas Kekalahan kerajaan Melayu Melaka ditangan Pertugis dan Belanda,kemudian bertukar kepada Inggeris maka berlakulah satu impak besar dalam acuan kehidupan bangsa Melayu yang beragama Islam. Suasana ini dirumitkan lagi apabila Inggeris membawa masuk bangsa cina dan India bagi menjayakan cita-cita mereka. Pada 31/8/1957 di bawah pimpinan Tunku Abd Rahman Tanah Melayu telah berjaya mencapai kemerdekaan dari kerajaan kolonial secara aman,tetapi disebalik kegairahan laungan MERDEKA…..MNERDEKA….MERDEKA…colonial tersenyum lebar kerana telah berjaya memerdekakan SISTEM mereka dan menenggelamkan sistem Islam hingga kehari ini. Pemimpin-pemimpin telah dipasak dan dipahat supaya mengikuti acuan colonial ini saperti termaktub didalam perlembagaan Persekutuan. Itulah sebabnya apabila pemimpin parti PAS cuba menyebut HUKUM HUDUD dan belum lagi melaksanakannya satu Malaysia heboh mempertikaikannya.Media letronik, media arus perdana sibuk mengelirukan rakyat dengan memperkatakan hukum HUDUD itu mengikut acuan parti PAS……Bagi aku betulahtu sebab parti PAS sahaja yang memperteraskan agama ISLAM sebagai intipati perjuangannya. Apa yang menghairankan ada pulak pemimpin dari parti yang lain yang mengaku beragama Islam dan berpegang pada Al Quran dan hadis dengan lantang mempertikaikannya demi untuk mendapat sokongan dari golongan orang yang tidak beragama Islam……
Apabila seseorang mengaku dia Islam, seseorang itu wajib mempercayai penoh yakin dan hatinya tidak sedikitpun boleh berbelah bagi yang Al Quran itu kitab dari ALLAH yamg maha esa, setiap ayat yang terkandong didalamnya adalah maha benar ,tidak boleh diubah dan dipertikaikan walau satu ayatpun. Oleh yang demikian itu sesiapa juga yang mempertikaian hukum yang ALLAH gariskan dalam AL Quran perlu bertaubat dan menyesali akan perbuatannya…..

Hukum HUDUD iaitu Hukum Islam yang berasaskan kepada 4 sumber hukum dalam Islam iaitu Al Quran, As Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias. Untuk tidak mengelirukan sesiapapun justifikasi yang ingin diperkatakan hukum Hudud ini bukan untuk semua golongan manusia tetapi hanya terhad pada orang Muslim sahaja,tetapi, bagi mereka yang bukan Islam diberi pilihan samada untuk menjalankan hukuman dengan cara Islam ataupun dengan cara yang disarankan oleh pemerintah semasa itu. Jadi bila pelaksanaannya nanti tidaklah melibat orang-orang yang bukan beragama Islam, tetapi mereka juga boleh memilih hukuman ini jika dipersetujui dan mendapati hukuman itu lebih adil. Bagi orang-orang yang beragama Islam tiada pilihan, mesti dihukum dengan hukuman ini.
Apa yang berlaku kini hanya satu pesfektif yang akan dilaksanakan sekiranya parti PAS memerintah Negara, setakat ini belum lagi, So tak payahlah pemimimpin sama ada dari golongan pemerintah atau suku sakat kaum dari agama lain canang mencanang bagi mencari popolariti murahan yang tak samapai kemanapun, Bagi saya eloklah mereka memikirkan dan mencari jalan bagi berkhidmat dengan rakyat yang memilih mereka, dimana wang rakyat yang membayar gaji mereka ini benar-benar halal bagi menyara anak dan isteri. Bagi mereka-mereka yang telah membuat kesilapan dan telah ketelanjuran eloklah bertaubat dan menyesali perbuatan mereka…..Semuga ALLAH merahmati bagi orang-orang yang sentiasa bertaubat…….. Ingatlah bagi sesiapa yang ingkar dengan perintahnya dan tidak bertaubat dan menyesali perbuatannya NERAKA disediakan tempatnya . Sesungguhnya ,janji ALLAH maha benar………SELAMAT MENYAMBUL MAAL HIJRAH 1430ISNIN 1hb. Muhaharam 1430 bersamaan 29hb. Desember, 2008.

No comments: