Waktu

Saturday, December 6, 2008

MAKA BERKATALAH HAMBA SAHAYA

Assallamulaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang terbaca atau yang membaca atau yang malas nak membaca blog aku ini semuga anda dianugerahkan kesihatan dan sentiasa ceria hidup dibumi Allah ini……Pada 8hb. December, 2008 bersamaan 9ub. Zulhijjah 1429 kita akan merayakan hari Raya Korban dan lebih sensasi dipanggil HARI RAYA HAJI atau Aidil Adha ……Aku berharap supaya kita memahami apa yang tersirat didalam intipati hari yang mulia ini dan sama sama kita berdoa agar umat Islam dilimpihi rahmat dan mendapat Haji yang mabror kepada semua mereka yang mengerjakan haji di tanah suci Makkah Al Mukaramah……Beruntunglah mereka menggunakan duit dijalan Allah dan maha rugilah mereka yang menggunakan duit kejalan yang tidak diredai Allah…….
Aku sebagai rakyat Malaysia yang mendokong kebebasan bersuara mengikut lunas undang-undang berasa amat sedih dan bersimpati atas teragidi yang menimpa rakyat Malaysia pada akhir-akhir ini……Selepas 8hb. Mach, 2008 berbagai-bagai isu, peristiwa yang melanda rakyat Malaysia sama ada dalam bentuk fizikal dan mental yang ada kalanya dikelirukan oleh para-para serjana dan cerdik pandai dengan anlisis-analisis mereka yang pada hemat aku tidak sampai kemanapun berkesenannya……bercakaran sesama sendiri, yang bodoh tak mahu mengaku kebodohannya, yang pandai menunjuk ianya lebih pandai, yang bijaksana pula dengan ketidakbijaksanaannya, yang kalah pulak tidak boleh menerima kekalahannya, yang menang pulak terkejut berok atas kemenangannya……ada yang mengaku dia HAMBA dan ada juga yang mengaku dia perlu jadi TUAN……Bila aku fikirkan apa yang mereka ini mahukan?........Janganlah dipermainkan pemikiran rakyat…..Rakyat amat arif dan faham siapa mereka ini……cumanya setengah-setengah rakyat tidak berani hendak menyuarakan pendapat, walau mereka berhak mengikut perlenbagaan persekutuan……Jangan kita bercakap sesedap rasa, sesuka hati tanpa berfikir dan melihat apa yang ada disekeliling kita…….Pepatah melayu ada berkata……Ikut rasa binasa dan ikutkan nafsu pasti lesu dan ikutkan hati pasti kita akan dikuburkan…….Jangan lupa suara HAMBA rakyat lebih tajam dari mata pedang dan lebih pantas dari sebutir peluru yang pasti nanti akan menguburkan sesiapa sahaja yang bergelar pemimpin kiranya masih lagi mempermainkan isu-isu untuk memperbodohkan rakyat……
Senerio fizikal terkini di negera kita sebahgian rakyat yang menduduki tanah rendah dan perparitan yang tidak sempurna bila hujan turun dengan lebatnya , rumah-rumah mereka dimasuki ayer dan membinasakan sebahagian dari harta benda mereka……Bagi mereka yang tinggal berdekatan sungai dan laut sudah menjadi lumrah Alam, bila hujan lebat, air pasang pasti tragidi banjir dan mudah difahami sebabnya, tetapi bagi yang mereka yang tinggal di Bandar bagaimana mereka mentafsirkan bila sahaja hujan lebat dengan pantas jalan-jalan raya bertukar menjadi sungai dan melimpahi pula kedalam rumah mereka……apa sudah jadi?......Apa yang dibuat oleh jurutera Perancang Bandar sampai kini tiada kesudahannya……..Nampaknya mereka banyak bercakap tapi tidak dapat mengatasi masaalah yang berlarutan ini……..Cukai tanah dan bangunan perlu dibayar setiap tahun, tapi masaalahnya berterusan juga…..Kesian pada rakyat yang ditimpa malapetaka ini…………Bila agaknya boleh selesai……
Ini pulak yang berlaku di tanah tinggi dan ditepi-tepi bukit, Pada 6hb. December, 2008 kira-kira jam 4.00 pagi satu lagi peristiwa hitam terjadi apabila bertan-tan tanah runtuh menghempap 14 rumah banglo mewah di Taman bukit Mewah dan taman bukit Utama, Bukit Antarabangsa Ulu Kelang. Setakat ini telah mengorbankan 4 orang……Kesian mereka……Berjuta-juta wang dihabiskan untuk memperolihi tanah dan rumah ini dan sekelip mata sahaja dilenyapkan runtuhan tanah tersebut……Itu yang yang telah dihempap tanah, tapi yang menunggu hendak runtuhpun banyak lagi…….Agaknya dalam peristiwa ini siapa yang menuding jari kearah siapa?......Kalau nak dikira banyak boleh dikaitkan dengan tragidi ini…….Aku tak mahulah nak mempersoalkan sesiapa, walaupun aku tahu dari semua sudut……..Cuma aku nak katakan Memanda Menteri dan timbalannya dahpun mengarahkan pembangunan ditanah tinggi dan cerunnya dihentikan serta merta…….Kenapa agaknya sekarang diarahkan?....Kenapa tidak dahulu lagi, kemana perginya jurutera-jurutera yang berijazah dan berinterigeriti yang lebih memahami risiko ini sebelum rumah ini dibena?......Peristiwa ini pasti ada orang harus dipertanggongjawapkan?......iniilah rakusnya manusia-manusia yang mengejar keuntungan semata-mata tanpa memperdulikan belas kesian orang lain……..
Sebagai seorang yang beragama Islam,mari kita berfikir sejenak, kenapa agaknya Allah menimpakan malapetaka ini kepada mereka-mereka ini?......Apa agaknya kemungkaran yang mereka lakukan?.....sahingga meranapkan harta bernilai berjuta-juta ruinggit dengan sekelip mata sahaja ataupun yang pastinya Allah hendak menguji keimanan bagi orang-orang yang beriman. Apa yang pastinya itu adalah ketentuan dan takdir Allah tentu ada hikmahnya bagi mereka-mereka yang mahu berfikir……. Pendapat dan uji kaji bagi mereka yang arif tetang giologi dan struktur bukit dan tanah, runtuhan ini hanya sebagai penyebabnya sahaja……Kita perlu ingat Allah sangat berkuasa atas sesuatu…….Berlaku sesuatu perkara atas kehendaknya walaupun dimana kita berada………Yang penting kita sentiasa berdoa semuga Allah membimbing dan merestui kita kejalan yang benar………
Sebelum aku mengakhiri kata……Inginlah aku memperkatakan sesuatu sebagai pandangan peribadi sahaja………….
KALAU TAKUT DILAMBONG OMBAK JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI…….
KALAU TAKUT DIHANYUTKAN AIR JANGAN BERUMAH DTEPI SUNGAI………
KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL JANGAN LAUT HANDAK DIDUGA………
KALAU TAKUT DITIMPA RUNTUHAN TANAH DAN BATU JANGAN BERUMAH DITEPI BUKIT…Wassallam…………..Bertemu lagi dimasa terdekat……….

No comments: