Waktu

Wednesday, December 31, 2008

ISRAEL - Umat Islam hanya mapu berdoa....

Assallamulaikum...........
Pada 28/12/2008 dunia digemparkan dengan kekejaman zionis Israel yang membunuh hamper 300 orang dan mencederakan lebih 600 orang tanpa belas kesihan terhadap rakyat plastine di Gaza. Tindakan rijem Israel ini berpunca dari tindakan serangan roket yang dilancarkan oleh Hamas ke Wilayahnya. Keganasan dari kedua belah pehak bukanlah perkara baru, tetapi berterusan Sejak penubuhan Negara Israel yang diasaskan selepas perang dunia kedua dan perang Arab Israel tahun 1967. Persoalannya sekarang bilakah pertelingkahan ini akan berakhir dan berapa ramai lagi yang akan terbunoh., Apakah negara-negara Arab dan Negara-negara Islam yang menjunjung Al Quran dan hadis boleh berbuat sesuatu bagi memberhentikan kekejaman ini.

Pada bulan November yang lalu apabila Barak Obama memenangi pimilihan Peresiden Amerika Sharikat, satu dunia berpesta dengan harapan satu perubahan yang lebih selesa dan aman, tapi nampaknya harapan itu hanya sia-sia sahaja kerana mereka terus merastui pembunuhan ini.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hanya tau membuat resolusi demi resolusi tanpa dapat menyelesaikan kemelut ini, apa yang mereka mampu naya MENGUTUK SAHAJA kekejaman ini.

Dalam sitiuasi ini negara Arab boleh buat apa? Dari dahulu lagi mereka tak mampu berbuat apa-apa kerana bercakaran sesama sendiri. Bagi Negara-negara Islam yang lain pemimpinnya hanya mampu merayu saperti pengemis supaya menghentikan kekejaman ini, malahan rakyatnya pula hanya mampu meluahkan kemarahannya berarak dijalanan membakar,memijak patung bendera rijem Israel. Apakah itu memberi kesan kepada rijem teresebut.

Mari kita berfikir kenapakah agaknya ALLAH menimpa bala bagitu rupa kepada rakyat Plastine ini?.....Apakah yang telah dibuat oleh mereka hinggakan diseksa bagitu rupa?......Umat Islam mesti berfikir apakah rasional nya dan apakah hikmah yang boleh diperolihi dari kekejaman ini. ALLAH telah menurunkan ayat-ayat suci AL Quraan yang maha sempurna dimana isinya mengandungi semua sumber kehidupan dunia dan akhirat……Adakah kita sekadar membaca Al Quran untuk mendapatkan pahala dan tidak memahami dan mendapat pengajaran dari keterangan isinya……..

Semua umat Islam sedar dalam menjalani kehidupan ini ada 2 keferduan mesti dikuti, iatu fardu a’in dan ferdu kifayah. Dalam kontek ini adakah kita telah memenuhi 2 keferduan ini yang boleh melengkapkan kehidupan Islam yang sumul……..Mungkin kita berjaya dalam keferduan A’in, tetapi kita masih gagal dalam melengkapkan fardu kifayah, itulah sebabnya umat islam didunia dikotak katikkan dan tidak dapat berbuat apa-apa apabila ada umat islam lain dizalimi. Negara Islam dianugerahkan sumber alam dan kekayaan yang tidak terhingga, tetapi kenapakah ketua Negara-negara islam tidak menfaatkan kekayaan ini untuk melengkapkan pertahanan bagi menjaga keselamatan orang Islam yang lain…….kemanakah kekayaan itu pergi?..........mungkinkah telah diragut oleh bangsa lain diatas kelalaian dan kejahilan orang islam sendiri…..Kemudiannya sumber kekayaan itu digunakan pula untuk membunuh orang Islam yang lain………fakir-fikirkan wahai orang islam yang mahu berfikir.

Sudah sampailah masanya sekarang semua umat islam sedunia bersatu, membentuk satu teknologi pertahanan yang lengkap bagi mempertahankan negara-negara Islam apabila dicerobohi, pergunakan sumber kekayaan yang ada untuk menfaatkan bagi menjaga kesucian agama Islam………Jadikan Repablik Islam IRAN yang digeruni oleh kuasa besar segbagai permulaan penyatuan kekuatan Islam………Selagi negara Islam tidak bersatu dan tidak menganggap Islam itu satu persaudaraan dunia akhirat, selagi itulah umat islam akan ditindas, kita tidak mampu berbuat apa apa……… Cuma sekadar mampu berdoa kepada ALLAH semuga sesuatu keajaiban berlaku……..Wallahhuallam…….


No comments: