Waktu

Saturday, December 13, 2008

PENJENAYAH YANG KUKENALI......

Assallamulaikum………….
Pada suatu malam selepas sembahyang Isyak sewaktu aku hendak melangkah keluar dari masjid, aku bertemu dengan seorang lelaki yang aku kira pernah mengenalinya, tapi bila dan entah dimana, So aku ajaklah kekedai makan yang berhampiran………Diawal perbualannya dia memperkenalkan dirinya bernama Abas yang pernah aku tangkap dan dipenjarakan selama 7 tahun terlibat dengan beberapa kes curi dan rompakan.Selepas keluar dari Penjara setahun yang lalu dia telah insaf dan sentiasa bertaubat semuga Allah mengamponkan dosa-dosanya yang telah lalu. Apabila aku bertanya adakah dia menyimpan demdam kepadaku, tapi katanya sifat dendam itu adalah sifat syaitan dan apa yang dia fikirkan sekarang ia akan berbakti sebaik mungkin kepada sesama manusia selagi hayatmya masih ada. Aku berfikir sejenak, bagitu besarnya nikmat yang Allah berikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, selagi manusia mensyukuri keatas nikmat yang diberikan……..
Pda kesesokkan harinya aku diajak pergi kesebuah kerumah kenalannya bernama Samad yang baru bersara sebagai Pegawai Penjara…….Aku melihat dia memelok Samad dengan penoh terharu dan dia berkata semasa di Penjara Samadlah satu-satu pegawai penjara yang membimbingnya kejalan Allah dan memberi harapan untuk meneruskan kehidupan ini……
Kemudian secara berseloroh dia berkata, semua perkara yang dijadikan Allah sama ada yang baik atau yang jahat ada manafaatnya kepada manusia dan alam sejagat. Sekiranya tidak ada orang jahat,tentulah tidak ada orang yang bekerja sebagai Polis dan tidak ada pula ada orang yang kerja sebagai warder penjara. Kemudian akupun bertanya adakah kamu telah meminta maaf dan minta mereka menghalalkan apa-apa yang kamu ambil dari mereka yang ditimpakan musibah itu?.....dengan sedih dia berkata, ada yang memaafkan dan ada yang memaki hamunnya dan tidak menghalalkan apa yang diambilnya…..walau apapun dia telah berusaha kearah ini dan sentiasa berdoa agar hati-hati mereka dilembutkan Allah supaya memaafkannya………Aku berkata lagi…….Kenapa agaknya Allah menggerakkan hati kamu mencuri dan menyamun harta benda mereka ini…….Mungkinkah mereka tidak mensyukuri keatas harta yang diperolihi, atau harta tersebut tidak dizakatkan ataupun harta itu diperolihi dari jalan yang haram atau diperolihi secara Rasuah……ataupun Allah hendak menduga keimanan bagi orang-urang yang beriman…….entahle…….Wallahualam…………..

No comments: