Waktu

Thursday, October 15, 2009

KESAH LAMPAU YANG MASIH KUINGAT

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera.....

Dalam kesempatan masa yang masih ada, bagi mengembalikan nostalgia aku mengimbau kembali sejarah kehidupan yang telah berlalu,zaman persekolahanku hinggalah aku memasuki PDRM. Aku bersekolah hingga ketingkatan 5 tetapi aku bukanlah dari kalangan pelajar yang tidak bijak.Oleh kerana kemiskinan dan tidak ada galakan dari keluarga aku gagal dalam pembelajaran itu…..Aku pergi kesekolah dengan mengayuh basikal tua yang ditinggalkan allhyarham bapaku 16 kilometer setiap hari. Aku tidak pernah bersarapan pagi dan ada kalanya tidak ada wang belanja, hanya air paip penghilang dahaga. Pada ketika itu faktor kemiskinan aku menjadi rendah diri dan hilang keyakinan diri dalam pembelajaran. Akhirnya aku gagal dalam SPM kerana aku tidak ada kredit dalam Bahasa Malaysia kerana tersalah tajuk dalam “Karangan”. Guru sekolah meminta aku mengulangi SPM, tetapi Ibuku yang miskin tidak mampu menanggong perbelanjaan aku ke Sekolah…..So aku bergelarlah remaja kampong yang masih dalam ingatanku hanya memiliki sehelai seluar panjang dan sehelai baju dan satu pasang kasut selipar jepun dan mempunyai sebuah basikal tua.…

Sewaktu dihimpit kemiskinan, dan kesusahan tiada seorangpun saudara mara yang ingin membantu dan terpaksa bergelut sendiri dalam apa bidangpun. Aku masih lagi terasa tidak ada keadilan bila pemilihan kerancangan Felda, tiada seorangpun keluargku yang dapat, sedangkan konsepnya untuk membantu kalangan penduduk miskin,tetapi kenapa pula yang ada harta dan ada sampai 5 orang dari satu keluarga terpilih……pada ketika itu aku tidak tahu kemana aku harus mengadu. Bila tiba Aidilfitri “ merayakannya “ sekadar apa yang ada…… malahan keluarga sendiripun ada yang tidak datang….. Aku terasa sangat dipinggirkan…… Itulah hakiktanya bila kita mentafsirkan kemiskinan itu membuatkan kita rasa rendah diri dan rasa terhina……

Selepas peristiwa 13 Mei, 1969, oleh kerana desakan hidup dan kesesuaian dengan Sijil SRP aku diterima kerja PDRM. Sewaktu aku bertolak ke Kuala Lumpur dari Stesen Keretapi Ipoh, aku dihantar oleh abangku dengan berbekalkan wang sebanyak RmR15.00. Apabila sampai di Kuala Lumpur aku dibawa dengan lori ke PULAPOL dan ditempatkan diberek batu tingkat 1 pelaton 16. Pada 1hb. Nov, 1969 bermulah kerjayaku sebagai anggota Polis. Aku masih ingat lagi pada penghujung bulan, pertama kali dalam hidupku, aku menerima gaji pertama sebanyak RM60.00. Aku cium wang itu berkali kali dan rasa rasanya masih terasa baunya……hamper 1 bulan aku simpan wang itu dalam Kit BOX. Salepas itu aku mengirim wang sebanyak RM30.00 setiap bulan kepada Ibuku.

Selepas aku tamat latihan aku ditukarkan ke Johor Baharu dan mendapat gaji RM105.00 sebulan degan kolar RM15.00. Aku bekerja dalam PDRM selama 36 tahun dengan gaji terakhirku RM1896.80. Aku tidak pernah selesa kerja dalam PDRM, kerana aku bukan dari kalangan anggota yang kaki ampu dan bodek…..Aku bekerja atas kemampuanku dan tidak pernah mengenal masa…… Semasa aku bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Trafik, Narkotik dan Jenayah aku merasakan itulah kerja yang sangat mencabar dan menguji erti kewarasan berfikir dalam semua tindakan…. Alhamdulillah, walaupun aku diuji dengan berbagai cabaran dan setiuasi, apa yang aku banggakan…. Aku tidak pernah memputarbelitkan fakta sebarang kes dan tidak pernah menginaya kepada sesiapa…… Sekarang aku telah bersara….. Nasib aku agak baik apabila tangga gaji Polis dinaikkan dan dapatlah aku menikmati sedikit wang pencen…. Setelah ditolak wang pinjaman perumahan kini aku tidaklah lagi ditakrifkan penduduk berpendapatan di bawah “ taraf kemiskinan “……. Wassallam…..

1 comment:

orren said...

Sedih gaklah citer abahni....tapi kira okey jugaklah jadi Polis daripada kerja kampung je ...lagi terukkan......