Waktu

Monday, April 20, 2009

Raja Azlan shah bertitah...

Assalamualaikum………..
Pada 23hb. R’ Akhir 1430 bersamaan 19/4/2009 bersamaan hari Ahad diadakan Majlis menyambut hari Keputeraan Raja Azlan Shah yang ke 81 dibalai Rongsri Istana Iskandariah Kuala kangsar, Perak. Sebagai Rakyat negeri Perak dan telah bersara dari perkhidmatan kerajaan aku berdoa semuga ALLAH melanjutkan usia baginda dan diberi kekuatan dan keimanan supaya dapat memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dengan penoh keadilan dan kesaksamaan.

Aku teringat di dalam buku sastera klasik Melayu lama mencerita bagaimana bersemangatnya rakyat zaman feudal bilamana untuk menemui Raja jika ada sesutau perayaan.…Bagi mengambarkannya penulis buku sastera klasik lama menceritakan : Berbondong bondonglah rakyat jelata datang dari pelusuk negeri , yang bulat datang bergolek, nak nipis datang melayang, yang buta teraba-raba, yang pekak tertanya tanya, yang berkurap tergaru garu, yang tua datang bertongkat, yang capek teresot esot… tiada seorangpun terlepas dari menyaksikan perayaan itu. Bagitulah perihatinnya rakyat ketika itu, tetapi dizaman teknologi ini segala gala terpampang di hadapan mata walaupun berjuta juta km jauhnya…bershukurlah kita kepada ALLAH yang mengizinkan manusia mencipta teknologi ini…..

Aku amat terharu bila mendengar titah baginda pada pagi itu. Antara titahnya menggambarkan setiuasi pergolakan Politik di negeri Perak akibat kerakusan pemimpin Politik yang ingin berkuasa.
Baginda bertitah, Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,"

Aku amat memahami apa yang dimaksudkan oleh baginda, tetapi adakah pimpinan Parti yang terlibat sedar apa yang tersirat dalam titah baginda itu Apakah mereka sedar perbuatan mereka yang sanggup mengemploitasikan Perlembagaan dan undang-undang,merasakan mereka kebal dan memiliki imuniti menghalalkan cara bagi mendapatkan kuasa. Akibatnya sebahagian rakyat terseret dan berada didua persimpangan kemana harus mereka tuju.

Semua Rakyat, sama ada di pehak pimpinan atau rakyat biasa, halatuju pemerintahan mesti berasaskan Perlembagaan dan Undang Undang. Bagi orang orang yang diberi kuasa ,Perlembgaan dan undang undang bukan sahaja mesti dipatuhi, tetapi mesti kelihatan dipatuhi . Apa juga tindak tandok pimpinan akan dicontohi dan dikuti oleh rakyat. Ketaksuban pimpinan menghalalkan cara mereka berfikir dan bertindak akan melahirkan pengikut yang extremes. Walau apapun aku sangat berharap semuga pimpinan Politik di negeri Perak mencari satu titik pertemuan bagi menangani permasaalahan ini secara bijaksana dan berhemah. Rakyat pula perlu berfikir secara rasional dan bersama sama berganding bahu menangani permasaalah ini. Bagiku untuk menyelesaikan sesuatu permasaalahan itu perlu dihuraikan dari punca permasaalahannya…..Bila kita sesat dalam perjalanan kita perlu bertanya daripada orang tempatan, bukan dari orang Indon atau bangla…..Wassallam…

No comments: