Waktu

Saturday, April 4, 2009

Mungkinkah ada Ajenda Tun Mahadzir kembali kepada UMNO

Assalamulaikum…….
Apa khabar orang orang UMNO, PAS, KEADILAN, terutamanya Yang extremis berpolitik. Aku sebenarnya tidak memasuki mana mana parti Politik, tetapi penyokong kepada parti Politik yang lebih Islamik. Dah agak lama aku tidak menulis dalam blog, tetapi pada hari aku berminat pulak untuk menulis apabila melihat TUN MAHADZIR MOHAMAD yang keluar dari rumah lamanya sedikit masa dahulu kembali semula kerumah itu apabila tuan rumah dihuni oleh orang lain………..

Apa yang hendak aku perkatakan ialah……. Kenapa dan mengapa orang tua yang dah berpencen macam akuni berbuat demikian……..Apakah keberangkalian motifnya?.....
Sebelum ini beliaulah yang lantang mengkeritik dan tidak pernah diam apa apa juga isu yang timbul dalam UMNO terutama isu sensasi POLITIK WANG yang sudah senonim dengan UMNO. Apa lagi yang beliau hendak sesudah bagitu lama dalam menerajui kepimpinan Negara……


Aku ucapkan shabas dan selamat bersara kepada Mantan PM Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi kerana dalam era kepimpinannya walau banyak isu isu yang membelenggunya tetapi Tun Mahadzir tidak berjaya meredah masuk, malahan tidak diendahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kekecewaan ini diperjemahkan olen Tun Mahadzir apabila keluar dari parti UMNO dan kembali semula apabila Datok Sri Najib menjadi PM beberapa hari yang lalu. Perseolannya kenapa dan apakah muslihatnya…..Adakah ada sesuatu yang hendak diterjemahkan Tun Mahadzir melalui Datok Sri Najib……..

Walau apapun muslihatnya Tun Mahadhir tentulah tidak berasa senang apabila anaknya yang disebut sebut memenangi KETUA PEMUDA UMNO tewas mengejut dengan menantu mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi Khari Jamaluddin yang sebelum ini dikaitkan dengan politik wang.Berikutan dengan kekalahan anak Tun Mahadzir mungkin ada orang akan mentafsirkan kemasukannya dalam UMNO tidak akan disenangi sebahagian pemimpin UMNO kerana pengaruhnya yang sudah tua tidak memberi apa apa makna kepada kepimpinan UMNO……Mungkin sekadar orang dulu dulu kata……malualah sahaja, terpaksalah terima……

Secara tradisinya KETUA PEMUDA UMNO akan dilantik sebagai Jemaah Menteri, Ini berarti Khairi Jamaluddin akan dilantik sebagai Menteri dan sekali gus Pengaruh mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi masih subur dalam era kepimpinan Datok Sri Najib……Mari kita tunggu dan lihat apakah sesuatu yang gimik mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Datok Sri Najib…….

1 comment:

Basuh Baju said...

Madey? sapo dia? owh yg jd PM tu ke..haha

cian, dh turun kempen pon masih kalah lg BN.. aish..