Waktu

Wednesday, August 12, 2009

Selingkar Nostalgia dalam PDRM

Assalamulaikum……………….

Pada kali ini sengaja aku lingkarkan sedikit kesah silam bagi mengenang kembali Nostalgia yang mungkin tidak padam dari memori…… Bukan meminta simpati, tetapi sekadar sebagai renungan sahaja……………

Aku memasuki PDRM pada tahunh 1969 dengan gaji permulaan Rm60.00. Salepas tamat latihan gajiku dinaikkan ke RM105/-
Pada tahun 1973 aku berkahwin dan gajiku masa itu RM135/-
Pada tahun 1977 aku berpindah ke Kuala Kedah dengan gaji RM250/-
Pada tahun 1982 aku dinaikkan pangkat berpindah ke Kangar Perlis dengan gaji Rm732/-
Pada tahun 1988 aku dinaikkan pangkat sekali lagi dan bertugas di Kuala Nerang, Kedah dengan gaji RM1,100/-
Pada tahun 1996 aku berpindah ke Manjung Perak bertugas di Bahagian
Siasatan Jenayah dengan gaji RM1480/-

Pada 7hb. January, 2002 hingga 30hb. November, 2002 aku ditahan kerja bersama sama 2 orang anggota CID kerana dikatakan melepaskan seorang pendatang tanpa izin (PATI) . Oleh kerana aku sebagai ketua aku dipertanggongjawapkan…… Bahagian Tatatertib Polis DI Raja Malaysia dengan bongkaknya mengusulkan aku bersama 2 anggota CID ditamatkan dari kerjaya PDRM. Walau apapun niat jahat Tatatertib tidak kesampaian kerana kami telah diambil semula bekerja. Dengan sedihnya salah seorang anggota CID bernama Zainuddin telah meninggal dunia pada 3hb. March, 2008 kerana komplikasi buah pinggang….. Beliau seorang anggota Polis yang baik, aku amat terharu kerana pada hari kematiannya anak sulungnya hampir melahirkan cucunya yang pertama….Hanya kepada ALLAH jualah kita berserah…..Alafatihah…..

Terlalu banyak kesah suka dan duka semasa aku berada dalam PDRM selama lebih 36 tahun. Pernah suatu ketika hamper 1 tahun isteriku menjual kueh dibeberapa warung untuk menyara kehidupan harian. Wang gaji habis digunakan untuk perbelanjaan 2 orang anakku memasuki ke pusat pengajian tinggi dan seorang lagi ke Sekolah Asrama penoh…… Bila aku fikirkan betapa daifnya gaji seorang anggota Polis………

Semasa aku bertugas sebagai pegawai penyiasat Jenayah, aku dilambakkan kerja kerja penyiasatan bagitu banyak, hamper tiada langsung masa untuk berehat, hinggakan makan dan sembahyang tidak menentu….. Apa yang aku kesalkan apabila anugerah khidmat cemerlang hendak diberi, aku mereka tidak nampak kerana mungkin dilindungi fail fail yang menimbun atas meja…..mereka hanya nampak mereka yang tak seberapa kerjanya, tetapi pandai ampu dan bodek….. Mujurlah pada saat aku hendak bersara mereka ternampak aku. Itupun aku dapat wang RM1,000/- selepas 3 bulan aku bersara…… Betapa sedihnya bila aku membuat kesimpulan…… Kemerlangan seseorang itu tidak samestinya dinilai dari kerjayanya, tetapi dinilai dari apa yang dia mampu menampilkan diri di hadapan ketuanya………

Seperkara yang tidak dapat aku lupakan, apabila 1 hari sebelum aku cuti bersara, aku disoalsiasat “ Pegawai Tatatertib dari Bukit Aman “ Kuala Lumpur. Aku disoalsiasat lebih 4 jam. Berbagai perkara ditimbulkan berkaitan Kertas siasatan, pergaulan dengan beberpa orang cina dan India, berkaitan parti politik dan harta harta yang dimiliki…… tetapi kesemuanya aku sangkal dan mereka tidak berjaya mengaitkan apa papun di dalam setiuasi ini…… Diakhir siasatan itu aku berkata kepada Pegawai tatatertib…… Apakah cawangan tatatertib ditubuhkan matlamatnya untuk mencari kesalahan anggota Polis atau bermetelamat membetulkan kesilapan bagi menambah kebaikan anggota Polis…… Jawap pegawai itu “ kami hanya menjalankan tugas “ Bagi aku “ Tugas yang tidak pasti matlamatnya….. Itulah cawangan tatatertib yang aku kenal…….

Sekarang aku telah bersara, tetapi aku sedih juga bila melihat beberapa orang rakanku bekerja sebagai “Jaga “ dan “ Pengawal Keselamatan “ . Bila aku bertanya kenapa masih lagi bekerja sebagai “ Kuli Batak “ sedangkan gaji tak seberapa….. Apa kata mereka….. Wang pencen tinggal sedikit setelah ditolak pinjaman Perumahan, sedangkan ada beberapa lagi anak masih bersekolah……..

Walau apapun terlalu banyak peristiwa yang tidak perlu didedahkan dalam kerjaya PDRM…… Apa yang penting…… aku tidak membenarkan seorang pun anak anakku menjawat apa apa jawatanpun dalam Polis Di Raja Malaysia……Biarlah aku seorang sahaja yang merasakan apa yang tersirat dan tersurat sebenarnya dalam PDRM……Wassallam……

2 comments:

Ahmad Belia said...

salam tuan,
saya merupakan anak seorang anggota polis. memang sedih bila mengenangkan nasib polis. selepas pencen kebanyakan daripada mereka tidak memiliki harta cuma anak2 sahaja harta mereka.

saya cadangkan pencen anggota polis diberikan tanah agar sekurang2nya tanah sebagai mengenang jasa mereka..

Diary Kayangan said...

salam tuan, found your blog such a nice blog. blog yang mampu membuat pembaca mendekati dan mengenali jatidiri warga PDRM.

and buat AMMOSHAM, bukan hanya anak seorang anggota polis. saya anak kakitangan kerajaan, arwah abi saya seorang guru. ada ketikanya hati ini terdetik, betapa tidak berharganya profession guru di era ini. tapi redhalah kita, walau nasib tidak seindah jangkaan tapi jasa orang tua kita lebih bermakna dari itu. bukan balasan yang kita minta, hanya secebis penghargaan. dan bersyukurlah kerana kita punya penghargaan yang hakiki, Allah menghargai setiap hambaNya.

salam perkenalan