Waktu

Thursday, February 5, 2009

DEPA MELOMPAT MACAM BABUN

Assallamulaikum………
Petang tadi sekitar jam 5.00 petang 05/02/2009 BN Perak telah berjaya mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk menubuhkan Kerajaan baru di Negeri Perak sekali gus menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Datok Sri Ir. Nizar Jamaluddin. Secara peribadi aku tidak memihak kepada sesiapa dalam setiuasi ini, tetapi ramai rakyat Perak tidak berpuashati cara pengambilan alih itu seolah-seolah macam penyamun……

BN yang dipimpin oleh Najib telah memploitasi keadaan dengan memasukkan 3 orang wakil Rakyat dari PKR dan DAP, manakala seorang lagi dari UMNO yang melompat ke PKR, kemudian melompat semula ke BN. Apa agaknya yang dibuat oleh Najib sahingga mereka ini sanggup bersekongkol bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat. Secara peribadi aku tetap mengatakan pasti ada sesuatu yang bagitu besar sahingga mereka sanggup menggadaikan undi rakyat kepada mereka masuk BN dan sanggup melihat PR tumbang. Adakah mereka tak terfikir, rakyat yang mengundi mereka bersetuju atas tindakan ini. Walaupun mereka akan menafikan kemasukan ke BN ini tidak melibatkan sesuatu, tetapi semua rakyat tidak akan mempercayainya. Orang semua tahu siapa Najib dan UMNO, setiap hari terpapar isu rasuah, ugutan, pujukan dan berbagai-bagai lagi yang menghantui senerio ini……

Aku terbaca satu blog yang menyatakan pelompat-pelompat parti ini umpama BABUN yang melompat dari satu pokok kesatu pokok bagi mencari makanan yang lebih sedap. BABUN ini pada hemat akule, adik beradik KERA atau BEROK kut……Depani memang terro pasal lompat melompatni. Lagipun jenis depa depani tidak akan memperdulikan apa yang dibuat oleh makhlok lain, yang penting mana ada makanan yang sedap yang senang diperolihi pasti akan melompatlah untuk mendapatkan makanan itu, tambahan pulak orang yang bagi makanantu jenis orang kaya yang pemurah lagi berpengaruh, maka riuh rendahle BABUN BABUN ni datang. Kalau aku boleh tafsirkan lagi BABUN ni ada jenis jantan dan betina dan ada yang cacat pulaktu……

Aku takdele nak ulas panjang, pasal kerajaan lama ataupun baru, tapi aku kesiankan bekas MBtu kawasan DUN Pasir Panjang dimana aku salah seorang penyokongnya, kesian dia dirampas secara tak bermoral dan perfesional………..Walau apapun aku harap dia bersabar, mungkin ini ujian ALLAH, tapi aku nak ingatkan Najib boleh bentuk kerajaan baruni pun atas belas ihsan wakil rakyat yang saperti BABUN BABUN nilah . Mereka ini pula terlibat dalam pertuduhan rasuah,seorang lagitu takde perinsip hidup dan satu lagi sanggup mengkhianati bangsa dan pengundinya sendiri…..Najib juga perlu ingat tabiat semulajadi BABUN bila dia dah jemu duduk satu tempat atau tak dilayan lagi ia pasti akan melompat ke pokok lain pulak……tunggulah BABUN takkan berhenti melompat…..

Akhir kata aku nak tanyalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan Pengerusi GERAK, hampa buat apa, tak siasatke kes Rasuah yang didedahkan Pengerusi PKR Ipoh timor secara bersumpah pasal najib nak bagi dia rasuah 50 juta ringgit, ataupun kot kot ada beberapa juta lagi depa bagi kat mereka yang saperti BABUN BABUN tu. Aku nak ingatkan kat SPRM kalau takut atau tak berani nak siasat Najib atau sesiapa saja yang bergelar JERUNG kamu wajib letak jawatan kerana gaji kamu dibayar dari duit rakyat . Lagipun ramai orang berijazah yang berani bertindak tak dapat kerja lagi……So kalau tak sanggup siasat letak jawatan dan kemudian, letak payong tepi jalan jual kueh dan nasi lemak, dah tentu dapat duit halal daripada dapat duit gaji tapi tak berani buat kerja……… Ingatlah kalau kita menginaya orang, pasti suatu hari nanti tuhan akan memperlihatkan kekuasaannya……Wassallam………..

No comments: