Waktu

Sunday, February 1, 2009

Mungkinkah Pak Lah melangkah pergi selepas March, 2009

Assalamulaikum……

SECARA TRADISI

Pada 1hb. Oktober, 2003 Dr. Mahadhir Mohamad secara rasminya telah menyerahkan kepimpinan Negara dan Presiden UMNO kepada Pak Lah.Sejak itu Pak Lah kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno hinggalah sekarang ini. Namun dalam mesyuarat pemilihan ketua ketua cawangan UMNO seluruh Malaysia baru baru ini Pak Lah tidak bertanding sebagai Presiden UMNO dan Datok Najib disdtiharkan menang tanpa bertanding pada pemilihan bulan Mach nanti. Oleh yang demikian itu Datok Najib akan ditabalkan jawatan tertinggi dalam parti UMNO menggantikan Pak Lah pada 28hb. March, 2009. Secara tardisinya sejak 50 tahun yang lalu Peresiden UMNO juga akan memegang Jawatan Perdana Menteri. Jika tradisi ini diamalkan bermakna Pak Lah akan menyerahkan jawatan ini kepada Datok Sri Najib selepas sahaja persidangan itu. Dalam masa terdekat pulak Pak Lah terpaksale pulak mengosongkan rumahnya di Sri Perdana dan kerusi Perdana Menteri di Putra Jaya kepada Datok Najib. Walau apapun Pak Lah masih ada lagi satu jawatan iaitu Menteri Pertahanan, andainya Pak Lah tidak melepas jawatan ini bermakna,kerusi Parlimen Kepala Batas masih dihadapan di dewan Rakyat, tetapi andainya Pak Lah melepaskan jawatan ini, maka terpaksa Pandikar Amin Mulia mengarahkan Pak Lah duduk dibelakang sebaris dengan Ahli Parlimen yang lain yang tidak ada apa-apa jawatan………..kesian diakan…….macam turun pangkatle pulak.
DILIHAT SECARA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Mengikut Perlembagaan Malaysia,perkara 40(2)(a) atas budibicara DYMM Yang dipertuan Agong, baginda berhak melantik Perdana Menteri, tetapi dalam perkara tersebut tidak ada menyatakan perlantikan ini mesti dari manusia yang bejawatan Presiden UMNO. Ini bermakna tidak semestinya Presiden UMNO akan dilantik jadi Perdana Menteri.,Sekira dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan Datok Sri Amad Badawi boleh mengekalkan jawatannya selepas perhimpunan agong UMNO ini selagi Baginda tidak memecatnya, atau Datok Sri Ahmad Badawi sendiri meletakkan Jawatannya sebagai Perdana Menteri. Secara Logiknya takanle Datok Sri Ahmad Badawi sanggup mempertaruhkan maruahnya demi UMNO yang dahulu bergelar YANG AMAT BERHORMAT kini tinggal YANG BERHORMAT sahaja salepas persidangan Agong UMNO nanti. Walau apapun tradisi ini telah tidak diikuti dalam pemilihan Menteri Besar Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya ke 12 yang lalu. Datok Sri Idris Jusuh dan Datok Shahidan Kassim yang mememegang jawatan tertinggi dalam parti UMNO negeri tidak diperkenankan oleh Sultan negeri negeri tersebut memegang jawatan Menteri Besar…….mungkinkah senerio ini juga berlaku keatas kepimpinan Negara selepas bulan March nanti……Walau bagimanapun kita sama sama tunggu apa yang terjadi kepada kepimpinan UMNO selepas March 2009 ini…….

Andainya Datok Sri Ahmad Badawi berpegang kepada tardisi, banyak pendapat menyatakan beliau akan bersara dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas. Jika ini terjadi kita akan menyaksikan satu lagi Pilihan Raya kecil yang akan menyaksikan halatuju kesetiaan pimpinan BN di bawah Datok Sri Najib………Bagiku sebagai penganalisis yang tidak berijazah ini mempunyai analisis sendiri apa yang berlaku selepas ini……..Wallahuallam…..

No comments: