Waktu

Sunday, February 8, 2009

Siapa " PENCETUS" Rakyat Perak MENDERHAKA

Assalamulaikum……………
Suasana di negeri Perak amat gamat sekali, revolusi rakyat memuncak apabila gerobolan Najib membawa 2 adun yang dituduh rasuah dan 1 adun yang gila kuasa memehak kepada BN telah merampas kuasa kerajaan Perak secara tidak professional dengan memputarbelitkan pasal 16(6) Perlembagaan tubuh negeri Perak . Pada setengah pendapat mengatakan revolusi lanun era zaman modern sudah bermula. Sebagai Rakyat Perak dan aku berkewajipan memperkatakan, mengulas dan lebih tepat lagi menghentam lanun morden ini. Siapa nak marah atau nak kutuk aku tidak peduli, itu hak mereka, malah aku memang aku tahu pehak Polis sekarang sedang diarahkan memantau, memerhati,mencari bloger bloger yang menulis menghentam intitusi Raja dan Datok Najib. Aku tahu pehak Polis secara terpaksa melakukan kerja-kerja ini,tetapi aku tetap akan memperkatakan sesuatu yang relevan dan tidak bersifat hipokrit. BN telah menggunakan media masa dan media letronik memutarbelitkan fakta bagi memperbodohkan rakyat era morden ini. Bagiku mereka tidak bermoral dan tidak beratika, malahan menggunakan inttitusi Raja sebagai melindungi cita-cita mereka yang tidak bertemadun itu. Mereka bermain dengan api dan mereka juga pasti akan merasa bahang yang mana akan memerangkap mereka sendiri. Bagi pemimpin pasukan keselamatan mereka harus berfikir secara perpesional dan menetukan tindakan perlu diambil kepada siapa yang memulakan cetusan ini. Walau apapun mereka ini tidak akan berani mengambil tindakan atas Najib, tetapi akan mempersalahkan peringkat yang membuat demontrasi……Demi untuk mendapat keadilan, bagi merungkai permasaalahan mesti dilihat dari sudut siapa yang memulakan permasaalahan itu……. inilah puncanya…..

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH.....Itulah ungkapan yang sinonim sejak zaman kegemilangan Hang Jebat dahulu kala. Di zaman fiudel Raja atau Sultan berkuasa penoh atas pentadbiran Negeri, semua memanda menteri dilantik dari kalangan kerabat dan kroninya sahaja. Pada zaman itu Raja boleh berbuat apa sahaja, sanggup membunoh suami dan keluarganya, Tun Fatimah untuk mendapatkannya.. Pun bagitu memanda menteri dan pegawainya tetap menghalalkannya walaupun Raja itu zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Apabila colonial datang ke Tanah Melayu, Raja pula dijadikan batu loncatan untuk memerintah dan mengaut apa sahaja yang ada dibumi ini dengan selogan “ ORANG MELAYU TIDAK BOLEH MENDERHAKA KEPADA RAJA NANTI “ KETULAH . Itulah kata kata keramat membuatkan orang Melayu membiarkan sahaja yang diperlakukan colonial. Apabila hampir habis kekayan dibumi ini dikaut, colonial pula telah merentap kuasa Raja, Raja hanya diberi kuasa sebagai ketua agama Agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan sedikit kuasa dalam perlantikan Meneri dan urusan Dewan Undangan Negeri.Kuasa memerintah dipulangkan kepada rayat secara demokrasi mengikut Perlembagaan yang dirangka mengikut acuan kolnial. Agama Islam hanya tinggal agama sahaja yang diamalkan,, manakala sistem perundangan dan sistem pemerintahan mengikut acuan mereka dan tidak berlandaskan hukum ALLAH. Zaman sudah berubah, Sistem Raja monarki hanya tinggal berpelembagaan sahaja. Raja kena ingat mereka mesti kena adil dalam membuat sebarang keputusan barulah rakyat boleh menyanjunginya, tanpa rakyat apalah maknanya Raja, manakala rakyat pula tidak memerlukan Raja untuk meneruskan kehidupannya. Bagi yang beragama Islam mentaati ALLAH dan Rasul yang paling utama dan wajib melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya,. Manusia juga perlu taat kepada umul amri atau pemerintahan yang adil mengikut hukum ALLAH dalam system pemerintahannya……

TERAMAT BESAR DOSANYA kalau kita yang beragama Islam MENDERHAKA KEPADA ALLAH, MENDERHAKAI kedua IBU BAPA dan MENDERHAKAI pemimpin yang beriman, tetapi tidak berdosa kalau kita tidak mentaati pemerintah yang zalim saperti lanun yang menghalalkan apa saja demi untuk mendapat kuasa dan kepentingannya. Umat Islam sudah lama sedar sikap hipokrit pemimpin dalam peringkat apapun apabila bercakap berkaitan kesumulan agama Islam, tetapi tidak ikhlas untuk melaksanakannya.Apabila satu pehak menuntut untuk melaksanakan system dan hukum Islam, merekalah yang paling kehadapan menentang dan manupulasi pemikiran rakyat. Pemimpin saperti ini tidak perlu ditaati dan perlu disanggah melalui saluran demokrasi supaya kita tidak diseret sama oleh ALLAH kedalam neraka jahanam……….Nauzubillah.

Dalam suasana dunia yang penoh muslihat Yahudi ini kita perlu sedar bahawa : ISLAM itu agama ALLAH dan MELAYU itu adalah satu daripada beberapa banyak bangsa di dunia ini,,,,, KITA TIDAK PERLU BERBANGGA DIKATAKAN BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM TETAPI DALAM kEHIDUPAN KITA SENTIASA MENINGGALKAN SEMBAHYANG 5 WAKTU, BERCAKAP BOHONG, MENIPU, TIDAK AMANAH, RASUAH, BERZINA, MINUM ARAK, MERAMPAS SECARA TIDAK BERMORAL HAK RAKYAT SERTA BERBAGAI BAGAI LAGI TINGKAH LAKU DAN BUDI BICARA BERCANGGAH BENGAN HUKUM ALLAH. Apa yang lebih malang lagi kita cepat melenting dan marah apabila ada orang lain mempertikaikan seruan Azan subuh, sedangkan kita tidak bangun bersama sama berjemaah dan terus menyambung tidur. Kita tidak perlu berasa hati dan marah apabila ada orang memperkatakan kitani hanya BANGSA MELAYU YANG HANYA BERKETURUNAN ISLAM…… . SEBAIK BAIK MANUSIA DISI ALLAH IALAH ORANG ORANG YANG BERIMAN DAN SENTIASA BERTAKWA DENGANYA…….

Mari kita lihat apa yang terkandong dalam Perelembagaan Negeri Perak di bawah pasal 16(6) Tubuh kerajaan dengan Perak yang digunapakai oleh Najib merampas kerajaan PR secara tidak bermoral. Perlembagaan ini juga yang memberi hak Menteri Besar Datok Sri Nizal Jamaluddin tidak meletakkan jawatannya.
PASAL 16(6):
JIKA MENTERI BESAR TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI DARI AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDANGAN, KEMUDIAN, MELAINKAN ATAS PERMINTAAN BELIAU KEPADA YAM SULTAN UNTUK MEMANSUHKAN DEWAN PERUNDANGAN, BELIAU AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ESKO MAJLIS

Apabila membuat pentafsiran pasal 16(6) inilah secara kelazimannya :-
Pertama : Speker akan memanggil kesemua Ahli Majlis Undang Negeri bersidang dahulu dan salah seorang akan membuat usul “Memohon undi tidak percaya kepada Menteri Besar” .Apabila undian dibuat didapati lebih dari separuh dari Ahli Dewan Undangan Negeri menyokong, maka poda masa itu usul secara bertulis itu dibawa ke Pengetahuan Sultan. Akibat dari usul ini sama ada MB akan berjumpa atau dipanggil oleh Sultan, pada masa itu MB bolehlah memohon kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri, sekiranga tidak diperkenan DUN dibubarkan pada masa itu MB bersama esconya perlu meletakkan jawatan.
Kedua : Apabila pentafsiran diatas wujud maka Menteri Besar perlu meletakkan jawatannya, jika tidak, tidak ada sesiapapun yang boleh memecat Menteri Besar kecuali beliau meletakkan jawatannya.. Sultan tidak ada kuasa memecatnya atas pentafsiran fasal 16(6) Perlembagaan negeri Perak ini.
Walau apapun Najib telah menyalahgunakan kelaziman ini dengan mempengaruhi Sultan, tahniah dia berjaya, tetapi penyalahgunaan pentafsiran ini membawa padah, apabila Datok. Ir. Nizar Jamaluddin bersama Exco tidak meletakkan jawatan. Melebihi 3000 orang Rakyat telah bangkit dan mempetrotes ketidakadilan ini, malahan sebagaian pemimpin melayu yang bodoh Perlembagaan dengan pantas membakar pemikiran rakyat mengatakan Datok Nizal Menderhaka kepada Sultan. Pehak Polis pulak mahu tidak mahu terpaksa melakukan apa yang perlu bagi mententeramkan keadaan. Pokok perseolannya sekarang siapa yang menyebabkan Datok Nizar, dan lebih 3000 orang yang dikatakan MENDERHAKA memperotes keputusan Raja ini menjadi penyebabnya. Alangkah malangnya semasa rakyat menyambut JUBLI PERAK Pemerentahan Raja yang ke 25 dicemari beribu beribu orang memperotes keputusan Raja Azlan Shah. LAMAN WEB pejabat Sultan Azlan Shah ditutup kerana terlalu ramai rakyat mempertikaikan malahan mengeluarkan kata kata kesat terhadap Sultan,hingga yang paling berani satu laman Web mengajak orang “ MOHON DERHAKA “.

Biar aku bercakap secara telus, dalam insiden ini, pehak Polis dan Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti bertindak atas penyalahgunaan kuasa Datok Najib, beliaulah pencetus atas kebangkitan Rakyat dan memperotes ketaatsetiaan rakyat kepada Raja. Apakah pehak Polis berani berbuat demikian, atau beranikah SPRM menyiasat Najib dan 4 adun yang menjadikan porak peranda dan mengusek sensitiviti rakyat Perak ini. Fenomena inilah yang berlaku sekarang, pehak berkuasa tinggal nama sahaja, mereka kuat kepada yang lemah, tetapi mereka akan kecundang dengan orang yang lebih kuat dan lebih berkusa. Mungkinkah era zaman fiudel akan berulang – SIAPA YANG KUAT DIA YANG MEMEGANG KUASA tanpa mempersulikan pada peraturan, hokum tabie dan Undang undang yang sedia ada. Walau apapun aku sentiasa mengharapkan sesuatu yang lebih adil dan diterima oleh Rakyat Perak akan menyusul bagi menangani permasaalahan ini. Pehak Polis dan SPRM lebih telus dan berani dan lebih PERFESIONAL merungkai permasaalahan ini supaya nanti agensi mereka lebih dihormati……Rialiti yang perlu diketahui – Wang gaji Raja, Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, pasukan keselamatan serta kaki tangan kerajaan bukan dibayar dari daun getah yang bertaburan dibumi, tetapi dari wang dari keringat Cukai Rakyat,
Wassallam……Bertemu lagi dalam masa terdekat dalam topic KAMBING HITAM YANG DIMPOT DARI MONGGOLIA…….

No comments: