Waktu

Thursday, February 12, 2009

TINDAKAN POLIS dan SPRM

Semalam 12hb. February, 2009 YB. Karpal Singh dipanggil beri keterangan di bawah sek. 112 Kanun Acara Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur selama 2 jam pasal 84 Lapuran Polis yang dibuat oleh orang Melayu berkaitan YB Karpal nak saman Sultan Perak

Hari in 13hb. Februaray, 2009 Pengerusi DAP Perak buat lapuran pada Suruhan Jaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) berkaitan MB BN Perak Datok Zambry salah guna kuasa melantik lantik 3 penasihatnya tidak ikut Perlembagaan tubuh kerajaan Negeri Perak……..

Dalam setiuasi ini 84 lapuran Polis yang dikaitkan kepada Karpal Singt isunya 1 sahaja kerana ‘ YB hendak meyaman Sultan Perak kerana Sultan tidak ikut Perlembgaan fasal 16(6) Perlembagaan Negeri Perak. Untuk makluman semua orang boleh buat lapuran Polis, tapi kita perlu arif apa intipati dalam lapuran itu yang memberi kuasa Polis bertindak. Ramai orang tidak tahu, bukan semua yang dilapurkan oleh orang awam Polis berkuasa menyiasatnya., Polis diberi kuasa mengikut dan peraturan undang undang yang diperuntukan sahaja. Kuasa menyiasat hanya diberi kepada Ketua Polis Balai, anggota Polis berpangkat Sarjan keatas saperti terkandung dalam Bab X111 (13) Kanun Acara Jenayah. Isunya sekarang, jika pehak Polis mendapati ada kes yang boleh disabitkan atas YB Karpal Singh, siasatan kes ini perlu dimajukan kepada Peguam Negara. Kuasa untuk menentukan sama ada tidakan boleh diambil terletak dibahu PEGUAM NEGARA.

Walau apapun Sultan atau raja Raja boleh diambil tindakan di bawah UNDANG UNDANG PERLEMBAGAAN (Pindaan 1993) KEKEBALAN RAJA RAJA yang dibuat oleh Tun Dr.
Mahadhir Mohamad dan sisokong Ahli Parlimen BN termasok Datok Sri Najib ketika itu. Sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu kita harus tahu : Adakah Perlembgaan Membenarkan sesuatu tindakan atas Sultan termaktub dalam Undang-undang. Kita jangan cepat melatah dan terikut rikut sentiment bersama orang orang yang cuma mengikut perasaan tanpa merujuk kepada fakta dan undang undang yang sedia ada. So bertindaklah denga waras supaya kita nanti tidak berasa marah apabila ada orang yang mentertawakan di atas kebodohan kita..

Dalam kes Datok Zambry, perlantikan exco mesti berlandaskan Perlembagaan tubuh kerajaan Negeri Perak. Penasihat yang dilantik tidak termaktub dalam perlembagaan, tetapi atas budi bicara Menteri Besar tersebut. Perlantikan ini yang nampak ialah untuk menstabilkan Politik berbagai kaum dalam BN. So Setiusaha kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kena arif, apakah perlantikan ini boleh dibuat dan gaji mereka boleh dibayar. Rakyat Perak yang mewakilkan Pengerusi DAP Perak mahu tahu apakah wang Rakyat sebanyak RM750000.00 setahun perlu dibayar atas kepentingan Politik BN.

Mari kita tunggu apa yang boleh dibuat oleh Pehak Polis dan Peguam Negara atas YB. Karpal Singh dan

Pehak Suruhanjaya SPRM atas YB. Datok Zamry Menteri Besar Barisan Nasional Perak…….

Beranikah, Teluskah……. Rakyat Perak sentiasa menunggu apa keputusannya……

No comments: